Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B1T1 QZ1

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun. Apakah maksud syajaratun?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai

a)

pokok

b)

cerita

c)

riwayat

d)

salasilah

3.

Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history. History berasal daripada perkataan Yunani iaitu historia yang bermaksud

a)

peristiwa

b)

penceritaan

c)

pandangan

d)

penyelidikan

4.

DUA pengertian sejarah menurut sejarawan bernama Ibn Khaldun.

a)

Peradaban dunia

b)

Perubahan sifat manusia

c)

Peristiwa yang sudah berlaku

d)

Perkembangan sesebuah masyarakat

5.

"Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah."

a)

E.H. Carr

b)

Herodotus

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

6.

Apakah karya Ibn Khaldun yang mengupas tentang kehidupan manusia zaman primitif hingga kehidupan bandar?

a)

Muqaddimah

b)

What is History

c)

The Persian War

d)

Sulalatus Salatin

7.

Masa silam yang dikaji berdasarkan urutan masa?

a)

Peristiwa

b)

Rentetan

c)

Kronologi

d)

Perkembangan

8.

1000 tahun dikenali sebagai

a)

alaf

b)

dekad

c)

kurun

d)

masihi

9.

Bilakah Zaman Masihi bermula?

a)

Kelahiran Nabi Isa AS

b)

Kelahiran Nabi Musa AS

c)

Kelahiran Nabi Adam AS

d)

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

10.

Mengapakah peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan yang berlangsung pada 31 Ogos 1957 dianggap penting kepada negara kita?

a)

Rakyat bersatu padu

b)

Bebas daripada penjajahan

c)

Maju dalam bidang ekonomi

d)

Sistem pemerintahan tradisional dikembalikan

11.

DUA contoh sumber primer.

a)

Diari

b)

Jurnal

c)

Majalah

d)

Manuskrip

12.

DUA ciri sumber primer berdasarkan gambar.

a)

Belum diolah

b)

Bersifat asli

c)

Sudah ditafsir

d)

Sudah dicetak

13.

Apakah kategori bagi peralatan seperti pisau, kapak dan tembikar?

a)

Fosil

b)

Artifak

c)

Manuskrip

d)

Dokumen

14.

Warta Malaya dan Ensiklopedia boleh digolongkan sebagai sumber

a)

mitos

b)

primer

c)

sekunder

d)

arkeologi

15.

DUA sumber sekunder.

a)
b)
c)
d)
16.

Fail kerajaan

Catatan pergembaraan

Catatan harian seseorang

a)

Kaedah lisan

b)

Kaedah bertulis

c)

Kaedah arkeologi

d)

Kaedah gali cari

17.

Apakah yang dapat dirumuskan oleh sejarawan setelah membuat penyelidikan terhadap Batu Bersurat Terengganu?

a)

Terengganu sebuah pusat perdagangan antarabangsa

b)

Masyarakat Terengganu mahir dalam bidang seni lukis

c)

Islam sudah bertapak di Terengganu pada awal abad ke-14

d)

Kerajaan Terengganu berjaya membina empayar yang luas

18.

Apakah yang tertera pada Batu Bersurat Terengganu?

a)

Hukum Islam

b)

Arahan sultan

c)

Senarai pemerintah

d)

Undang-undang Laut

19.

DUA perkara yang perlu anda lakukan pada tahap pertama sekiranya ingin mendapatkan maklumat sejarah melalui kaedah lisan.

a)

Menilai fakta

b)

Menentukan skop

c)

Menentukan tokoh

d)

Menyunting rakaman

20.

KAEDAH LISAN

Memproses rakaman - Menilai fakta dengan sumber bertulis

a)

Tahap pertama

b)

Tahap kedua

c)

Tahap ketiga

d)

Tahap keempat

21.

Apakah gelaran bagi orang yang ditemu bual?

a)

Orang tengah

b)

Orang sumber

c)

Sumber pertama

d)

Sumber kedua

22.

Kaedah yang digunakan untuk memperoleh sumber sejarah seperti tembikar, mata lembing dan batu nisan.

a)

Lisan

b)

Tulisan

c)

Arkeologi

d)

Rakaman

23.

Apakah cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang benar berkaitan sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah arkeologi?

a)

Penulisan

b)

Temu bual

c)

Pandang dengar

d)

Kajian saintifik

24.

DUA bahan yang boleh digunakan untuk mendapat maklumat melalui kaedah arkeologi.

a)

Binaan daripada batu

b)

Lakaran pada dinding gua

c)

Tulisan yang dipahat pada batu

d)

Tapak petempatan masyarakat awal

25.

Mengapakah wujudnya perbezaan tafsiran dalam penyelidikan sejarah?

a)

Perbezaan pandangan

b)

Perbezaan penyelidikan

c)

Berlainan tempat asal

d)

Berlainan kaedah penyelidikan

26.

Mengapakah sejarawan tempatan menyifatkan Tok Janggut dan Dato' Bahaman sebagai pejuang tanah air?

a)

Pemimpin tempatan

b)

Berjaya mengalahkan pembelot

c)

Memperjuangkan kemerdekaan negara

d)

Berani menentang penjajah British

27.

Apakah yang perlu dilakukan oleh sejarawan agar dapat menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh?

a)

Mengadakan penilaian

b)

Mengendalikan penulisan

c)

Melaksanakan pentafsiran

d)

Menggunakan pelbagai sumber

28.

DUA kepentingan mempelajari sejarah.

a)

Membentuk sifat berani

b)

Memupuk nilai-nilai murni

c)

Melahirkan rasa bangga terhadap negara

d)

Melahirkan perasaan jati diri

29.

Mengapakah kita patut menghayati sejarah tanah air?

a)

Menaikkan semangat patriotik

b)

Menyediakan diri menghadapi perubahan

c)

Berani menuntut hak individu

d)

Berusaha memajukan negara

30.

TIGA sebab mata pelajaran Sejarah diberi penekanan dalam sistem persekolahan di sekolah kita pada hari ini?

a)

Memupuk semangat cinta akan tanah air

b)

Melengkapkan sukatan pelajaran

c)

Mengekalkan kegemilangan tanah air

d)

Membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu