WorksheetsLatihan Sembelihan, Korban & Akikah (30/10/20)
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Apakah hukum sembelihan dengan tujuan dimakan dagingnya?
wajib
sunat
harus
makruh
- Penyembelih
- Binatang sembelihan
- Alat sembelihan
Pernyataan di atas merujuk kepada __________.
sunat sembelihan
rukun sembelihan
syarat penyembelih
syarat sah sembelihan
Pilih pernyataan yang betul mengenai alat sembelihan.
alatan yang boleh melukakan binatang sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang
alatan yang boleh membunuh binatang sembelihan dengan cepat kecuali kuku, gigi dan tulang
alatan yang boleh mematikan binatang sembelihan seperti pisau kecuali kuku, gigi dan tulang
alatan tajam yang boleh mematikan binatang sembelihan dengan cepat kecuali kuku, gigi dan tulang
Antara yang berikut, yang manakah yang bukan perkara sunat sembelihan?
penyembelihan dilakukan pada waktu siang
membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri
penyembelih dan binatang sembelihan menghadap kiblat
penyembelihan dilakukan pada bila-bila masa sama ada pada waktu siang atau malam
Hukum sembelihan yang dilakukan oleh Ahli Kitab adalah __________ dimakan.
halal
haram
sah
harus
Urat __________ ialah saluran pernafasan yang wajib diputuskan ketika sembelihan.
mari'
halkum
saraf
daun
Pernyataan berikut bukan merupakan perkara makruh sembelihan kecuali
membaca basmalah
menghadap kiblat
tidak menyembelih pada waktu malam
menyembelih di hadapan binatang lain
Pilih pernyataan yang benar tenang ibadah korban.
sunat dimasak manis
wajib dilakukan oleh orang yang bernazar
haram dimakan oleh orang yang berkorban
harus dilakukan sebelum solat sunat hari raya Aidiladha
"Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah keranaNya"
Pernyataan di atas merujuk kepada __________.
dalil akikah
dalil korban
hukum berakikah
hukum berkorban
- Berniat korban ketika binatang disembelih.
- Selepas solat sunat hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada hari Tasyrik.
Pernyataan di atas merujuk kepada __________ korban.
syarat sah
syarat wajib
perkara sunat
tempoh pelaksanaan
Hukum melakukan ibadah korban dan akikah adalah __________.
wajib
sunat
harus
sunat muakkad
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai korban.
menyembelih binatang ternakan tertentu
dilakukan pada hari raya haji dan hari tasyrik
dagingnya sunat dimasak manis sebelum dibahagikan
satu pertiga daripada daging dibuat jamuan untuk orang ramai
Antara yang berikut, ang manakah bukan syarat sah akikah?
umur kambing dua tahun dan ke atas
masa pelaksanaan setelah bayi dilahirkan
berniat akikah ketika binatang disembelih
menyembelih ketika matahari sedang naik
Berikut adalah cara pembahagian daging akikah kecuali
satu pertiga disedekah kepada fakir dan miskin
masakan afdhal disedekahkan kepada orang miskin
masakan sunat dimakan oleh orang yang berakikah
sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan
Sebaik-baik akikah ialah __________ ekor kambing bagi anak lelaki dan __________ ekor kambing bagi anak perempuan.
satu - satu
satu - dua
dua - dua
dua - satu
