Worksheets1.1 Faedah
Total questions: 10
Worksheet time: 25mins
Ismail membuat pinjaman perumahan dengan kadar faedah 4.5% setahun dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1550. Pada tahun berikutnya ansuran tersebut berubah dan Ismail perlu membayar sebanyak RM 1620. Tentukan jenis faedah bagi pinjaman Ismail
Faedah Terapung
Faedah Rata
Faedah Tetap
Faedah Mudah
Kadar faedah tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.
Faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.
Apakah jenis faedah berdasarkan ciri yang dinyatakan.
Faedah Tetap
Faedah Rata
Faedah Terapung
Faedah Mudah
Hitung jumlah faedah yang dikenakan ke atas pelaburan sebanyak RM 13 500 dengan kadar faedah 6.4% selama 10 tahun.
Format penulisan jawapan (Contoh : 1234)
(a)
Encik Sulaiman mempunyai wang simpanan sebanyak RM25 000 dan bercadang untuk membuat pelaburan yang menawarkan kadar faedah 7% setahun. Berapakah jumlah pelaburannya selepas 6 tahun.
Format penulisan jawapan (contoh jawapan : 12345)
(a)
Ali ingin menyimpan sejumlah wang di bank ILMU yang mengenakan kadar faedah 5% setahun untuk membiayai yuran pengajiannya di peringkat Sarjana pada 5 tahun akan datang. Sekiranya yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15500, berapakah yang perlu Ali simpan sekarang ?
Format penulisan jawapan (Contoh : 12345)
(a)
Seorang peniaga telah mendepositkan RM8 000 ke dalam sebuah akaun dan mendapati jumlah wangnya selepas 5 tahun adalah sebanyak RM12 000. Hitung kadar faedah bank tersebut. Berikan jawapan dalam peratus.
(a)
Berapakah lamakah masa yang diperlukan untuk RM 6000 menjadi RM 8700 sekiranya kadar faedah yang dikenakan adalah 5%
(a)
Hitung jumlah pinjaman yang telah dipinjam oleh seorang pegawai sekiranya jumlah faedah terkumpul adalah RM650 untuk tempoh pinjaman selama 15 bulan dengan kadar faedah 10 %.
Format penulisan jawapan (Contoh : 1234)
4 875
5 200
975
8 125
Berapakah jumlah bayaran balik pinjaman sekiranya Ahmad meminjam RM 5000 daripada sebuah skim pinjaman berlesen dengan kadar faedah 12% selama 150 hari.
95000
5250
5025
9500
Seorang usahawan kosmetik membuat pinjaman sebanyak RM 15 000 pada tahun 2010. Pada tahun ini dia melunaskan pinjamannya sebanyak RM 25 500 kepada pihak bank. Hitung kadar faedah yang telah dikenakan oleh pihak bank kepada usahawan tersebut.
Berikan jawapan dalam peratus.
(a)
