Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa PBD T3 -28.10.2020

Total questions: 70

Worksheet time: 2hrs 9mins

Name
Class
Date
1.

Murid yang sering duduk di barisan belakang itu pendiam tetapi _______ kerana dia johan pertandingan pidato peringkat daerah.

a)

air sama air, sampah ke tepi jua

b)

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

c)

air yang jernih, sayak yang landai

d)

air yang tenang jangan sangka tiada buaya

2.

Pembeli itu marah-marah kerana periuk nasi elektrik yang dibelinya rosak, tetapi oleh sebab penjual itu mendengar keluhannya dengan penuh minat dan sekali-sekala menyatakan simpati, kemarahan pembeli itu mereda.

Bijak sungguh penjual itu kerana dia tahu bahawa ______.

a)

air sama air, sampah ke tepi jua

b)

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

c)

air yang jernih, sayak yang landai

d)

air yang tenang jangan sangka tiada buaya

3.

Hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah itu memang adil, bak kata pepatah, _________.

a)

air sama air, sampah ke tepi jua

b)

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

c)

air yang jernih, sayak yang landai

d)

air yang tenang jangan sangka tiada buaya

4.

Puan Mahani enggan masuk campur dalam perselisihan faham antara Mariah dengan suaminya kerana bimbang bahawa dia akan dipandang serong jika Mariah dan suaminya berbaik-baik semula, bak kata pepatah, _____.

a)

air sama air, sampah ke tepi jua

b)

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

c)

air yang jernih, sayak yang landai

d)

air yang tenang jangan sangka tiada buaya

5.

Setelah ditegur oleh ketuanya, barulah dia _____ untuk mengatasi masalah itu.

a)

ambil jalan

b)

ambil ringan

c)

aral melintang

d)

asam garam

6.

Jika tiada _____, kami akan berkunjung ke rumah kamu pada hujung minggu ini.

a)

ambil jalan

b)

ambil ringan

c)

aral melintang

d)

asam garam

7.

Nenek menasihati Asri agar tabah menghadapi kehidupan yang penuh dengan ____.

a)

ambil jalan

b)

ambil ringan

c)

aral melintang

d)

asam garam

8.

Wajahnya ____ sekembalinya daripada bercuti di Pulau Tioman.

a)

bagai pohon tidak berbuah

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai udang kena bakar

9.

Daiman bekerja sebagi pembantu pasar mini sementara menunggu tawaran kerja yang sesuai dengan dirinya yang mempunyai ijazah kerana baginya, _______.

a)

baik berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

c)

bagkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru

d)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

10.

Kini, kedai telefon bimbit ________ kerana terdapat di mana-mana sahaja.

a)

baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pucuk

b)

bak cendawan tumbuh selepas hujan

c)

belum nampak bayang

d)

bau-bau bacang

11.

Puan Katijah ____ hendak melepaskan anak gadisnya bekerja di ibu kota.

a)

berat hati

b)

berat mulut

c)

berat sebelah

d)

berat tulang

12.

Hanya orang yang tidak ____ yang sanggup membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah.

a)

berbuih mulut

b)

berderau darah

c)

berhati perut

d)

bergadai nyawa

13.

Mereka ____ ketika bergotong-royong mendirikan khemah.

a)

bermandi keringat

b)

berkuku besi

c)

bermuka dua

d)

bermulut manis

14.

Puan Nafsiah ____ setiap hari untuk menyiapkan baju yang ditempah oleh para pelanggannya kerana Hari Raya Aidilfitri hampir menjelang.

a)

berputih mata

b)

bersengkang mata

c)

berpeluk tubuh

d)

berpatah arang

15.

Usahlah percaya akan kata-kata manis pemuda itu kerana dia hanya _______ .

a)

bertikam lidah

b)

bertepuk sebelah tangan tiada akan berbunyi

c)

bertangguh itu pencuri masa

d)

bertanam tebu di bibir

16.

Dalam persengketaan abang long dengan abang anjang, ayah berpendapat bahawa kedua-duanya bersalah kerana jika _____.

a)

bertepuk sebelah tangan tiada akan berbunyi

b)

bertelingkah antan dengan lesung, ayam juga yang kenyang

c)

bertegang leher

d)

bertikam lidah

17.

Walaupun suaranya sumbang, dia __________ hati hendak jadi penyanyi.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

isi hati

d)

ambil hati

18.

Setelah penat berlatih, mereka berehat seketika untuk _______.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

ambil angin

d)

ambil hati

19.

Dia _________, apa-apa sahaja yang dimintanya semuanya dapat.

a)

anak tunggal

b)

anak emas

c)

anak angkat

d)

anak pungut

20.

_________ Syafik berubah apabula dituduh mencuri.

a)

Ada muka

b)

Isi hati

c)

Air muka

d)

Air mata

21.

Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti bulan di pagar bintang

d)

seperti cincin dengan permata

22.

Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.

a)

bagai api dalam sekam

b)

bagai gunting dalam lipatan

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

bagai anjing menyalak bukit

23.

Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.

a)

seperti belangkas

b)

seperti bertih digoreng

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai cincin dengan permata

24.

Farid _________ sejak dia menjadi buruan pihak polis.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti cacing kepanasan

c)

seperti embun di atas daun

d)

seperti kera mendapat bunga

25.

