wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sistem pentadbiran malaysia

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah X?

a)

Badan Pentadbiran

b)

Parlimen

c)

Badan Judisiari

d)

Badan Berkanun

2.

Manakah antara berikut, BUKAN merupakan bidang tugas Yang Dipertuan Agong?

a)

Memanggil Parlimen bermesyuarat, memberhentikan mesyuarat itu atau membubarkan Parlimen

b)

Melantik semua ahli Dewan Negara

c)

Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara

d)

Memberi titah ucapan di dalam Parlimen

3.

Bilakah Persidangan Pertama Parlimen akan berlangsung?

a)

Dalam tempoh 120 hari selepas pilihanraya

b)

Dalam tempoh 90 hari selepas pilihanraya

c)

Dalam tempoh 60 hari selepas pilihanraya

d)

Serta-merta selepas ahli-ahli parlimen dilantik

4.

Manakah antara berikut SALAH mengenai Kabinet?

a)

Diketuai oleh Perdana Menteri

b)

Dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Negara

c)

Ahli-ahlinya terdiri daripada Parti yang menang majoriti dalam Pilihanraya

d)

Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan Persekutuan.

5.

Bagaimanakah seseorang Perdana Menteri itu dilantik?

a)

Yang Dipertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.

b)

Yang Dipertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Dewan Negara yang mendapat kepercayaan majoriti.

c)

Yang Dipertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat undi terbanyak dalam Pilihanraya

d)

Yang Dipertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Parlimen yang mendapat undi terbanyak dalam Pilihanraya.

6.

Berapa lamakah tempoh seseorang Menteri memegang jawatannya?

a)

Sehingga dia meninggal dunia

b)

Selama yang diizinkan Perdana Menteri

c)

Sehingga cukup 5 tahun

d)

Selama yang diperkenankan Yang Dipertuan Agong

7.

Apakah fungsi kementerian?

a)

Mengawal urus tadbir kewangan negara

b)

Menyampaikan kepada Yang Dipertuan Agong perjalanan pentadbiran negara

c)

Merancang program perlaksanaan mengikut portfolio yang telah ditetapkan

d)

Merancang dan menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan program-program yang terletak di bawah portfolio Menteri

8.

Siapakah Ketua negeri-negeri di Malaysia?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Sultan, Raja atau Yang Dipertuan Negeri

c)

Perdana Menteri

d)

Menteri Besar

9.

Yang manakah merupakan tugas kabinet?

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

10.

"Menjalankan tugas eksekutif iaitu merumus, merancang dan membentuk rancangan pembangunan negara." Tugas di atas dilaksanakan oleh

a)

Majlis Tindakan Negara

b)

Unit Perancangan Ekonomi

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Jabatan Perkhidmatan Awam

11.

Yang manakah antara berikut merupakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?

a)

Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri

b)

Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri

c)

Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri

d)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana

12.

Yang manakah merupakan corak penerimaan keputusan mesyuarat Kabinet?

a)

Koperatif

b)

Kolaboratif

c)

Koordinasi

d)

Kolektif

13.

"Menjadi pengerusi mesyuarat Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri". Penyataan ini merujuk kepada

a)

Timbalan Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri

14.

"Menilai dan menyemak semula dasar dan program pembangunan kerajaan". Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Unit Perancangan Ekonomi

b)

Unit Kerjasama Awam dan Swasta

c)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

d)

Jabatan Perkhidmatan Awam

15.

Yang manakah merupakan tanggungjawab seorang Ketua Kerajaan Persekutuan?

a)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Kabinet kepada agensi kerajaan

b)

Memperkenankan pengisytiharan darurat

c)

Menasihati Ketua Negeri hal ehwal berkaitan pentadbiran negeri

d)

Jurucakap kerajaan Malaysia dalam hal ehwal pentadbiran negara dan antarabangsa