wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah - Trial SPM Perlis 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sistem tulisan masyarakat Mesir Purba? [T4B1M21]

a)

Piktograf

b)

Ideogram

c)

Hieroglif

d)

Cuneiform

2.

Imhotep mempunyai jasa yang paling besar terhadap tamadun Mesir Purba.


Apakah jasa tersebut? [T4B1M21]

a)

Mencipta tulisan

b)

Mencipta kertas

c)

Membina terusan

d)

Membina piramid

3.

Apakah kesan peristiwa berikut terhadap Rom? [T4B2M43]


Pada tahun 509 S.M. masyarakat Latin di Rom di bawah pimpinan golongan patrician telah bangun memberontak.

a)

Pembentukan republik

b)

Pemulihan kuasa raja

c)

Pengukuhan kuasa konsul

d)

Pengurangan kuasa gereja

4.

Gambar berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.


Bagaimanakah unsur tersebut memanfaatkan masyarakat Cina hari ini? [T4B2M58]

a)

Mengatur strategi peperangan

b)

Memulakan sistem kalendar

c)

Mengimbangi alam dan manusia

d)

Menjadi asas perubatan tradisional

5.

Rajah di bawah menunjukkan perkembangan pelabuhan dalam kerajaan awal Asia Tenggara.

Pelabuhan pembekal --> X --> Pelabuhan entreport


Bagaimanakah X mendapat statusnya? [T4B3M79]

a)

Kemunculan kerajaan

b)

Kemajuan perdagangan

c)

Kepadatan penduduk

d)

Kerjasama kerajaan luar

6.

Setiap datu yang dilantik dalam kerajaan Srivijaya akan mengikuti upacara angkat sumpah di Telaga Batu, Palembang.


Amalan ini berhubungkait dengan nilai [T4B3M87]

a)

keadilan

b)

toleransi

c)

kepatuhan

d)

taat setia

7.

Kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul.


Apakah peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan nabi menyelesaikan masalah dalam masyarakat Arab Quraisy? [T4B4M105-106]

a)

Mengetuai peperangan Badar

b)

Perletakan semula Hajar Aswad

c)

Memeterai Perjanjian Hudaibiyah

d)

Bertahanuth di Gua Hirak

8.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah menentang prinsip persamaan taraf sesama manusia? [T4B4M111]

a)

Mementingkan perbezaan darjat

b)

Mengutamakan paras rupa

c)

Mewujudkan jurang pekerjaan

d)

Menekankan amalan tradisi

9.

Nabi Muhammad SAW telah mengadakan dua perjanjian dengan orang Madinah sebelum hijrah.


Namakan tempat peristiwa itu berlaku. [T4B5M118-119]

a)

Mina

b)

Hijaz

c)

Aqabah

d)

Taif

10.

Apakah faktor penting pembukaan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun 630 M? [T4B5M135]

a)

Pengislaman Abu Sufian dan Abbas

b)

Sokongan penduduk Makkah

c)

Kelemahan tentera Arab Quraisy

d)

Makkah menjadi tumpuan umat Islam

11.

Baghdad telah menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu sehingga tertubuhnya baitulhikmah.


Apakah kegiatan utama institusi keilmuann tersebut? [T4B6M156]

a)

Melatih pemimpin negara dalam pentadbiran

b)

Penterjemahan karya falsafah dan sains

c)

Menyediakan latihan ketenteraan

d)

Penulisan karya kesusasteraan

12.

Maklumat berikut berkaitan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

Perluasan kawasan penyeberan Islam

Perluasan kawasan pemerintahan Islam


Apakah kesan pertembungan tersebut? [T4B6M165]

a)

Penguasaan perdagangan oleh pedagang Islam

b)

Politik orang Islam dapat diperkukuhkan

c)

Sistem ketenteraan semakin mantap

d)

Kebangkitan semangat jihad

13.

Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut? [T4B7M173-178]


John Crawford

Emanuel Gadinho Eredia

Snouck Hurgronje

a)

Memperkenalkan sistem birokrasi Barat

b)

Menulis buku berkaitan pengembaraan

c)

Membicara teori kedatangan Islam

d)

Menjalankan perdagangan di rantau Asia

14.

Kerajaan Islam berikut memberi pengaruh yang kuat terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Kerajaan Bani Abbasiyah

Kerajaan Turki Uthmaniyah


Apakah kesan pengaruh tersebut? [T4B7M185]

a)

Pentadbiran tradisional terhapus

b)

Perluasan empayar Islam

c)

Majlis Agama Islam dibentuk

d)

Institusi kesultanan diamalkan

15.

Mengapakah konsep daulat penting dalam sistem politik Melayu tradisional? [T4B8M197]


I - Pemberian kuasa kepada pembesar

II - Mengukuh kedudukan raja

III - Mengikat rakyat dengan pemerintah

IV - Pengaruh kuasa asing disekat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.

Berdasarkan sukatan pelajaran

Dilaksanakan secara kelas

Diawasi oleh mudir


Apakah sistem pendidikan tersebut? [T4B8M203]

a)

Sistem pondok

b)

Sistem madrasah

c)

Pendidikan di masjid

d)

Pengajaran di istana

17.

Sistem feudal yang diamalkan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal dalam masyarakat Melayu tradisional.


Apakah persamaan tersebut? [T4B9M216]

a)

Rakyat memilih pemerintah

b)

Rakyat pemilik tanah secara mutlak

c)

Golongan agama mengetuai pentadbiran

d)

Golongan petani meningkat taraf hidup

18.

Apakah implikasi Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) yang dilaksanakan di Britain pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian? [T4B9M236]

a)

Pengambilan buruh asing

b)

Masa bekerja lebih panjang

c)

Gaji pekerja tidak meningkat

d)

Wanita dibenar bekerja

19.

Jadual di bawah menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

1932: 9 077 000 pound sterling

193314 252 000 pound sterling

1934: 32 557 000 pound sterling


Mengapakah berlaku peningkatan nilai eksport tersebut? [T4B10M250]

a)

Peningkatan permintaan dunia

b)

Ladang-ladang baru dibuka

c)

Teknologi moden diperluaskan

d)

Penggunaan sistem torehan ibidem

20.

Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.


Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu? [T4B10M260]

a)

Taraf hidup meningkat

b)

Membayar cukai yang tinggi

c)

Menceburi ekonomi dagangan

d)

Kekal dengan pertanian tradisional

21.

Apakah implikasi daripada slogan berikut? [T5B1M7]

Beban orang putih

Tugas menyebarkan tamadun

a)

Mengatasi masalah penduduk

b)

Menguasai tanah jajahan

c)

Memajukan ekonomi

d)

Memberi bantuan

22.

Jadual di bawah berkaitan dasar ekonomi penjajah di Asia Tenggara.

Sistem Tanaman Paksa: Indonesia

Sistem Polo: Filipina


Apakah kesan pengenalan sistem tersebut terhadap penduduk? [T5B1M15]

a)

Penindasan penduduk peribumi

b)

Pengangguran semakin meningkat

c)

Meningkatkan ekonomi

d)

Taraf hidup meningkat

23.

Mengapakah Penghulu Dol Said melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833? [T5B2M32]

a)

Pengenalan peraturan tanah

b)

Dikenakan bayaran ufti

c)

Diwajibkan kerahan tenaga

d)

Pelaksanaan undang-undang Barat

24.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islam di Negeri-negeri Melayu pada awal abad ke-20? [T5B2M50]

a)

Mengugut pemimpin

b)

Menghalang peluang belajar

c)

Menyekat kegiatan dakwah

d)

Melarang penubuhan madrasah

25.

Senarai berikut merupakan peristiwa yang berlaku di Barat pada penghujung abad

ke-18 dan ke-19.

Revolusi Inggeris 1688

Revolusi Perancis 1789

Perang Kemerdekaan Amerika 1776


Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas negara Barat? [T5B3M67]

a)

Pembentukan negara bangsa moden

b)

Pengukuhan politik negara feudal

c)

Bermulanya dasar perluasan kuasa

d)

Berakhirnya sistem pemerintahan beraja

26.

