Worksheetssejarah spm
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Tamadun Rom mewariskan sistem perundangan kepada dunia. Apakah prinsip sistem perundangan tersebut?
Mengutamakan amalan adat resam tempatan
Memberi keutamaan terhadap ajaran agama
Bentuk hukuman berbeza mengikut kelas
Hukuman berasaskan bukti yang kukuh
Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya menjadi sebuah kerajaan Maritim yang terulung di Asia Tenggara?
Sumber asli diterokai
Bekalan buruh yang ramai
Angkatan Tentera Kuat
Sistem Pengairan moden
Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?
Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
Mengasingkan diri di dalam gua Hirak
Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam? Pilih dua jawapan.
keluasan wilayah
Ketiadaan agama
Penguasaan ekonomi oleh Yahudi dan perbalahan antara suku
Perpindahan nabi dari kota Makkah ke kota Madinah
Mengapakah Perang Al-Basus berlaku selama 40 tahun di Tanah Arab pada zaman Jahiliyah?
Perebutan sumber air
Pelanggaran syarat perjanjian
Menuntut pembebasan tawanan
Mengamalkan semangat Assabiah
Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem Hijabah yang bertujuan untuk ....
Mengukuhkan pertahanan laut
Mengawal keselamatan khalifah
Mengumpul rekod Baitulmal
Mengurus pelantikan wazir
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?
Menghantar ekspidisi perang
Mengutus utusan damai
Mendapatkan bantuan luar
Memperkuat angkatan laut
Selepas kedatangan Islam, Sistem pendidikan Madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu. Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?
dilaksanakan secara kelas
waktu pembelajaran terhad
keperluan asas disediakan pelajar
pendidikan diawasi mudir
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan Institusi Baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut?
menjaga perbendaharaan negara
menguruskan adat istiadat istana
menyeragamkan sistem pentadbiran
mengawal pelaksanaan undang-undang
Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara. Mengapakah Ulama Islam bertindak demikian?
Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah
Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah
Menghormati kuasa mutlak pemerintah
Melindungi kepentingan pemerintah
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura. Mengapakah beliau bertindak demikian?
Memperkasakan sistem beraja
Memperkukuhkan politik negara
Memantapkan kerjasama ekonomi
Megimbangi pengaruh kuasa pembesar
Pada tahun 1956, Suruhanjaya REID telah dibentuk. Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Merancang pembangunan ekonomi
Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran
Membentuk jawatankuasa perpaduan kaum
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Apakah syarat yang melayakkan warganegara Malaysia yang berusia 21 Tahun mengundi dalam pilihanraya?
Menjadi ahli politik
Berdaftar sebagai pemilih
Menjawat jawatan kerajaan
Bebas daripada tindakan mahkamah
Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil-kecilan, tetapi tidak mempunyai sumber modal yang cukup. Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah agensi kerajaan yang boleh membantu Pak Abu.
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaya Pertama. Apakah matlamat agensi tersebut?
Menstabilkan harga pasaran
Menggalakkan pelaburan modal asing
Merangsang penglibatan sektor swasta
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Jerman pernah mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman. Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?
Mendapatkan pinjaman dari luar
Mewujudkan kerjasama serantau
Memperkuat bidang ketenteraan
Melaksanakan pilihan raya
Pergerakan LUDDITE adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?
Menentang penggunaan mesin.
Menentang penggunaan buruh wanita
Membantah pengurangan masa bekerja
Membantah penubuhan persatuan pekerja
Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh Bristish di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?
Penetapan harga yang tinggi
Pemindahan hak milik secara warisan
Peningkatan kadar bayaran sewaan
Penghapusan cukai tahunan
Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan jawatan Encomiendero di Filiphina. Apakah tugas jawatan tersebut?
Mengutip cukai
Memelihara keamanan
Menggubal undang-undang
Memajukan Kegiatan pertanian
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?
Pengenalan pendidikan sekular
Pengenalan peraturan tanah
Perlucutan jawatan pembesar
Pembunuhan penduduk tempatan