Setelah berjaya dalam beberapa pertandingan, Aziz mula _________.

a)

ada hati

b)

ambil hati

c)

keras kepala

d)

besar kepala

26.

Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.

a)

seperti kaca jatuh terhempas

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti mencurah air ke daun keladi

d)

seperti tikus membaiki labu

27.

Tahap pendidikan antara Encik Tan dan Encik Lim sangat jauh berbeza ____________.

a)

seperti langit dengan bumi

b)

seperti isi dengan kuku

c)

seperti duri dalam daging

d)

seperti ular kena palu

28.

Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.

a)

seperti duri dalam daging

b)

seperti nyawa-nyawa ikan

c)

seperti abu atas tunggul

d)

seperti retak menanti belah

29.

Sikap azmi yang kagum melihat bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur ___________.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti telur di hujung tanduk

c)

seperti si buta kehilangan tongkat

d)

seperti katak bawah tempurung

30.

Maria berasa _________ apabila Tony sanggup membantunya.

a)

ada gula ada semut

b)

alah bisa tegal biasa

c)

ada udang di sebalik batu

d)

alah membeli menang memakai

31.

Azhar sering diejk oleh rakan-rakannya kerana tulisannya yang __________.

a)

buta huruf

b)

cakar ayam

c)

kaki ayam

d)

kaki bangku

32.

Penduduk Kampung Pantai selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu_________ .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

33.

Permintaan pemilik rumah setinggan yang melampau terhadap kerajaan itu______________ .

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

34.

Hafiz dikatakan ___________kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

35.

Sikap Ivon menganiaya Iveline yang telah membantunya diibaratkan ___________

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

36.

Perasaan Encik Fikhrey ____________apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

37.

Encik Sofian dan Puan Fitri menjaga anak angkat mereka _______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

38.

Hasmah ______________kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggal

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

seperti katak di bawah tempurung

39.

Mak cik itu __________apabila mendapati dompetnya hilang.

a)

bagai ayam berak dapur

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai mencurah air ke dalam keladi

40.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Farid bekerja ____________

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

41.

Shamsul dan isterinya Farahiya sangat secocok____________ .

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

42.

Layli dikatakan ________________kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

43.

Puan Ariqa dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _____________setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

44.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. ii.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua. ii.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

45.

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. ii.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua. ii.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

46.

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. ii.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua. ii.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

47.

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. ii.Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua. ii.Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

48.
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
a)
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. 
b)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.
c)
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarganya sendiri.
d)
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
49.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
a)
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. 
b)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.
c)
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarganya sendiri.
d)
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
50.
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
a)
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. 
b)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.
c)
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarganya sendiri.
d)
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
51.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
a)
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. 
b)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.
c)
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarganya sendiri.
d)
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
52.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
a)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
b)
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
c)
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
d)
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada.
53.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa.
a)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
b)
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
c)
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
d)
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada.
54.
Jauhari juga yang mengenal manikam.

55.
Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
a)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
b)
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
c)
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
d)
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada.
56.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
57.
Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
58.
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
59.
Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
60.
Sekali air bah, sekali pasir berubah.
a)
Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga.
b)
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). 
c)
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
d)
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
61.
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.
a)
Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga.
b)
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). 
c)
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
d)
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
62.
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
a)
Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga.
b)
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). 
c)
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
d)
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
63.

Seperti tikus jatuh ke beras.

a)

i.Orang yang dapat kedudukan yang mewah.ii.Seseorang yang beroleh kekayaan/ keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.

b)

Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.

c)

Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

d)

Walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga.

64.

Taufik juga suka bertanya kepada ahli usahawan lain yang lebih berpengalaman agar dia dapat mempelajari daripada mereka. Dia ingin meningkatkan ilmu keusahawanannya kerana dia tahu jika ilmu kita sedikit, janganlah kita berbuat sesuatu yang besar.

a)

baik membawa resmi ayam betina

b)

air yang dingin juga dapat memadamkan api

c)

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

d)

jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

65.

Dia juga mengamalkan prinsip suka bekerja keras kerana tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih.

a)

besar kapal besarlah gelombang

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya

d)

jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

66.

Semua kenalan Taufik tahu dia seorang ahli usahawan yang mahir tetapi dia tidak pernah sombong. Taufik selalu menasihati mereka orang yang mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun. Oleh sebab itulah, Taufik amat disayangi mereka yang mengenalinya.

a)

air yang dingin juga dapat memadamkan api

b)

jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

c)

kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang janjinya

d)

berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

67.

Pilih peribahasa yang tepat bagi makna "cerdik dan rajin".

a)

besar kapal besarlah gelombang

b)

baik membawa resmi ayam betina

c)

berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

d)

belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

68.

Pilih makna yang tepat bagi peribahasa "hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa”.

a)

seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai

b)

seseorang yang peroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain

c)

seseorang yang hidup dI dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain

d)

seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci orang lain dan selamat dalam hidup

69.

Pilih makna yang tepat bagi peribahasa "laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan".

a)

manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan

b)

penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain

c)

orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika dia merendahkan dirinya sekalipun

d)

seseorang yang hidup dI dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain

70.

Pilih makna yang sesuai bagi peribahasa “air yang dingin juga dapat memadamkan api“.

a)

perselisihan dalam kalangan keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula

b)

perkataan yang lembut juga dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah

c)

sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya

d)

penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain