NEW
Font size
WorksheetsUjian Topik 5
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
"Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa"
Yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen
Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen
Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu di sidang parlimen
Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut
diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
didapati gagal mengisyitiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan
I. Mendapat Kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-Undang
Berdasarkan pernyataan di atas, urutan manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-undang?
I,III,II
II,I,III
III,II,I
III,I,II
Ketua Whip berfungsi dalam
Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat
Menentukan kehadiran atau menyokong usul
Mengetua parti yang tidak memenangi pilihan raya umum
Memilih ahli jawatankuasa Parlimen
Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong? (STPM2013)
I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk
negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan
pangkat kepada kepada pembesar negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di (STPM2013)
A Mahkamah Majistret di Johor
B Mahkamah Tinggi di Kelantan
C Mahkamah Syariah di Sarawak
D Mahkamah Sesyen di Selangor
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat? (STPM2014)
A Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal
B Melantik Yang Dipertua Dewan atas nasihat Perdana Menteri
C Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua
Dewan Rakyat
D Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam
Dewan Rakyat
• “Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran.”
Pernyataan di atas merujuk kepada (STPM2016)
A pemusatan kuasa
B pengasingan kuasa
C penyelarasan kuasa
D pembahagian kuasa
Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berpalimen di Malaysia? (STPM2017)
I. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
II. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
III. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
IV. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan
Rakyat
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen.
Penyataan di atas merujuk kepada (STPM2013)
A Ordinan
B Enakmen
C Perundangan Kecil
D Doktrin Duluan Kehakiman
Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh (STPM2013)
A Pengundian dijalankan
B Penamaan calon pilihan raya
C Keputusan pilihan raya diwartakan
D Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya
Yang manakah tugas badan kehakiman? (STPM2014)
A Meluluskan undang-undang negara
B Menggubal undang-undang negara
C Melaksanakan undang-undang negara
D Menentukan kesahan undang-undang negara
Yang manakah penyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat Kabinet? (STPM2014)
I. Membincangkan sesuatu dasar awam negara
II. Meluluskan segala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
III. Meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan
Timbalan Menteri
IV. Meluluskan draf rang undang-undang sebelum dibawa
ke Parlimen
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah? (STPM2018)
A Khalwat
B Mengamalkan ajaran sesat
C Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan
D Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah (STPM2018)
A Diluluskan oleh Majlis Parlimen
B Disahkan oleh Badan Kehakiman
C Diwartakan sebagai Warta Kerajaan
D Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
