wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab Iktikaf

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih maksud yang sesuai bagi kalimah Iktikaf.

a)

berjalan-jalan melihat pemandangan

b)

berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan

c)

berhenti seketika daripada perbuatan yang lazim dilakukan

2.

وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ


Merujuk dalil diatas, apakah perbuatan yang dilarang untuk dilakukan ketika beriktikaf?

a)

melihat gajet terlalu lama

b)

melakukan hubungan antara suami dan isteri

c)

berbekam

d)

menganyam pakaian

3.

Terdapat tiga hukum bagi ibadah iktikaf. Tandakan kesemuanya.

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Haram

d)

Sunat Mu'akkad

e)

Wajib

4.

Sunat dilakukan iktikaf pada bila-bila masa sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Jika seseorang itu bernazar ingin melakukan iktikaf di Masjidil Haram, apakah hukum bagi nazarnya?

a)

Sunat dilakukan segera

b)

Wajib dilakukan di mana-mana masjid di Malaysia

c)

Wajib dilakukan di Masjidil Haram

d)

Harus digantikan dengan ibadah sunat yang lain

6.

Bilakah pula waktu yang dikira sunat mu'akkad dalam pelaksanaan ibadah iktikaf?

a)

1 Muharram

b)

Sepanjang bulan Rejab

c)

10 hari akhir Ramadhan

d)

1 Syawal

7.

Sekiranya seseorang berniat untuk melakukan iktikaf, dia perlu berada di masjid dalam tempoh ...

a)

masa yang wajar

b)

masa yang panjang

c)

masa yang berhari-hari

d)

masa cukup sekadar singgah

8.

Apabila seseorang yang beriktikaf, keluar dari kawasan masjid tanpa tujuan yang munasabah; maka ...

a)

iktikafnya masih berterusan

b)

iktikafnya makruh

c)

iktikafnya batal

9.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang sedang beriktikaf, jika dia ingin memperbaharui iktikafnya yang terbatal?

a)

Balik rumah dahulu

b)

Sambung sahaja

c)

Berniat semula

d)

Solat taubat

10.

Sewaktu tempoh PKPB, ibadah iktikaf yang sunat boleh berubah menjadi makruh kerana kesan mudaratnya.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Perbuatan berbekam dilarang semasa sedang beriktikaf kerana ...

a)

bukan sebahagian sunnah

b)

bimbang mengotori masjid

c)

menyakitkan badan

d)

memalukan

12.

Tujuan beriktikaf adalah untuk bertaqarrub kepada Allah swt. Tandakan perbuatan di bawah yang menyalahi tujuan tersebut.

a)

Berbual kosong

b)

Mengadakan tadabbur al-Quran

c)

Makan secara berlebihan

d)

Cakap perkara sia-sia

e)

Berqiamullail secara berjemaah

13.

Jika seorang perempuan datang haid ketika sedang beriktikaf, apakah tindakan yang perlu dia lakukan?

a)

Meneruskan ibadah seperti biasa

b)

Menjauhi ruang solat & teruskan zikir-zikir ma'thur

c)

Tidur sepanjang hari

d)

Menyertai majlis yang dianjurkan oleh pihak masjid secara senyap-senyap

14.

Ibadah iktikaf telah dilakukan oleh Nabi yang terdahulu. Siapakah Baginda?

a)

Nabi Muhammad saw

b)

Nabi Isa a.s.

c)

Nabi Ibrahim a.s.

d)

Nabi Adam a.s.

15.

Ibadah iktikaf merupakan suatu ibadah yang mudah untuk dilakukan, tetapi jarang dilakukan kerana kurang kefahaman.

a)

Setuju

b)

Tidak

c)

Entah (cukup² lah duduk atas pagar)