wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN 1

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pemakanan seimbang?

a)

Makan makanan yang mempunyai sukatan yang sama

b)

Tabiat memilih makanan dengan tujuan mengekalkan kesihatan

c)

Makan makanan kegemaran

d)

Tabiat memilih makanan mengikut nafsu

2.

Berikut adalah merupakan kepentingan pemakanan seimbang KECUALI...

a)

Tidak mudah jatuh sakit

b)

Otak sihat dan cerdas

c)

Mental stabil dan berdaya tahan

d)

Menyebabkan obesiti

e)

Tumbesaran fizikal yang sempurna

3.

Apakah kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang?

a)

Otak sihat dan cerdas

b)

Mudah diserang penyakit

c)

Badan cergas dan sihat

d)

Berlaku keseimbangan dalam badan

4.

Makanan yang seimbang perlu...

a)

mengandungi semua zat makanan dalam kadar yang betul.

b)

tidak mengandungi apa-apa zat makanan.

c)

cuma mengandungi beberapa jenis zat makanan.

d)

mengandungi semua zat makanan mengikut kadar yang salah.

5.

Apakah kebaikan protein kepada badan?

a)

Membantu pertumbuhan sel-sel dalam badan

b)

Sumber tenaga utama

c)

Melawaskan pembuangan najis

d)

Membekalkan haba

6.

Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membekalkan ___________ kepada badan.

a)

lemak

b)

vitamin

c)

protein

d)

karbohidrat

7.

Apakah penyakit yang akan kita hidapi sekiranya kita banyak mengambil makanan manis? (KBAT)

a)

darah tinggi

b)

diabetes

c)

buah pinggang

d)

paru-paru

8.

basuh tangan sebelum dan selepas makan

a)

betul

b)

salah

9.

Di antara pernyataan berikut, yang manakah bukan cara

pengendalian makanan yang betul dan selamat ?

a)

Buah-buahan tidak perlu dibasuh

b)

Basuh tangan sebelum menyediakan makanan

c)

Tudung makanan yang telah dimasak.

10.

Memakan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan tubuh kita lesu. Antara berikut yang manakah makanan yang tidak berkhasiat.

a)
b)
c)
d)
11.

Unsur karbohidrat dari makanan boleh diperolehi daripada

a)
b)
c)
d)
12.

Makanan ini dikelaskan sebagai makanan...

a)

berkhasiat

b)

tidak berkhasiat

c)

kurang sedap

d)

paling murah

13.

Dalam piramid makanan, kumpulan makanan karbohidrat terletak dalam Aras 1

a)

Betul

b)

Salah

14.

Antara berikut, manakah yang berpotensi mengalami masalah obesiti?

a)
b)
c)
15.

Punca pencemaran makanan adalah seperti yang berikut kecuali

a)

disimpan terlalu lama

b)

sentiasa dibiarkan terdedah

c)

disimpan di dalam peti sejuk

16.

Mengapakah maklumat dalam label makanan sangat penting?

a)

Sebagai rujukan jika terdapat masalah berkaitan produk makanan

b)

Untuk menunjukkan kandungan bahan sesuatu produk makanan.

c)

Penting dalam pemilihan dan penyediaan sajian makanan yang selamat dan berkhasiat.

17.

Pilih bentuk kuman corona virus?

a)
b)
c)
d)
18.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit coronavirus (covid 19)? (Sumber WHO)

a)

Penyakit pernafasan

b)

Demam Panas

c)

Penyakit sawan

19.

Apakah maksud akil baligh?

a)

Sudah cukup besar atau remaja.

b)

Sudah cukup besar dan sudah matang sifat-sifat kelakian atau kewanitaan

c)

Sudah cukup besar dan cukup matang

20.

Rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa _____________________ kita.

a)

memarahi

b)

menyindir

c)

menasihati

21.

Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan ______________ sesebuah keluarga.

a)

keharmonian

b)

kegagalan

c)

kekayaan

22.

“ Saya tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan baru-baru ini “ Penyataan di atas melibatkan perasaan _____________.

a)

gembira

b)

kecewa

c)

tersinggung

23.

Tubuh badan yang bersih penting kerana _________________________.

a)

terhindar dari penyakit

b)

semua orang tidak suka

c)

berbau busuk

24.

Lambang dalam gambar bermaksud kawasan di situ adalah ______________

a)

rokok harus dinyalakan

b)

tidak dibenarkan bermain api

c)

dilarang merokok

25.

Cara untuk mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya berdasarkan gambar ialah

a)

Berkelah bersama keluarga

b)

Bersukan

c)

Membaca