NEW
Font size
WorksheetsNutrisi makanan untuk pemain bola keranjang
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Kenapakah kita perlu mengelakkan diri daripada memakan makanan segera (fast food) sebelum bermain bola keranjang?
Kos makanan yang mahal
Kandungan nutrien yang rendah yang boleh menurunkan prestasi pemain
Kalori makanan yang rendah
Menguntungkan syarikat yang menjual makanan segera
Protein sangat penting untuk pemain bola keranjang kerana ______.
merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh manusia.
membantu dalam pertumbuhan serta pembaikan sel-sel dalam badan.
membantu penyerapan vitamin serta pembentukan hormon di dalam badan.
menjaga fungsi pencernaan dengan lebih baik.
Pemain bola keranjang digalakkan memakan makanan sumber karbohidrat yang tinggi kerana ______.
merupakan sumber tenaga yang utama bagi tubuh manusia.
membantu dalam pertumbuhan serta pembaikan sel-sel dalam badan.
membantu penyerapan Vitamin A,D, E dan K serta pembentukan hormon di dalam badan.
merawat sel-sel tubuh serta metabolisme badan.
Aras manakah dalam piramid makanan yang membantu untuk menjaga fungsi sistem pencernaan (digestive system) lebih baik?
1
2
3
4
Pemain NBA dari pasukan Los Angeles Lakers, LeBron James perlu mengambil makanan sumber karbohidrat yang sangat tinggi semasa latihan atau pertandingan kerana beliau ______.
tidak pentingkan nutrisi makanan dengan baik.
menggunakan tenaga dengan cepat melalui intensiti pergerakan badan yang tinggi.
ingin menjaga fungsi sistem pencernaan dengan baik.
mengurangkan risiko kecederaan badan.
Pada tahun 2008, pemain NBA dari Detroit Piston (pasukan terkini), Derrick Rose selalu mengalami masalah kesihatan akibat daripada pemakanan gula-gula dalam kuantiti yang sangat banyak. Apakah kesan yang boleh dialami oleh beliau?
Meningkatkan kekuatan otot
Mengelakkan daripada menghidap penyakit osteoporosis (pengurangan jisim tulang)
Minda dan badan yang cergas serta sihat.
Risiko tinggi mendapat penyakit diabetes, obesiti dan kerosakan gigi.
Vitamin manakah yang membantu dalam penyerapan kalsium (pembentukan tulang) yang lebih baik terutama untuk pemain bola keranjang?
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
Apakah kesan menghidap kolesterol yang tinggi untuk jangka masa panjang?
Tulang dan gigi akan kurang terbentuk
Penglihatan mata akan menjadi jelas
Dinding salur darah akan tersumbat yang boleh menyebabkan risiko tinggi mendapat strok (stroke)
Meningkatkan prestasi pemain bola keranjang
Sebagai pemain bola keranjang, apakah perkara yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan diri selain latihan?
Memakan makanan yang berminyak dengan banyak
Memakan gula-gula dengan banyak
Mengurangkan waktu tidur
Mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan
Kenapakah pendidikan kesihatan dari segi nutrisi makanan sangat penting untuk semua pemain bola keranjang dari seluruh dunia?
Supaya kita tahu setiap makanan yang diambil oleh kita boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan yang boleh memberikan kesan kepada tubuh kita
Supaya kita boleh berasa kenyang selalu
Supaya kita boleh tidur dengan tenang
Supaya kita boleh membanggakan keluarga kita
