wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab Puasa

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud puasa daripada sudut bahasa?

a)

menahan mulut

b)

menahan mata

c)

menahan diri

d)

tidak makan

2.

Apakah pula maksud puasa daripada sudut istilah syarak?

a)

Menahan diri daripada mengumpat pada siang hari.

b)

Menahan diri daripada makan dan minum pada malam hari.

c)

Menahan orang lain daripada makan dan minum di hadapan kita.

d)

Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga tenggelamnya matahari disertai dengan niat.

3.

Syarat puasa terbahagi kepada Syarat Wajib dan Syarat Sah puasa.

a)

Betul

b)

Salah

4.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Ayat berikut merupakan salah satu dalil al-Quran bagi pensyariatan ibadah puasa daripada ayat 183. Di dalam surah manakah terdapat ayat ini?

a)

Al-Baqarah

b)

Al-Furqan

c)

Al-Ahzab

d)

An-Nur

5.

Bagaimanakah kaedah menentukan masuknya bulan Ramadhan?

a)

Pengumuman di TV

b)

Melihat sendiri anak bulan

c)

Mencukupkan 30 hari bulan Syaaban

d)

Melihat anak bulan Ramadhan

6.

Setiap ibadah mempunyai rukun, begitu juga dengan puasa. Tandakan dua rukun puasa.

a)

Berwudhu’

b)

Niat

c)

Bersahur

d)

Menahan diri daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga tenggelam matahari

7.

Manakah antara pilihan berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa?

a)

Makan dan minum dengan sengaja

b)

Datang haid pada siang hari

c)

Berkumur-kumur ketika berwudhu’

d)

Keluar daripada Islam

e)

Sakit yang tidak boleh sembuh

8.

Merujuk situasi di bawah, manakah dikategorikan sebagai perkara yang mengharuskan berbuka puasa?

a)

Musafir

b)

Sakit yang memudaratkan

c)

Muntah dengan sengaja

d)

Keluar haid atau nifas

e)

Perempuan mengandung yang bimbang kesihatan kandungannya

9.

Ketika berpuasa Ramadhan, kita digalakkan untuk bersahur. Apakah alasannya menurut syarak?

a)

Mendapatkan berkah padanya

b)

Membantu perut menahan lapar

c)

Tidak perlu bersahur

d)

Menggantikan sarapan

10.

Seorang kanak-kanak yang belum baligh ingin berpuasa. Adakah sah puasanya?

a)

Tidak

b)

Sah

11.

Seorang remaja yang telah mukallaf meninggalkan puasa sunat kerana sakit. Apakah hukumnya?

a)

Berdosa

b)

Haram

c)

Harus

d)

Sunat

12.

Sekiranya seorang yang bermusafir telah berbuka puasa Ramadhan tetapi dengan sengaja tidak menggantikan puasanya pada tahun tersebut. Apakah yang perlu dilakukan olehnya?

a)

Qadha’ tambahan satu hari

b)

Qadha’ puasa sahaja

c)

Fidyah sahaja

d)

Qadha’ puasanya & membayar fidyah

13.

Jika seseorang itu sakit dan tidak mampu berpuasa Ramadhan, sakitnya berterusan ke tahun berikutnya. Adakah dia perlu membayar fidyah?

a)

Ya

b)

Tidak

14.

Bagi perempuan hamil yang berbuka kerana bimbang kesihatannya terjejas, dia hanya perlu?

a)

Fidyah sahaja

b)

Qadha’ puasa sahaja

c)

Qadha’ dan fidyah

15.

Puasa yang tidak sempat digantikan lalu dia meninggal dunia, boleh digantikan oleh ahli keluarganya.

a)

Salah

b)

Betul

16.

Berapakah jumlah fidyah yang telah ditetapkan bagi sehari puasa yang ditinggalkan ?

a)

Satu cupak

b)

Satu gantang

c)

Satu kilogram

d)

Satu kati

17.

Istilah yang sesuai bagi ‘perbuatan yang boleh menghapuskan dosa’ ialah ...

a)

Kifarah

b)

Kafarah

18.

Punca kafarah ialah ...

a)

Makan dengan sengaja

b)

Keluar daripada Islam

c)

Melakukan jimak pada siang hari Ramadhan

19.

Apakah pilihan kedua bagi pelaku kafarah sekiranya dia tidak mampu membebaskan hamba yang beriman?

a)

Berpuasa 2 bulan berturut-turut

b)

Memberi makan 6 orang fakir miskin

c)

Bebaskan hamba kafir

20.

Siapakah yang wajib melaksanakan ‘hukuman’ kafarah ini?

a)

Suami dan isteri

b)

Suami sahaja

c)

Isteri sahaja

21.

Terdapat lima jenis puasa sunat yang disebut di dalam Kitab Fiqh al-Manhaji. Tandakan mana yang berkaitan.

a)

Puasa Sunat Hari Jumaat & Sabtu

b)

Puasa Ayyamul Bidh (hari putih)

c)

Puasa Nazar

d)

Puasa Sunat Hari Arafah

e)

Puasa Sunat Tasu’a dan ‘Asyura

22.

Sunat berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.

a)

Salah

b)

Betul

23.

Seseorang yang tidak mahu meneruskan puasa qadha’ boleh membatalkan puasanya dan menggantikan pada hari lain.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Puasa setiap hari iaitu seumur hidup adalah ...

a)

Haram

b)

Sunat

c)

Makruh

25.

Dibolehkan mengganti puasa pada dua hari Raya (AidilFitri & AidilAdha)

a)

Salah

b)

Betul

26.

Puasa pada separuh kedua bulan Syaaban hukumnya ialah ...

a)

Makruh

b)

Sunat

c)

Wajib

d)

Haram

27.

Adakah puasa sunat yang terbatal perlu diqadha’kan?

a)

Perlu

b)

Tidak perlu

28.

Sekiranya seseorang telah berusaha mengganti puasanya tapi meninggal dunia, adakah ahli keluarganya perlu menggantikan bagi pihaknya?

a)

Ya

b)

Tidak

29.

Ibadah puasa terbukti secara saintifik mampu membantu sistem pencernaan manusia dengan memberi kerehatan setelah 11 bulan bekerja.

a)

Betul

b)

Salah

30.

Perasaan saya setelah belajar Fiqh (Bab Puasa) pada tahun ini ...

a)

Gembira

b)

Sedih

c)

Tak faham

d)

Teruja

e)

Biasa sahaja