Bagaimanakah Sultan Abu Bakar bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor? [T5B3M82]

a)

Memerangi British

b)

Menyatupadukan kaum

c)

Menggubal perlembagaan bertulis

d)

Mendapat bantuan negara jiran

27.

Maklumat berikut merujuk kepada reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap pengenalan Malayan Union.

Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mac Michael yang mengugut Raja-raja Melayu


Apakah ugutan yang dimaksudkan? [T5B4M98]

a)

Dibuang negeri

b)

Diancam bunuh

c)

Dihukum penjara

d)

Diturunkan takhta

28.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan. Persekutuan Tanah Melayu 1948? [T5B4M103]

a)

Akur tuntutan golongan radikal

b)

Memenuhi desakan orang dagang

c)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

d)

Pertambahan bilangan orang dagang

29.

British melaksanakan Sistem Ahli dari Januari 1951 hingga Jun 1955.


Apakah alasan British menyokong Sistem Ahli? [T5B5M117]

a)

Menjimatkan perbelanjaan

b)

Meningkatkan ekonomi rakyat

c)

Menjamin kerakyatan sama rata

d)

Mengurangkan tekanan pihak komunis

30.

Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut? [T5B5M127]

1) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

2) Tun H.S. Lee

3) Tun V.T. Sambanthan

a)

Kemerdekaan negara

b)

Menentang Malayan Union

c)

Anggota Sistem Ahli

d)

Presiden UMNO

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.

Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.


Apakah tujuan Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut? [T5B6M139]

a)

Mengawal kemasukan imigran

b)

Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

Memperkukuhkan semangat setia kawan

d)

Mengamalkan konsep pengagihan kuasa

32.

Mengapakah Indonesia membantah pembentukan Malaysia? [T5B6M146]

a)

Menjejaskan perkembangan ekonomi

b)

Terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia

c)

Menggagalkan matlamat penubuhan Melayu Raya

d)

Mencabar kedudukan Indonesia sebagai negara besar

33.

Apakah tugas Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia? [T5B6M150]

a)

Memujuk Singapura menyertai persekutuan

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Melaksanakan sistem birokrasi Barat

d)

Meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak

34.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Malaysia? [T5B7M168]


I - Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

II - Boleh menggunakan kuasa budi bicara

III - Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

IV - Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Rajah di bawah berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam Persekutuan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong

Badan Perundangan

Badan Pelaksana

Badan Kehakiman


Mengapakah Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan tersebut? [T5B7M171]

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Konsep pengasingan kuasa

c)

Prinsip negara kesatuan

d)

Dasar pintu terbuka

36.

Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam sistem pemerintahan di Malaysia? [T5B7M174]

a)

Melantik Jemaah Menteri

b)

Menggubal undang-undang

c)

Menentukan kesahihan undang-undang

d)

Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

37.

Rajah di bawah menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.

Matlamat Rancangan Malaya Pertama

1) Membangunkan kawasan luar bandar

2) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan


Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai? [T5B8M199]

a)

Bahan mentah terhad

b)

Kelemahan pentadbiran

c)

Ancaman komunis

d)

Kekurangan kemudahan asas

38.

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut? [T5B8M216]

1) Dewan Bahasa dan Pustaka

2) Universiti Kebangsaan Malaysia

a)

Meningkatkan kadar celik huruf

b)

Menggalakkan kemasukan pelajar asing

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

39.

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara-negara berikut.

Britain

Australia

New Zealand


Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani? [T5B9M240]

a)

Memperkuatkan pertahanan

b)

Menambah asset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

40.

Negara berikut telah menganggotai Kumpulan 15 (G15).

Malaysia

Yugoslavia

Nigeria


Apakah hasrat negara-negara tersebut? [T5B9M250-251]

a)

Mengawal kawasan perairan bersama

b)

Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa

c)

Mewujudkan sistem mata wang yang seragam

d)

Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju