wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

(T6) Kefahaman Surah Ad-Dhuha

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Nama penuh saya ialah

4 lines
2.

Saya murid tahun 6 ______

4 lines
3.

Surah ini dinamakan

a)

Ad Dhuha

b)

At Tin

c)

Al Qadr

d)

Al Fatihah

4.

Mengapakah dinamakan surah ini Ad Dhuha?

a)

Kerana sedap disebut

b)

Kerana Allah telah bersumpah dengan waktu Zohor

c)

Kerana Allah telah bersumpah dengan waktu Dhuha di akhir surah

d)

Kerana Allah telah bersumpah dengan waktu Dhuha di permulaan surah

5.
Surah Ad-Dhuha mengandungi berapa ayat?
a)
10
b)
11
c)
12
d)
13
6.
Surah Ad-Dhuha diturunkan di mana?
a)
Madinah
b)
Mekah
c)
Yaman
d)
Syria
7.

Ad Dhuha bermaksud

a)

Waktu Dhuha

b)

Waktu petang

c)

Waktu bersenam

d)

Waktu tidur

8.

Doa apakah ini?

a)

Doa makan

b)

Doa selepas solat Dhuha

c)

Doa Qunut

d)

Doa sebelum tidur

9.

Berikut adalah intisari surah Ad Dhuha KECUALI ?

a)

Menggambarkan nikmat yang diterima oleh Rasulullah SAW seperti perlindungan semenjak kecil dan petunjuk (Al-Quran)

b)

Allah tidak pernah mengabaikan Rasulullah SAW

c)

Nikmat yang diberi Allah hanya untuk Rasulullah SAW sahaja

d)

Allah juga mengingatkan manusia supaya menyantuni anak yatim, membantu orang miskin dan orang yang memerlukan bantuan

10.

Surah ini diturunkan sebagai penafian Allah terhadap tuduhan orang kafir Quraisy. Apakah tuduhan itu?

a)

Nabi sakit dan tidak lagi menerima wahyu

b)

Allah telah membenci dan mengabaikan Rasulullah SAW kerana telah lama tidak menurunkan wahyu

c)

Nabi berhijrah ke Madinah dan mengabaikan penduduk Mekah

d)

Allah memberi pilihan kepada Rasulullah SAW samada mahu terus menjadi Rasul atau tidak

11.

Pilih pengajaran dari surah Ad-Dhuha yang betul.

a)

Orang yang berusaha akan berjaya

b)

Jangan meninggalkan solat dengan sengaja

c)

Kita hendaklah menjaga kebajikan anak yatim dan membantu orang yang memerlukan bantuan

d)

Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT

e)

Gandakan ibadat pada bulan Ramadan terutama pada sepuluh malam terakhir

12.

Dalam ayat ke 11 surah Ad Dhuha ada disebut mengenai tidak boleh berkasar dengan anak yatim.


Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang tepat menggambarkan maksud 'anak yatim'?

a)

Kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik lain

b)

Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri

c)

Kanak-kanak yang kematian salah seorang sama ada ibu atau bapa atau keduanya sekali (piatu)

d)

Kanak-kanak lelaki atau perempuan yang mempunyai ayah bernama 'Yatim'

13.

Pada pendapat kamu, apakah pengajaran yang boleh dikaitkan antara Surah Ad-Dhuha dan penularan wabak COVID19?

a)

Jangan degil. Ikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

b)

Menghina anak-anak yatim yang sudah kehilangan ibubapa

c)

Memberi sedekah dan bantuan kepada orang yang teruk terjejas dengan wabak tersebut

d)

Menginsafi dosa-dosa lalu dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t

14.

Di antara berikut yang manakah BUKAN pengajaran dari surah Ad-Dhuha?

a)

Walaupun tidak dapat bersekolah sepanjang tempoh penularan wabak COVID 19, Auni bersyukur kerana dia dapat meluangkan masa yang banyak bersama ahli keluarga yang lain

b)

Kemiskinan tidak pernah mematahkan semangat Faizal untuk berjaya dalam pelajaran. Dia kini telah menjadi seorang doktor yang berjaya

c)

Afiqah menangis kerana bekal makanannya telah terjatuh akibat ditolak murid lain. Amna mempelawa Afiqah untuk makan bekalannya bersama-sama

d)

Razif tinggal bersama pakciknya selepas kematian ibu dan bapa. Pakciknya telah menggunakan kesemua harta Razif yang ditinggalkan ayahnya yang kaya untuk kepentingan diri sendiri

15.

Apakah akibat tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah?

a)

Hidup disayangi Allah

b)

Hidup tidak bahagia

c)

Tidak mendapat keberkatan hidup

d)

Jiwa tidak tenang

e)

Sentiasa bersederhana dan bahagia

16.

Pilih adab memperlakukan anak yatim yang betul

a)

Memukul anak yatim

b)

Mengherdik anak yatim

c)

Memeluk dan memberi kasih sayang

d)

Memberi mereka duit belanja dari keuntungan berjudi

17.

Ayat di sebelah adalah bukti bahawa

a)

Allah Taala memberi kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada Nabi Muhammad SAW

b)

Allah Taala sentiasa memberi nikmat kepada semua makhluk

c)

Allah Taala tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan tidak membenci Baginda

d)

Allah Taala menyayangi anak yatim

18.

a)

"Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik daripada permulaannya"

b)

"Demi waktu Dhuha"

c)

"Dan didapatinya engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?"

d)

"Bukankah Ia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?"

19.

Golongan yang dituntut untuk disantuni di dalam ayat ini ialah ....

a)

Anak-anak faqir dan miskin

b)

Anak -anak yatim dan orang yang memerlukan bantuan

c)

Anak gelandangan dan faqir miskin

d)

Anak-anak yatim dan golongan yang malas bekerja

20.

Apakah tindakan kamu apabila berjumpa dengan peminta sedekah atau pengemis?

a)

Mengherdik dan menghalau mereka

b)

Menutup hidung kerana bau mereka busuk

c)

Buat-buat tidak nampak

d)

Memberi senyuman dan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan diri

21.

Berikut adalah nikmat kurniaan Allah kepada manusia. Nikmat manakah yang TIDAK digunakan dengan betul?

a)

Mata untuk melihat kebesaran dan kecantikan alam ciptaan Allah

b)

Telinga untuk mendengar kalimah tauhid

c)

Tangan untuk leka bermain PUBG sehingga tertinggal solat

d)

Kaki untuk melangkah ke sekolah demi untuk menuntut ilmu

22.

"Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar) lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)"?


Makna ayat di atas adalah untuk surah Ad Dhuha ayat ke ___?

a)

Ayat ke 10

b)

Ayat ke 5

c)

Ayat ke 7

d)

Ayat ke 6