wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS 1 -1

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Perniagaan Santosh menggunakan kaedah yang sama dan konsisten untuk merekodkan dan memproses data.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Santosh?

a)

Ketekalan

b)

Usaha berterusan

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

2.

Apakah sumber modal bagi Kedai Dobi John dan Donny?

a)

Caruman anggota

b)

Simpanan dan pinjaman pemilik

c)

Sumbangan daripada para pekongsi

d)

Terbitan saham kepada orang awam

3.

Urus niaga yang manakah akan menambahkan aset dan ekuiti perniagaan?

a)

Bayar pembekal dengan cek

b)

Terima pinjaman daripada bank

c)

Pemilik membawa masuk perabot peribadi

d)

Ambilan inventori untuk kegunaan peribadi

4.

Pilih padanan yang betul bagi Akaun Induk dan Akaun Kontra

a)

Akaun Belum Terima - Peruntukan Hutang Ragu

b)

Perabot - Susut nilai Perabot

c)

Belian - Pulangan masuk

d)

Tunai - Ambilan

5.

Mengambil barang niaga RM350 untuk derma kepada anak yatim.


Apakah catatan bergu bagi urus niaga di atas

a)

Dt Derma

Kt Tunai

b)

Dt Derma

Kt Belian

c)

Dt Ambilan

Kt Tunai

d)

Dt Ambilan

Kt Belian

6.

Muthusamy memulangkan barang niaga yang rosak bernilai RM220.


Apakah dokumen sumber yang terlibat dengan urus niaga di atas bagi Kedai Runcit Ramasamy?

a)

Invois

b)

Bil Tunai

c)

Nota Debit

d)

Nota Kredit

7.

Kedai Buku Amir membeli perabot secara kredit berjumlah RM2 500 daripada Syarikat Perabot Delly .


Apakah catatan yang betul oleh Kedai Buku Amir?

a)

Dt Belian

Kt Syarikat Perabot Delly

b)

Dt Perabot

Kt Syarikat Perabot Delly

c)

Dt Syarikat Perabot Delly

Kt Belian

d)

Dt Syarikat Perabot Delly

Kt Perabot

8.

Maklumat yang berikut diambil daripada Buku Tunai Runcit sebuah perniagaan.


1 Julai 2019

Jumlah penerimaan RM300


1 Julai hingga 31 Julai 2019

Jumlah pembayaran RM273


1 Ogos 2019

Baki akhir RM27


Berapakah jumlah wang yang yang perlu dituntut daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

a)

RM27

b)

RM273

c)

RM300

d)

RM327

9.

Maklumat berikut diambil daripada Syarikat Nasional Berhad.

Bayar belian alat tulis pejabat berjumlah RM410 dengan cek.


Apakah catatan bergu yang betul bagi urus niaga tersebut?

a)

Dt Alatan pejabat

Kt Bank

b)

Dt Alat tulis

Kt Bank

c)

Dt Bank

Kt Alatan pejabat

d)

Dt Bank

Kt Alat tulis

10.

Maklumat berikut diperoleh dari lejar Kedai Buku Tulis Sally.


Jul 20

Dt Tunai

Kt Lim Bookstore


Apakah urus niaga yang berlaku pada 20 Julai 2020?

a)

Bayar tunai kepada Lim Bookstore

b)

Terima tunai dari Lim Bookstore

c)

Beli barang niaga secara tunai

d)

Jual barang niaga secara tunai

11.

Apakah butir yang direkodkan di bahagian debit dalam Imbangan Duga?

a)

Hasil

b)

Liabiliti

c)

Belanja

d)

Ekuiti Pemilik

12.

Berikut ialah petikan daripada Penyata Kedudukan Kewangan.


Aset Semasa

Inventori Akhir

Bank

N


Apakah N

a)

Sewa prabayar

b)

Loji dan Mesin

c)

Insurans belum bayar

d)

Komisen belum terperoleh

13.

Maklumat dibawah diperoleh daripada Perniagaan Kaseh

Debit Kredit

RM RM

Akaun Belum Terima 8 500

Hutang lapuk 350


Maklumat Tambahan

Seorang pelanggan yang berhutang RM620 telah bankrap. Hapuskan hutangnya sebagai hutang lapuk.

