Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk Mekatronik Tingkatan 3

Total questions: 14

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Pilih takrifan mekatronik yang betul

a)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggunakan satu proses kawalan atau pemindahan tenaga melalui pergerakan mekanikal seperti tuas, mesin atau jentera

b)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektronik, elektrik, mekanikal dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

c)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektronik, mekanikal dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

2.

Berikan elemen mekatronik

(a)  

3.

Padankan dengan fungsi yang betul.

Penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada bentuk yang lain.

a)

Elektrik

b)

Mekanikal

c)

Elektronik

d)

Kawalan dan pengaturcaraan

4.

Yang manakah merupakan fungsi bagi sistem kawalan dan pengaturcaraan bagi gambar yang ditunjukkan

a)

membuka dan menutup pintu

b)

membekalkan tenaga elektrik kepada keseluruhan sistem

c)

memproses isyarat input dari penderia pergerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor

d)

mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem kawalan

5.

Antara berikut, elemen yang manakah perlu ada pada produk mekatronik?

a)

Sistem solar

b)

sistem elektronik

c)

sistem elektromekanikal

d)

sistem kawalan dan pengaturcaraan

6.

Apakah sistem bagi bateri, panel solar dan pengawal pengecas solar?

a)

sistem elektrik

b)

sistem elektronik

c)

sistem mekanikal

d)

sistem solar

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan definisi bagi gambar rajah blok?

a)

Suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok

b)

Suatu lukisan yang mewakili arus elektrik yang dilukis dalam bentuk blok

c)

Suatu lukisan yang mewakili komponen yang dilukis dalam bentuk blok

d)

Suatu lukisan yang mewakili prinsip yang dilukis dalam bentuk blok

8.

Apakah aspek yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian kefungsian reka bentuk sesuatu produk?

a)

Keselesaan

b)

Nilai estetika

c)

Ergonomik

d)

Keupayaan produk

9.

Kaedah yang manakah boleh dilakukan untuk membuat penilaian kefungsian produk tersebut?

a)

Ujian makmal

b)

Ujian cantuman

c)

Ujian kestabilan

d)

Ujian parameter

10.

Tandakan sistem mekanikal yang terdapat pada mesin basuh automatik

a)

takal

b)

galas bebola

c)

papan litar bercetak

11.

Nyatakan fungsi bagi penderia inframerah

a)

menghasilkan cahaya

b)

mengeluarkan bunyi

c)

mengesan jarak dan halangan

12.

Nyatakan bahagian yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat untuk diproses.

(a)  

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh bahasa pengaturcaraan yang tidak memerlukan penulisan kod berbentuk teks?

a)

Java

b)

Phyton

c)

mBlock

d)

Ardublock

14.

Apakah contoh penambahbaikan komponen yang akan digunakan dalam keadaan gelap

a)

memasang inframerah

b)

memasang LED

c)

memasang kipas

d)

menambah LDR