wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 5 - Bendera Berkibar

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pereka bendera kebangsaan Malaysia?

a)

Encik Mohamed Hamzah

b)

A. Samad Said

c)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

2.

Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?

a)

Jalur Gemilang

b)

Bendera Malaysia

c)

1 Malaysia

d)

Jalur Nusa Gemilang

3.

Berapakah jumlah ciptaan bendera yang telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949?

a)

378

b)

100

c)

373

d)

283

4.

Unsur yang terdapat dalam rekaan bendera kebangsaan Malaysia.

a)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Perlembagaan Islam, raja dan perpaduan

c)

Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat

d)

Bulan

5.

Bilakah tarikh bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat kali pertama?

a)

30 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

13 Mei 1969

d)

26 Mei 1950

6.

Di manakah upacara pengibaran bendera kebangsaan tersebut berlangsung?

a)

Di Padang Kelab Selangor

b)

Di Stadium Merdeka

c)

Di perkarangan Istana Sultan Selangor

d)

Di setiap bangunan dan rumah-rumah kedai

7.

Siapakah tokoh yang mengisytiharkan nama bendera kebangsaan sebagai Jalur Gemilang?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

c)

Raja-raja di Tanah Melayu

d)

Encik Mohamed Hamzah

8.

Maksud warna kuning pada Jalur Gemilang ialah ...

a)

Melambangkan keluhuran dan keikhlasan

b)

Melambangkan kuasa Raja di Malaysia

c)

Melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

d)

Melambangkan perpaduan

9.

Berikut merupakan etika yang betul ketika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan, kecuali ....

a)

Hendaklah berpakaian kemas

b)

Memastikan bendera tidak meleret ke tanah

c)

Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera berada dalam keadaan yang baik

d)

Menaikkan dan menurunkan bendera dengan cepat

10.

Bagaimanakah cara yang sesuai untuk melupuskan bendera yang lusuh dan koyak?

a)

Dilipat dan dibuang ke dalam tong sampah

b)

Dilupuskan secara sopan dengan membakarnya secara tertutup

c)

Dikumpulkan dan dibakar di tempat terbuka

d)

Menjahit semula bendera yang telah koyak

11.

Mengapakah setiap negara di dunia perlu mempunyai bendera kebangsaan?

a)

Sebagai lambang kedaulatan sesebuah negara

b)

Sebagai tanda bangga akan negara

c)

Tanda semangat patriotik

d)

Merupakan maruah sesuatu bangsa dan negara

12.

Namakan satu acara luar negara yang melibatkan pengibaran bendera kebangsaan.

(a)  

13.

Jelaskan kepentingan menghormati bendera kebangsaan.

a)

Lambang kebesaran dan kedaulatan negara

b)

Identiti bangsa

c)

Semangat kekitaan

d)

Maruah diri

14.

Contoh peristiwa yang menyebabkan bendera separuh tiang dikibar.

a)

Kemangkatan ketua menteri

b)

Bencana alam

c)

Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

15.

Bendera separuh tiang bermaksud ....

a)

tanda berkabung

b)

tanda bersedih

c)

tanda gembira

d)

amaran berhati-hati