Berapakah amaun hutang lapuk yang akan direkodkan dalam Akaun Untung Rugi?

a)

RM270

b)

RM350

c)

RM620

d)

RM970

14.

Mezzy Berhad membeli sebuah mesin bernilai RM16 000. Mesin dijangka boleh digunakan selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap mesin di anggarkan sebanyak RM2 400.

Berapakah susut nilai tahunan mesin tersebut?

a)

RM1 360

b)

RM1 600

c)

RM1 840

d)

RM13 600

15.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Berjaya pada 31 Disember 2019.

Mesin (kos) 60 000

Susut Nilai Terkumpul Mesin 6 400


Mesin tersebut dijual pada harga RM48 000 pada 31 Disember 2019.

Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut?

a)

Rugi pelupusan RM5 600

b)

Rugi pelupusan RM12 000

c)

Untung pelupusan RM5 600

d)

Untung pelupusan RM12 000

16.

Berikut merupakan Imbangan Duga Perniagaan Buddyz pada 31 Julai 2019.

DEBIT (RM) KREDIT(RM)

Inventori 1 850

Bank 4 560

Tunai 1 500

Akaun Belum Terima 6 200

Akaun Belum Bayar 3 900

Sewa dibayar 2 400

Insurans 2 500

Modal 15 110

19 010 19 010


Maklumat Tambahan

Pemilik membawa masuk kenderaan bernilai RM38 000 dan wang tunai berjumlah RM1 500 ke dalam perniagaan.

Berapakah nilai imbangan duga terselaras?

a)

RM15 110

b)

RM19 010

c)

RM57 010

d)

RM58 510

17.

Pada 30 Jun 2019, Hanrooz Enterprise telah membayar insurans tahunan RM3 600.

Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.


Berapakah amaun insurans bagi tahun 2019?

a)

RM3 600

b)

RM300

c)

RM1 800

d)

RM2 100

18.

Cek yang telah dikeluarkan untuk membayar gaji pekerja berjumlah RM1 580 telah didebitkan dalam Akaun Bank dan dikreditkan dalam Akaun Gaji.

Apakah pembetulan kesilapan catatan yang perlu dibuat?

a)

Dt Gaji RM 1 580

Kt Bank RM 1 580

b)

DT Bank RM 1 580

Kt Gaji RM 1 580

c)

Dt Gaji RM 3 160

Kt Bank RM 3 160

d)

Dt Bank RM 3 160

Kt Gaji RM 3 160

19.

Apakah nisbah yang digunakan untuk mengukur kemampuan perniagaan menjelaskan hutangnya dengan segera?

a)

Nisbah Semasa

b)

Nisbah Ujian Asid

c)

Pulangan Atas Modal

d)

Peratus Untung Kasar Atas Jualan

20.

Maklumat berikut ialah Kadar Pusing Ganti Inventori yang diperoleh daripada Daiia Sdn. Bhd. dan Sofflan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir 31 Oktober 2019.


Daiia Sdn. Bhd. 3 kali

Sofflan Sdn. Bhd. 5 kali


Manakah yang benar tentang pengurusan inventori bagi kedua-dua syarikat tersebut?

a)

Sofflan Sdn. Bhd. sentiasa menukar inventori berbanding Daiia Sdn. Bhd.

b)

Daiia Sdn. Bhd. lebih cekap menguruskan inventorinya berbanding Sofflan Sdn. Bhd.

c)

Daiia Sdn. Bhd. menukar inventorinya setiap 3 bulan sekali manakala Sofflan Sdn. Bhd. Menukar inventorinya setiap 5 bulan sekali.

d)

Sofflan Sdn. Bhd. menukar inventorinya setiap 3 bulan sekali manakala Daiia Sdn. Bhd. Menukar inventorinya setiap 5 bulan sekali.

21.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Batik Bling, sebuah perniagaan yang tidak menyimpan rekod perakaunan dengan lengkap.

