wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

teknologi hijau

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah Teknologi Hijau

a)

Teknologi hijau ialah penciptaan produk yang tercanggih untuk manusia

b)

Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam semula jadi dan sumbernya, yang meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

c)

Teknologi hijau ialah penciptaan produk yang memberi kemudahan kepada manusia tanpa melihat kesan negatif kepada alam

d)

Teknologi hijau ialah pembangunan yang menekankan kemudahan kepada pengguna khususnya

2.

Yang manakah antara berikut bukan tonggak utama Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan?

Which of the following is not the pillars of the National Green Technology Policy?

a)

Tenaga / Energy

b)

Ekonomi / Economy

c)

Politik / Politic

d)

Alam sekitar / Environment

3.

Apakah definisi bagi teknologi hijau?

a)

Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

b)

Pembangunan produk dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

c)

Pembangunan peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

d)

Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

4.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau?

a)

Meningkatkan penghasilan sisa

b)

Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran

c)

Meningkatkan gas rumah hijau

d)

Meningkatkan penggunaan sumber asli

5.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi pengenalan teknologi hijau?

a)

Pemanasan global

b)

Kos sumber tenaga yang tinggi

c)

Keadaan udara yang semakin sejuk

d)

Kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau

6.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan produk teknologi hijau?

a)

Kapal terbang

b)

Baja kompos

c)

Botol plastik

d)

Tin aluminium

7.

Apakah persamaan ciri antara kedua-dua produk teknologi hijau di bawah?

  • Kereta elektrik
  • Panel solar
a)

Murah, menarik dan inovatif

b)

Menggunakan sumber bahan api

c)

Mengandungi bahan kitar semula

d)

Meminimumkan kemerosotan alam sekitar

8.

Isu sosiosaintifik juga berkaitan dengan kehabisan bahan api fosil. apakah cara terbaik yang boleh diambil oleh kita sebagai pengguna bijak?

a)

Menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu

b)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dengan melarang pembakaran terbuka

c)

Menggunakan bahan api bio

d)

Melakukan penghutanan semula

9.

Apakah aplikasi teknologi hijau untuk menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa?

a)

Pencegahan pembaziran makanan dan pengurangan sisa kertas

b)

Sisa diubah menjadi tenaga dan baja

c)

Pengasingan sisa dan kitar semula sisa

d)

Meminimumkan sisa

10.

Definisi 5R membawa maksud ...

a)

Rethink, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

b)

Rethink, Repair, Reorder, Reduce & Recycle

c)

Rethink, Replace, Reuse, Reduce & Recycle

d)

Refill, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

11.

Kementerian berikut merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi hijau.

a)
b)
c)
d)
12.

............. ialah jumlah pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera sebagai hasil daripada aktiviti manusia

a)

jejak karbon

b)

laluan karbon

c)

jejak-jejak karbon dioksida

d)

laluan-lalauan karbon dioksida

13.

Jelaskan aplikasi teknologi hijau oleh sebuah pasar raya dalam menguruskan sayur-sayuran yang tidak terjual

a)

sayur-sayuran tersebut sudah layu dan tak boleh diguna

b)

sayur-sayuran tersebut telah rosak dan boleh dijadikan sisa organik

c)

sayur-sayuran tersebut boleh didermakan kepada orang miskin

14.

Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?

a)

Kempen kesedaran alam semula jadi

b)

Kempen teknologi cekap tenaga

c)

Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik

d)

Indeks Bangunan Hijau

15.

Mengapakah penggunaan racun serangga kimia merupakan salah satu isu sosiosaintifik sektor pertanian ?

a)

Harga yang amat mahal

b)

sukar untuk diperolehi

c)

Menjejaskan kesihatan

d)

Tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama

16.

Negara manakah yang menggunakan tenaga angin sebagai sumber utama untuk menjana elektrik?

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

Jepun

d)

Australia

17.

Berikut merupakan kesan daripada Perubahan Iklim (Climate Change) kecuali

a)

Kemarau Panjang

b)

Tanah Runtuh

c)

Puting Beliung

d)

Banjir Melampau

18.

Berikut merupakan contoh Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) kecuali

a)

Tenaga Solar

b)

Tenaga Nuklear

c)

Tenaga Air Laut

d)

Tenaga Angin

19.

Antara berikut yang manakah bukan jenis pengangkutan hijau?

a)

keretapi

b)

basikal

c)

kenderaan gas semula jadi (NGV)

d)

kenderaan bersolar

20.

Antara berikut yang manakah empat teras utama teknologi hijau?


i. Tenaga

ii. Alam sekitar

iii. Sosial

iv. Memelihara dan memulihara alam sekitar

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv