WorksheetsImbuhan Apitan dan Imbuhan Sisipan
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Betulkan kesalahan imbuhan pada kata yang bergaris.
Zamri dan keluarganya sedang perkatakan percutian mereka pada cuti sekolah nanti.
memperkatai
diperkatakan
memperkatakan
Betulkan kesalahan imbuhan pada kata yang bergaris.
Lagu-lagu tradisional didengari kepada pengunjung sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kompleks membeli-belah.
didengarkan
diperdengarkan
mendengarkan
mendengar
Betulkan kesalahan imbuhan pada kata yang bergaris.
Ketika menunggu giliran Zafri melihat oleh ayahnya tentang paparan nilai pertukaran mata wang asing yang terdapat pada dinding.
diperlihatkan
melihatkan
memperlihatkan
Berikan imbuhan pada kata dalam kurungan.
Ibu Zarul telah ___________ (untuk) sebahagian daripada wang yang dibawa untuk membeli set pinggan mangkuk.
peruntukkan
memperuntukkan
diperuntukkan
Berikan imbuhan pada kata dalam kurungan.
Keluarga Zarul ___________ (guna) kesempatan masa yang ada untuk membeli-belah.
memperguna
menggunakan
mempergunakan
digunakan
Cikgu Azlina ______________ tayangan slaid ketika mengajar supaya muridnya lebih faham.
menonton
ditonton
mempertontonkan
mentontoni
Tugu itu dibina untuk _________ askar-askar gugur semasa mempertahankan negara.
memperingat
memperingati
diperingat
diperingati
Hakim telah _______ Razak hukuman penjara setahun.
menjatuhi
menjatuhkan
Salah seorang sultan pada zaman _______ Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.
Kesutanan
Bersultankan
Kesultanan
Sultan
_____ Ameerah menjadi contoh kepada murid-murid lain.
ketekunan
bertekun
tertekun
Persembahan teater itu telah ______ oleh ribuan penonton.
menyaksikan
disaksikan
kesaksian
penyaksian
Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.
melengkapi
dilengkapi
melengkapkan
kelengkapan
Damya kelihatan _______________ untuk memulakan ucapannya buat kali pertama.
gemilang
kemuning
gementar
kemilau
Sila tandakan (✅) pada kata terbitan imbuhan sisipan yang betul bagi kata dasar yang diberikan.
(kuncup)
keluncup
kemuncup
keruncup
Sila tandakan (✅) pada kata terbitan imbuhan sisipan yang betul bagi kata dasar yang diberikan.
(kuping)
keruping
keluping
kemuping
Sila tandakan (✅) pada kata terbitan imbuhan sisipan yang betul bagi kata dasar yang diberikan.
(coreng)
celoreng
cemoreng
ceroreng
Sila tandakan (✅) pada kata terbitan imbuhan sisipan yang betul bagi kata dasar yang diberikan.
(cucuk)
celuruk
cemuruk
cerucuk
Sila tandakan (✅) pada kata terbitan imbuhan sisipan yang betul bagi kata dasar yang diberikan.
(gentar)
gerentar
gementar
gelentar
Pilih imbuhan sisipan yang sesuai.
Ibu menyimpan baju lama di dalam _________ .
gerobok
almari
bakul
reraga
Pilih imbuhan sisipan yang sesuai.
Ahmad __________ dengan adiknya yang asyik menganggunya.
selesa
seronok
serabut
sesungguhnya
Cari dan kenal pasti kata akar dan imbuhan sisipan yang telah diberikan pada perkataan di 'seruling' :
suling
seling
sing
selung
Cari dan kenal pasti kata akar dan imbuhan sisipan yang telah diberikan pada perkataan 'gelanggang' :
gangang
ganggang
genggang
gegang
Adwa berjumpa doktor gigi. Gigi __________ terpaksa dicabut kerana sakit.
geraham
gaham
geham
gemerham
Adik berasa gatal pada _____________ tangannya kerana banyak bermain pasir sewaktu berkelah.
tangan
setapak
telapak
kaki
Kelihatan _________________ cahaya lampu neon di sekitar Kuala Lumpur.
gemilang
gemerlapan
gemuruh
gementar
