wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKALA DAN JARAK

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Skala ialah
a)
nisbah jarak antara dua tempat
b)
nisbah jarak relatif
c)
nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar di permukaan bumi
d)
nisbah jarak mutlak
2.

Pilih pernyataan yang benar tentang skala penyata?

a)

Berbentuk satu garisan lurus.

b)

Dinyatakan dalam bentuk nisbah.

c)

Dinyatakan dalam bentuk perkataan.

d)

Garisan melintang yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.

3.
Jarak terbahagi kepada dua iaitu 
a)
mutlak dan lurus
b)
relatif dan jarak
c)
mutlak dan saiz
d)
mutlak dan relatif
4.
Apakah alat yang sesuai untuk mengukur jarak lurus di atas peta?
a)
Pembaris
b)
Benang
c)
Kertas
d)
Tali
5.
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur jarak melengkung seperti sungai?
a)
pembaris besi
b)
pembaris kayu
c)
jangka sudut
d)
benang
6.
Apakah jenis skala ini?
"1 cm mewakili 1 km"
a)
skala lurus
b)
skala penyata
c)
pecahan wakilan
d)
skala lurus penuh
7.
Apakah jenis skala ini?
"1 : 100 000"
a)
skala lurus
b)
skala penyata
c)
pecahan wakilan
d)
skala lurus penuh
8.
Apakah jenis skala ini?
a)
skala lurus penuh
b)
skala penyata
c)
pecahan wakilan
d)
skala lurus mudah
9.
Skala ini dinyatakan dalam bentuk ayat.
a)
skala lurus
b)
skala penyata
c)
skala pecahan wakilan
10.
Skala ini dilukis dalam satu garisan lurus.
a)
skala penyata
b)
skala lurus
c)
skala pecahan wakilan
11.
Jika 1 : 100 000 ialah 1cm mewakili 1 km, berapakah pula jika 1 : 200 000?
a)
1 cm mewakili 2 m
b)
1 cm mewakili 200 km
c)
1 cm mewakili 2 km
d)
1 cm mewakili 200 m
12.
Jika 1 : 100 000 ialah 1 cm mewakili 1 km, berapakah pula jika 1 : 50 000?
a)
1 cm mewakili 500 m
b)
1 cm mewakili 500 km
c)
1 cm mewakili 5 km
d)
1 cm mewakili 50 m
13.
 Skala 1 : 25000 bersamaan dengan
a)
2.5 KM
b)
25 KM
c)
250 M
d)
2500 M
14.
Pecahan wakilan untuk skala penyata 1 cm mewakili 2.5 km ialah
a)
1 : 2 500
b)
1 : 25 000
c)
1 : 250 000
d)
1 : 2 500 000
15.
Berapakah jarak sebenar dari rumah Devi ke sekolah?
a)
4 cm
b)
4.5 cm
c)
4 km
d)
4.5 km
16.
"Tambang bas dari Ipoh ke Bidor ialah RM 6.60"
Apakah jenis jarak di atas?
a)
Jarak mutlak
b)
Jarak relatif
c)
Jarak unit ukuran
d)
Jarak masa
17.
Jarak kebun Pak Mat dari rumah Kassim di atas peta ialah 9 cm. Skala peta menunjukkan 1 cm mewakili 2 km. Berapakah jarak sebenar di antara kebun Pak Mat dengan Rumah Kassim?
a)
4.5 km
b)
11 km
c)
18 km
d)
21 km
18.

Pernyataan yang manakah menunjukkan jarak mutlak

a)

Rumah Ali dari sekolah adalah 6 km

b)

Penerbangan Abu dari Miri ke Kuching adalah selama 1 jam.

19.

Jarak rumah Abu dengan sekolah adalah sejauh 4 km. Berapakah jumlah yang perlu Ali bayar untuk ke sekolah dengan menaiki van sekiranya tambang van adalah RM0.50/km.

a)

RM2.00

b)

RM4.00

20.

Rumah Ali terletak sejauh 5 km dari perpustakaan. Pada pukul berapakah Ali akan sampai di perpustakaan sekiranya Ali bertolak dari rumah pada jam 8.00 pagi? (Masa yang di ambil Ali adalah 5minit/km)

a)

8.25 pagi

b)

8.30 pagi