Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sejak emas dijumpai di Pasir Mas, tempat itu mula menjadi tumpuan orang ramai, bak kata pepatah ________________

a)

ada gula, ada semut

b)

adakah buaya menolak bangkai

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

2.

Aiman dan Syukri berkongsi modal menubuhkan syarikat. walau bagaimanapun, Aiman telah mengambil semua keuntungan yang diperoleh. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut ialah ________________

a)

musang berbulu ayam

b)

melepaskan anjing tersepit

c)

mendukung biawak hidup

d)

nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang

3.

Kedatangan rombongan peminangan itu amat dialu-alukan dan telah disambut dengan ________________ keluarga Syuhada.

a)

murah hati

b)

langkah kanan

c)

tangan terbuka

d)

senyum sumbing

4.

Rani dan Suraya bersahabat baik. Hubungan mereka sangat akrab dan saling memahami antara satu sama lain, bak kata pepatah ________________

a)

bagai isi dengan kuku

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

bagai cincin dengan permata

d)

bagai menatang minyak yang penuh

5.

Selepas ibunya meninggal dunia, barulah Rohana sedar bahawa dia sering berkasar dengan ibunya. namun dia tidak sempat memohon maaf dari ibunya.


Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa ________________ .

a)

nasi sudah menjadi bubur

b)

sudah geharu, cendana pula

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

bagai mencurah air ke daun keladi

6.

Walaunpun mangsa ribut telah diberikan pelbagai bantuan, namun mereka masih meminta bantuan secara berlebih-lebihan.


Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa ________________ .

a)

kaduk naik junjung

b)

belanda minta tanah

c)

bagai memikul biawak hidup

d)

sudah diberi betis, hendak paha

7.

Amzar telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai pengarah syarikat. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ________________ .

a)

haruan makan anak

b)

kera mendapat bunga

c)

nasi telah menjadi bubur

d)

harapkan pagar, pagar makan padi

8.

Puan Salida tidak bersetuju untuk menerima tawaran Harun bekerja di syarikatnya. Bagi Puan Salida, dia tidak mahu jawatan yang dipegangnya kini hilang sedangkan keuntungan yang ditawarkan Harun belum pasti didapatinya.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ________________ .

a)

menangguk di air keruh

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

9.

Walaupun Majlis Anugerah Petani Harapan itu telah beakhir namun masih kedengaran rungutan rasa tidak puas hati daripada sesetengah pihak tentang keputusannya.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah ________________ .

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

rumah siap pahat berbunyi

c)

rambut sama hitam, hati lain-lain

d)

orang mengantuk disorongkan bantal

10.

Peribahasa 'bagaimana acuan begitulah kuihnya' bermaksud ________________ .

a)

pendirian seseorang yang sering berubah-ubah

b)

acuan hendaklah digunakan ketika membuat kuih

c)

anak-anak mengikut perangai ibu bapa mereka

d)

setiap usaha pasti akan menghasilkan kejayaan

11.

Sebagai seorang jururawat, Encik Syahran sentiasa menumpukan perhatian terhadap tugas yang sedang dilakukannya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa ________________ .

a)

bagai hempedu lekat di hati

b)

seperti lebah kasih akan telurnya

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

seperti menarik rambut dalam tepung

12.

Walaupun Mak Minah ________________ namun dia seorang yang baik hati dan gemar membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

a)

buah mulut

b)

mulut murai

c)

buruk siku

d)

telinga lintah

13.

Sungguhpun Alif dan Amin adik-beradik, namun kedua-duanya memiliki sifat dan minat yang berlainan. Keadaan itu dikatakan sebagai ________________ .

a)

air dicencang tak akan putus

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

cubit paha kanan, paha kiri sakit juga

d)

rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati

14.

Peluang Suhaila untuk kekal dalam organisasi itu sangat tipis. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini ialah ________________ .

a)

ada udang di sebalik batu

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

menari rambut di dalam tepung

d)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

15.

Walaupun Tan Sri Zamri hidup mewah, namun beliau masih mahu bergaul dengan orang-orang susah. Sikap Tan Sri Zamri tepat dengan peribahasa ________________ .

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

jauhari juga yang mengenal manikam

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

16.

Penagih dadah dianggap seperti ________________ oleh masyarakat.

a)

arang habis besi binasa

b)

ayam tak patuk, itik tak sudu

c)

ayam telepas, tangan bau tahi

d)

ayam ditambat disambar helang

17.

"Dunia perniagaan mempunyai risikonya tersendiri, ________________, " pesan ibu kepada Anas.

a)

ada rotan, ada duri

b)

ada kerak, ada nasi

c)

ada hujan, ada panas

d)

ada pasang, ada surut

18.

Peribahasa berikut membawa maksud sekali melakukan pekerjaan, beberapa tujuan akan tercapai atau beberapa faedah akan diperoleh, kecuali ________________ .

a)

sambil berdiang, nasi masak

b)

sambil berdendang, biduk hilir

c)

sekali air bah, sekali pantai berubah

d)

sekali menggasak pura, dua tiga hutang langsai

19.

Hubungan antara Laili dan keluarganya kembali mesra setelah punca perselisihan faham antara keluarganya telah dileraikan.


Peribahasa yang berkaitan dengan pernyataan di atas ialah ________________ .

a)

alah bisa tegal biasa

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

biduk lalu kiambang bertaut

d)

bagai ular menyusur akar takkan hilang bisanya

20.

"KIta hendaklah berhati-hati dan merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Tuan Kamil," kata Roslan kepada Akmal.


Dialog di atas sesuai dengan peribahasa ________________ .

a)

adat diisi, janji ditabuh

b)

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

c)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

d)

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar