NEW
Font size
WorksheetsSains T2 Revisi 1
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Apakah istilah yang digunakan untuk memerihalkan kepelbagaian organisma di Bumi?
Habitat
Benda hidup
Biodiversiti
Alam semesta
Antara kumpulan haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan sebagai vertebrata?
Kuda, tapak sulaiman dan ketam
Labah-labah, ular dan buaya
Kuda laut, landak dan semut
Belut, cicaķ dan penyu
Antara tumbuhan berikut, yang manakah ialah tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga?
Konifer dan tebu
Spirogira dan padi
Jagung dan paku pakis
Lumut hati dan rumput
Rajah di bawah menunjukkan interaksi dalam suatu ekosistem.
Buran dan umang-umang - Mutualisme
Ikan remora dan ikan jerung - Komensalisme
Ular dan tikus - Mangsa pemangsa
Kutu dan manusia - Parasitisme
Antara berikut yang manakah bukan agen kawalan biologi?
Afid
Ikan gapi
Burung hantu
Ular
Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak membahayakan ekosistem?
Perlombongan arang batu
Pemuliharaan paya bakau
Pembinaan empangan
Penggunaan pestisid
Antara berikut, yang manakah kesan pemanasan global?
Menyebabkan banjir
Mengurangkan kandungan oksigen dalam udara
Pembekuan ais di kedua-dua kutub
Sentiasa berasa sejuk
Antara makanan berikut, yang manakah mengandungi karbohidrat, protein dan lemak?
Burger
Pisang
Bijirin
Margerin
Antara makanan berikut, yang manakah dapat mencegah sembelit?
Susu
Jagung
Kacang soya
Udang
Antara individu berikut, yang manakah memerlukan makanan yang kaya dengan tenaga?
Fariz, umur 14 tahun, seorang remaja
Puan Sally, umur 35 tahun, seorang guru
Encik Nazri, umur 36 tahun, seorang buruh
Arfan, umur 26 tahun, seorang kerani
Nilai kalori bagi ikan ialah 20 kJ/g. Berapakah nilai kalori untuk 100 g ikan itu?
20 kJ
40 kJ
2 000 kJ
4 000 kJ
Antara organ dalam sistem pencernaan manusia berikut, yang manakah mencernakan protein?
Perut
Hempedu
Usus besar
Usus kecil
Manakah di antara pernyataan di bawah adalah BENAR?
Asma, kanser dan diabetis merupakan penyakit tidak berjangkit dan mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau gaya hidup.
Kudis buta adalah merupakan penyakit tidak berjangkit.
Serangan jantung boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain.
Tuberkulosis, selesema dan H1N1 merupakan penyakit yang boleh berjangkit melalui vektor.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang vaksin?
Vaksin ialah sejenis antibodi.
Vaksin ialah sel darah putih.
Vaksin ialah plasma darah.
Vaksin ialah suatu patogen yang dilemahkan atau dimatikan.
Amin tidak lagi dijangkiti penyakit campak kerana pernah dijangkiti penyakit itu semasa umurnya 7 tahun.
Apakah jenis keimunan yang dipeeolehi oleh Amin?
Keimunan aktif buatan
Keimunan aktif semulajadi
Bayi yang mendapat antibodi daripada susu ibunya merupakan jenis keimunan..
Keimunan pasif semulajadi
Keimunan aktif semulajadi
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai air?
Air merupakan suatu sebatian.
Air wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
Takat didih air akan menurun jika sedikit garam dimasukkan kedalamnya.
Satu molekul air terdiri daripada gabungan dua hidrogen dan satu oksigen.
Suatu gas menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji bernyala. Apakah gas itu?
Karbon dioksida
Oksigen
Hidrogen
Nitrogen
Apakah tujuan pengklorinan dalam kaedah pembersihan air?
Memisaglan bendasing
Membunuh mikroorganisma
Menyingkirkan bendasing terampai
Menjadikan air rasa manis
Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan pakaian lembap yang dijemur di ampaian di tempat terbuka lebih cepat kering?
Udara yang lembap
Tiupan angin yang perlahan
Cahaya matahari yang terik
Luas permukaan terdedah yang kecil