RM

Modal awal 33 660

Modal akhir 14 400

Ambilan 1 110

Rugi bersih 20 450


Berapakah nilai Modal Tambahan Kedai Batik Bling?

a)

RM 2 300

b)

RM 26 500

c)

RM 28 720

d)

RM 38 600

22.

Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Dondey.


Modal pada 1 Januari 2019 RM 20 000

Modal pada 31 Disember 2019 RM 44 400


Maklumat Tambahan:

i. Pemilik telah membawa masuk perabot peribadi RM 12 200 untuk kegunaan perniagaan.

ii. Pemilik telah mengambil barang niaga RM 350 sebulan untuk kegunaan peribadi.

iii. Pemilik telah memindahkan RM 2 000 daripada akaun peribadinya ke Akaun Bank perniagaan.


Berapakah ambilan oleh pemilik dalam tempoh perakaunan di atas?

a)

RM 350

b)

RM 2 000

c)

RM 4 200

d)

RM 14 200

23.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Bunny yang mengamalkan catatan tunggal untuk menyimpan akaunnya.

RM

Baki pada 31 Jun 2020

Kenderaan 5 200

Akaun Belum Terima 3 560

Akaun Belum Bayar 2 800

Tunai 1 460

Bank 5 200

Sewa belum terperoleh 600


Maklumat Tambahan:

Kenderaan disusut nilai 10 % setahun atas kos. Tempoh perakaunan berakhir 30 Jun 2020


Berapakah Modal Akhir?

a)

RM 11 500

b)

RM 11 760

c)

RM 12 960

d)

RM 13 220

24.

Apakah kegunaan penyata bank kepada peniaga?

I. Untuk menghitung baki tunai di tangan.

II. Untuk menentukan jumlah modal perniagaan

III.Untuk menyemak catatan dalam Buku Tunai.

IV. Untuk mengetahui bayaran dan deposit dalam akaun semasa.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Perniagaan Pasu Antik telah menyediakan anggaran

kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2020. Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan akan bertambah pada setiap bulan sebanyak 5% daripada

bulan sebelumnya.

Berapakah jualan pada bulan Ogos 2020?

a)

RM 11 025

b)

RM 11 000

c)

RM 10 525

d)

RM 10 500

26.

Berikut merupakan modal permulaan yang disumbangkan oleh pekongsi Rania, Tiz dan Zirah yang menubuhkan Dobi RTZ.

Rania RM 60 000

Tiz RM 50 000

Zirah RM 40 000


Dobi RTZ mencatatkan kerugian sebanyak RM15 000 pada 31 Disember 2019. Kirakan Kongsi Rugi bagi Raniya mengikut nisbah modal.

a)

RM 4 000

b)

RM 5 000

c)

RM 6 000

d)

RM 15 000

27.

Butir manakah tidak direkodkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi sesebuah perkongsian?


I. Akaun semasa

II. Faedah atas ambilan

III. Faedah atas pinjaman

IV. Gaji pekongsi belum bayar

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

28.

Perkongsian Rania dan Julia memberikan maklumat berikut pada 30 September 2020.

RM

Pengsingan untung rugi (kongsi untung) 6 000

Ambilan 1 200

Faedah atas modal Julia 3 000


Berapakah baki akhir Akaun Semasa Julia?

a)

RM 4 200

b)

RM 7 200

c)

RM 7 800

d)

RM 9 000

29.

Pada 1 April 2020 Syarikat Sapu Bersih Bhd telah menerbitkan 400 000 unit 8% Syer Keutamaan pada harga RM 5.00 sesyer dan 100 000 unit Syer Biasa pada harga RM 2.50 sesyer. Pada 30 April 2020, semua syer telah dipohon beli dan dibayar penuh semasa permohonan.

Berapakah modal diterbitkan dan berbayar penuh?

a)

RM 250 000

b)

RM 2 000 000

c)

RM 2 250 000

d)

RM 3 750 000

30.

Apakah pendapatan modal bagi Kelab Futsal Arena?

a)

Derma membina gelanggang

b)

Untung minuman

c)

Sewa gelanggang

d)

Sewa laci