Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 13 MIGRASI PENDUDUK

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Migrasi ialah....

a)

perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain yang merentasi negara.

b)

perpindahan penduduk secara tetap dari suatu tempat ke tempat lain.

c)

perpindahan penduduk secara sementara dari suatu tempat ke tempat lain yang merentasi sempadan.

d)

perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain yang merentasi sempadan kampung, daerah, bandar, negeri dan antarabangsa.

2.

Migrasi dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a)

emigrasi

b)

migrasi dalaman

c)

migrasi antarabangsa

d)

migrasi bandar ke luar bandar

3.

Migrasi Antarabangsa terbahagi kepada:

a)

imigrasi

b)

emigrasi

c)

bandar ke bandar

d)

bandar ke luar bandar

4.

Pilih 3 faktor tolakan yang mempengaruhi migrasi dalaman.

a)

Kadar upah rendah

b)

Kekurangan kemudahan perkhidmatan

c)

Keadaan politik yang tidak stabil

d)

Peluang pekerjaan terhad

5.

Apakah 2 persamaan faktor tarikan migrasi dalaman dengan migrasi antarabangsa?

a)

Kestabilan politik.

b)

Kadar upah yang tinggi.

c)

Peluang pendidikan yang luas.

d)

Kemudahan perkhidmatan yang lengkap.

6.

Nyatakan negara yang menjalankan transmigrasi.

a)

China

b)

Malaysia

c)

Indonesia

d)

Thailand

7.

Mengapakah wujudnya masalah setinggan di bandar?

a)

Harga rumah yang lebih rendah.

b)

Proses pembandaran di bandar besar semakin pesat.

c)

Harga rumah yang tinggi dan tidak mampu dibeli atau disewa oleh migran berpendapatan rendah.

d)

Permintaan terhadap perumahan mendadak dan terlalu tinggi.

8.

Nyatakan 2 kesan positif yang berlaku terhadap ekonomi di negara yang mengalami imigrasi.

a)

Pemindahan teknologi.

b)

Pengaliran keluar mata wang.

c)

Meluaskan pasaran barangan.

d)

Kemudahan infrastruktur meningkat.

9.

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhan merupakan usaha kerajaan mengurangkan kesan migrasi dalaman melalui.....

a)

memodenkan sektor pertanian.

b)

mengutamakan pekerja tempatan.

c)

penyelerakan dan penyebaran industri.

d)

meningkatan kemudahan asas di luar bandar.

10.

Pilih 3 langkah yang boleh diambil dalam memodenkan sektor pertanian.

a)

Penggunaan baja kimia.

b)

Penggunaan jentera moden.

c)

Penggunaan golongan profesional.

d)

Penggunaan bijih benih bermutu tinggi.

11.

Antara 4 langkah-langkah di bawah, yang manakah merupakan usaha yang diambil untuk mengurangkan kesan migrasi antarabangsa?

a)

Menyediakan kemudahan insentif.

b)

Mengutamakan pekerja tempatan.

c)

Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan.

d)

Meningkatkan kemudahan asas di luar bandar.

e)

Menguatkuasakan undang-undang pengambilan pekerja asing.

12.

Apakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing?

a)

Mengurangkan kadar kelahiran.

b)

Meningkatkan pasaran eskport.

c)

Menambahkan kemudahan perubatan.

d)

Menyediakan latihan kemahiran kepada penduduk tempatan.

13.

Haziz berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Australia.


Apakah 2 jenis migrasi yang berlaku?

a)

Imigrasi ke Malaysia

b)

Emigrasi ke Australia

c)

Migrasi antarabangsa

d)

Migrasi secara transmigrasi

14.

3. "Prasaran seperti klinik dan hospital yang mencukupi serta sistem perubatan moden dan terkini dapat mengurangkan risko kematian bayi dan golongan tua"


Penyataan tersebut mendorong kepada?

a)

Jangka hayat penduduk berkurang

b)

Kadar kelahiran rendah

c)

Jangka hayat dan kadar kelahiran meningkat

d)

Orang tua bertambah muda

15.

4. Penduduk di kawasan pedalaman Indonesia, Kemboja dan Vietnam mempunyai bilangan anak yang ramai. Apakah yang mendorong kepada situasi berikut?

a)

Penduduk di kawasan pedalaman sukakan keluarga yang besar

b)

Taraf pendidikan tinggi menyebabkan mereka inginkan ramai anak

c)

Kadar kesuburan tinggi

d)

Taraf pendidikan yang rendah menyebabkan penduduk di kawasan pedalaman sukar memahami idea program perancangan keluarga

16.

13. Pembukaan ladang FELDA baharu di Sandakan membuatkan ramai penduduk Kampung Bambangan Sandakan berhijrah ke Sandakan.


Berdasarkan pernyataan tersebut penduduk Kampung Bambangan telah melakukan migrasi apa?

a)

Bandar ke luar bandar

b)

Bandar ke bandar

c)

Transmigrasi

d)

Luar bandar ke luar bandar

17.

15. Peranan agensi di bawah menyebabkan berlakunya migrasi


  • FELDA
  • KEJORA
a)

Luar bandar ke bandar

b)

Bandar ke luar bandar

c)

Luar bandar ke luar bandar

d)

Bandar ke bandar

18.

16. Apakah faktor tolakan yang mempengaruhi migrasi dalaman?


I Peluang pekerjaan terhad

II Ketidakstabilan politik

III Peluang pendidikan

IV Kekurangan kemudahan perkhidmatan

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah yang mendorong penduduk Bangladesh, Filipina dan Indonesia untuk berhijrah ke Malaysia?


I Peluang pekerjaan kurang di negara asal

II Kadar upah yang tinggi

III Dasar kerajaan

IV Peluang pendidikan yang luas

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

20.

19. Mengapa selangor merupakan negeri penerima migran terbesar?

a)

Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan

b)

Peluang pekerjaan yang luas dari pelbagai sektor

c)

Keadaan politik yang stabil menyebabkan pelabur berminat untuk melabur di negeri itu

d)

Bencana alam dari negara luar menyebabkan migran ingin berpindah ke Selangor.