wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan SPM 2020 (1)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Ibn Khaldun

Apakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut tokoh berikut.

a)

Kebebasan beragama

b)

Kemajuan infrastruktur

c)

Kemakmuran sosioekonomi

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

2.

Orang Mesir Purba menanam mayat bersama barangan dan peralatan keperluan manusia.

Mengapakah amalan tersebut dilakukan?

a)

Menunjukkan darjat si mati

b)

Mengelak harta mereka dirampas

c)

Membalas budi si mati semasa hidup

d)

Percaya kepada kehidupan selepas mati

3.

a)

Acropolis

b)

Aqueduct

c)

Pantheon

d)

Colloseum

4.

Sresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India.


Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

Melahirkan pekerja mahir

b)

Mengawal kadar gaji pekerja

c)

Menjaga kepentingan majikan

d)

Menetapkan had masa bekerja

5.

Peta menunjukkan lokasi kerajaan Angkor berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.

Apakah manfaat lokasi tersebut terhadap kerajaan Angkor ?

a)

Kepadatan penduduk

b)

Laluan perdagangan

c)

Pelabuhan entrepot

d)

Kesuburan tanah

6.

Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara dikaitkan dengan kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha.


Apakah kepentingan bahasa tersebut ?

a)

Menentukan taraf sosial

b)

Menyatukan golongan rakyat

c)

Meningkatkan pencapaian intelek

d)

Mengembangkan aktiviti perdagangan

7.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.


Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ?

a)

Perbalahan antara kaum dielakkan

b)

Perkembangan perdagangan di Makkah

c)

Perlantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

d)

Penyebaran Islam di Makkah

8.

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah ?


Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut ?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah

9.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?


I Wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar

II Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah

III Terbinanya bangunan yang lengkap dengan infrastruktur

IV Mempersaudarakan orang Islam Makkah dan Madinah

a)

A I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah kepentingan peristiwa di atas terhadap kerajaan Islam Madinah?

a)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

b)

Penerusan sistem kabilah

c)

Memperkukuh negara

d)

Pertambahan penduduk

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

· Empangan Abu Musa di Basyrah

· Terusan Amirul Mukminin di Mesir


Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut ?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Meningkatkan produk pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

12.

Rajah 1 berkaitan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

Apakah kesan daripada pertembungan tersebut ?


I Peningkatan ilmu

II Penyerapan budaya

III Pembahagian kelas sosial

IV Penguasaan sumber ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan I

13.

Para ulama telah mengislamkan pemerintah seperti Raja Phaya Tu Nak Pa dan Raja Malik al- Salih.


Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?

a)

Menyekat pengaruh Islam

b)

Menguasai bidang pentadbiran

c)

Mendapatkan pengiktirafan

d)

Mempengaruhi rakyat jelata

14.

Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.

Apakah perubahan tersebut?

I Institusi kesultanan diperkenalkan

II Islam dijadikan asas perundangan

III Jawatan pembesar dilantik secara warisan

IV Sistem raja berkuasa mutlak diamalkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah peranan istana Melaka semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah?

a)

Pusat penterjemahan

b)

Pusat pengajian agama

c)

Pusat pentadbiran madrasah

d)

Pusat pengislaman golongan diraja

16.

Apakah perkara yang paling penting sebelum para pedagang dapat menjalankan aktiviti jual beli di Melaka?

a)

Membuka gerai

b)

Membayar cukai

c)

Membayar zakat

d)

Berjumpa laksamana

17.

Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.


Apakah persamaan tersebut?

a)

Raja pemilik tanah secara mutlak

b)

Golongan agama menerajui pentadbiran

c)

Petani berpeluang meningkatkan status sosial

d)

Rakyat berhak memilih pemerintah

18.

John Hargreaves (Spinning Jenny)

Richard Arkwright (Water Frame)


Hasil ciptaan baru yang dihasilkan akibat perkembangan dalam bidang perindustrian.


Bagaimanakah alat tersebut memudahkan kegiatan perindustrian ?


I Mengeluarkan produk secara besar-besaran

II Mengurangkan bekalan bahan makanan

III Meningkatkan penggunaan tenaga buruh

IV Memperluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan I

19.

Maklumat berikut adalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British pada abad ke-20.


· Enakmen Tanah Padi 1917

· Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934


Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?

a)

Melindungi kepentingan pengusaha ladang

b)

Menyekat pencerobohan terhadap tanah adat

c)

Menstabilkan harga tanaman tradisional

d)

Memperbaiki kualiti penghasilan tanaman

20.

Jadual berikut menunjukkan pertambahan jumlah kemasukan kaum imigran ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awal abad ke-20.


Tahun -Jumlah (orang)

1891 -163 000

1901 -300 000

Apakah kesan pertambahan penduduk tersebut?

a)

Pengukuhan kuasa pemimpin tempatan

b)

Peningkatan penempatan setinggan

c)

Kewujudan masyarakat majmuk

d)

Kemajuan pertanian sara diri

21.

*** Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di Vietnam dengan Sistem Pentadbiran Tanah Besar China ***


Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan

a)

pungutan suara rakyat

b)

pencapaian dalam peperiksaan

c)

pelantikan oleh Gabenor Jeneral

d)

pencalonan oleh pembesar tempatan

22.

Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.


Tahun -Kejayaan

1895-Menewaskan China

1905-Menewaskan Rusia


Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara

a)

Pengukuhan sistem pertahanan

b)

Perluasan semangat nasionalisme

c)

Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

d)

Kemunculan semangat nasionalisme

23.

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915 ?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

24.

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

mewartakan tanah pertanian

b)

memberi peluang pendidikan

c)

mendapatkan petempatan khas

d)

menyediakan tapak perniagaan

25.

Antara berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

I Rakyat

II Perlembagaan

III Pembesar

IV Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

26.

Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836-1886).


Jemaah Menteri Penasihat Raja


Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut?

a)

Menguruskan pembangunan

b)

Menjaga hal ehwal luar

c)

Menjaga keselamatan raja

d)

Menguruskan perkara bukan rahsia

27.

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.


· Pengenalan Malayan Union


Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

a)

Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

Menjejaskan hak kaum peribumi

c)

Menghalang perpaduan kaum

d)

Mengubah sempadan negeri

28.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

29.

Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka


-Dato’ Mahmud Mat

-Dato’E.E. Thuraisingam

-Dr. Lee Tiang Keng


Apakah sumbangan mereka ?

a)

Menganggotai Sistem Ahli

b)

Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid

30.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.

Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Meneruskan kuasa British

b)

Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk

c)

Mendapat hak untuk memerintah sendiri

d)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki

31.

20 Januari 1963, Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

dengan slogan "Ganyang Malaysia".


Mengapakah Indonesia bertindak demikian ?

a)

Terpengaruh dengan dakyah komunis

b)

Tidak dijemput untuk berunding

c)

Terpedaya dengan penjajah Belanda

d)

Tindakan perluasan wilayah terhalang

32.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia ?

a)

Memujuk Singapura menyertai Persekutuan

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Melaksanakan sistem birokrasi Barat

d)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

33.

Apakahpersamaan matlamat perjuangan parti Hizbul Muslimin dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) ?

a)

Menggalakkan perpaduan

b)

Menyatukan orang Melayu

c)

Mencapai kemerdekaan

d)

Menubuhkan negara Islam

34.

Rajah berikut merujuk bidang kuasa kerajaan Persekutuan.


Bidang kuasa kerajaan Persekutuan

-Hal ehwal luar negeri

-Keselamatan dalam negeri

-X


Apakah X ?

a)

Hiburan awam

b)

Perhutanan

c)

Perancangan bandar

d)

Kesihatan

35.

Gambar menunjukkan Jata Negara, Negara kita, Malaysia.


Apakah maksud lambang bulan sabit dalam Jata Negara di atas?

a)

Kedaulatan raja

b)

Perpaduan kaum

c)

Islam agama rasmi

d)

Hak istimewa Melayu

36.

Matlamat Rancangan Malaya Pertama kurang berjaya kerana kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah.


Bagaimanakah cara bagi mengatasi masalah tersebut ?

a)

Mempelbagaikan sektor ekonomi

b)

Membuka kawasan pertanian baru

c)

Menyediakan kemudahan pinjaman

d)

Menamatkan kutipan cukai pertanian

37.

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum.


Antara berikut, yang manakah syor laporan tersebut ?


I Aliran vokasional diperkenalkan

II Sistem persekolahan bercorak integrasi

III Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

IV Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

38.

Dasar berikut memberi sumbangan ke arah mencapai Wawasan 2020.


-Dasar Bahasa Kebangsaan

-Dasar Kebudayaan Kebangsaan

-Dasar Pendidikan Kebangsaan


Apakah sumbangan dasar tersebut ?

a)

Mewujudkan integrasi kaum

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

c)

Menjamin kecemerlangan negara

d)

Membina masyarakat berdaya saing

39.

Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.

- Blok kapitalis

- Blok komunis

Apakah ciri blok kapitalis?

a)

Kebebasan individu dikawal

b)

Mengamalkan pemerintahan demokratik

c)

Mengamalkan sistem satu parti

d)

Memiliknegarakan perniagaan

40.

Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel ?

a)

Menjaga pendirian majoriti negara Islam

b)

Tidak mempunyai kepentingan ekonomi

c)

Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia

d)

Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu