wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7 7.1-7.3

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

1. Mengapakah British mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf (API)?

a)

Memperjuangkan hak rakyat

b)

Membuat tuntutan kemerdekaan

c)

Menyokong perjuangan komunis

d)

Menggunakan pendekatan radikal

2.

2. Slogan "Merdeka dengan Darah" digunakan oleh parti berikut bagi menggerakkan perjuangan kemerdekaan.

a)

Kesatuan Melayu Muda

b)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya

c)

Pergerakan Pemuda Melayu

d)

Angkatan Pemuda Insaf

3.

3. Antara berikut, yang manakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Merdeka

b)

Hidup Melayu

c)

Hidup Melayu-Merdeka

d)

Tanah Melayu untuk Malayan

4.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi dan beberapa tokoh lain.

DUA tokoh tersebut ialah

a)

Ishak Haji Muhammad

b)

Ahmad Boestamam

c)

Zakaria Gunn

d)

Tan Cheng Lock

5.

Penubuhan _____________ membuktikan kebencian Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) terhadap kolonial.

a)

Rukun 13

b)

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

c)

Angkatan Pemuda Insaf (API)

d)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

6.

Mengapakah Independence of Malayan Party (IMP) yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar ditubuhkan?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak peribumi

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

7.

Apakah matlamat perjuangan Hizbul Muslimin?

a)

Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

b)

Menekankan pemerintahan demokrasi dan dasara ekonomi mengutamakan rakyat

c)

Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam

d)

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan

8.

Antara berikut, tokoh yang manakah yang memimpin Malayan Chinese Association (MCA)?

a)

Tan Cheng Lock

b)

Lee Kuan Yew

c)

Tun H.S. Lee

d)

C.C. Tan

9.

Apakah persamaan dalam perjuangan pertubuhan berikut?

# Kesatuan Melayu Muda (KMM)

# Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

a)

Kemerdekaan mutlak

b)

Konsep Melayu Raya

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Raja Berperlembagaan

10.

"Membina satu negara dan satu bangsa yang teguh dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal"

Petikan di atas merupakan antara matlamat perjuangan kemerdekaan pertubuhan _____________.

a)

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

b)

Independence of Malayan Party (IMP)

c)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

11.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949?

a)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi negara

b)

Menyahut saranan British tentang hubungan kaum

c)

Mewujudkan kestabilan politik melalui konsep Melayu Raya

d)

Menuju ke arah mencapai status berkerajaan sendiri

12.

Manakah antara berikut merupakan DUAmatlamat penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?

a)

Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

b)

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan

c)

Menuntut pemerintahan berkerajaan sendiri dan pembentukan negara yang berdaulat

d)

Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini

13.

Apakah kepentingan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ?

a)

Merundingkan kemerdekaan dengan kerajaan British

b)

Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Menggalakkan penubuhan parti politik berasaskan kaum

d)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum

14.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan satu titik perubahan terhadap dasar UMNO. Bagaimanakah perkara tersebut dilaksanakan?

a)

Persetujuan British memberi kemerdekaan

b)

Persepakatan menubuhkan Parti Perikatan

c)

Kesanggupan berunding dengan kaum lain

d)

Kesediaan membuka keahlian kepada semua

15.

Siapakah tokoh yang menuntut Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) 1950 ditubuhkan?

a)

E.E.C. Thuraisingham

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. Mustapha Osman

d)

Zainal Abidin Haji Abas

16.

Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Mengenal pasti peranan pemimpin pelbagai kaum

b)

Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

c)

Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial

d)

Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

17.

Bagaimanakah British cuba merealisasikan Dasar Dekolonisasi di Tanah Melayu?

a)

Pelaksanaan Sistem Ahli

b)

Kemasukan golongan imigran

c)

Pengenalan sistem demokrasi

d)

Kelonggaran syarat kerakyatan

18.

Apakah DUA kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

b)

Memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan

19.

Ahli-ahli yang dilantik bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan. Di manakah undang-undang tersebut akan dibentangkan?

a)

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Jemaah Menteri

20.

Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

b)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

c)

Undang-undang antiperkauman digubal

d)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

21.

Siapakah yang memegang portfolio sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Dr. Ismail Abdul Rahman

c)

Dato' Nik Ahmed Kamil

d)

Tunku Yaacob ibni Sultan Abd. Hamid

22.

Apakah portfolio yang dijawat oleh Dato' Onn Jaafar dalam Sistem Ahli?

a)

Ahli Pelajaran

b)

Ahli Kesihatan

c)

Ahli Hasil Bumi

d)

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

23.

Antara berikut, yang manakah DUA ciri Sistem Ahli?

a)

Satu sistem kabinet bayangan dibentuk

b)

Ahli bertaraf Menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio

c)

Ahli diletakkan di bawah kuasa Majlis Perundangan Persekutuan

d)

Ahli tertakluk kepada arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

24.

Apakah portfolio yang dijawat oleh H.S. Lee dalam Sistem Ahli?

a)

Ahli Pelajaran

b)

Ahli Kesihatan

c)

Ahli Pengangkutan

d)

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

25.

Apakah portfolio yang dijawat oleh Dato' Nik Ahmed Kamil dalam Sistem Ahli?

a)

Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar

b)

Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan

c)

Ahli Pertanian dan Perhutanan

d)

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri