Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian 1 Sains Tingkatan 4

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut adalah mengenai kriteria sejenis amalan perubatan:

  • Kos rawatan rendah
  • diwarisi secara turun-temurun
  • Menggunakan bahan-bahan semula jadi
a)

Peubatan moden

b)

Perubatan tradisional

c)

Perubatan komplementari

d)

Perubatan mistik

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh ubat-ubatan moden?

a)

Gingseng

b)

Kuinina

c)

Antibiotik

d)

Aloe vera

3.

Apakah kesan penyalahgunaan ubat-ubatan?

I Boleh menyebabkan ketagihan

II Menyebabkan jangkitan penyakit

III Ubat yang digunakan kurang berkesan

IV Menyebabkan penyakit jantung

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Urutan tradisional merupakan salah satu amalan dalam perubatan komplementari. Apakah masalah kesihatan yang boleh dirawat melalui urutan tradisional?

a)

Demam

b)

Sakit kepala

c)

Kemurungan

d)

Masalah saraf

5.

Rajah di bawah menunjukkan suatu ubat moden.

a)

Untuk melegakan kesakitan

b)

Untuk membunuh bakteria

c)

Untuk merangsang aktiviti otak

d)

Untuk merawat kemurungan

6.

Apakah faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas dalam badan manusia?

a)

Metabolisme sel

b)

Asap rokok

c)

Pencemaran udara

d)

Sinar ultraungu

7.

Radikal bebas menyebabkan kerosakan pada struktur DNA dan kemudiannya membentuk bahan karsinogen. Apakah penyakit yang boleh berlaku disebabkan oleh bahan karsinogen ini?

a)

Kanser

b)

Diabetes melitus

c)

Batuk

d)

Sakit sendi

8.

Antara makanan berikut, yang manakah mengandungi beta karotena?

a)

Lobak merah

b)

Buah kiwi

c)

Brokoli

d)

Badam

9.

Buah-buahan yang dipotong akan bertukar menjadi keperangan selepas dibiarkan terdedah dalam udara. Perubahan warna ini berlaku disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bagaimanakah cara untuk memperlahankan proses pengoksidaan pada buah-buahan?

a)

Rendam potongan buah ke dalam air suling

b)

Rendam potongan buah ke dalam jus limau

c)

Rendamkan potongan buah ke dalam air panas

d)

Rendamkan potongan buah ke dalam minyak

10.

Antara bahan berikut, yang manakah tidak sepatutnya terkandung dalam sebarang produk kesihatan?

a)

Vitamin C

b)

Merkuri

c)

Besi

d)

Kodiena

11.

Seorang peserta lumba lari 200 m mengambil masa 8 saat untuk tiba di garisan penamat. Berapakah lajunya?

 ∣Laju = JarakMasa∣\left|Laju\ =\ \frac{Jarak}{Masa}\right|  

a)

 6.67 ms−16.67\ ms^{-1}  

b)

 16.67 ms−116.67\ ms^{-1}  

c)

 25.00 ms−125.00\ ms^{-1}  

d)

 30.71 ms−130.71\ ms^{-1}  

12.

Ramu mengayuh basikal pada laju yang malar iaitu

 20 ms−120\ ms^{-1}  selama 50 saat. Berapa jauhkah  dia bergerak?

 ∣Laju = JarakMasa∣\left|Laju\ =\ \frac{Jarak}{Masa}\right|  

a)

100 meter

b)

200 meter

c)

400 meter

d)

1000 meter

13.

Sebuah kereta api bergerak dengan halaju seragam pada

 50 kmj−150\ kmj^{-1}  . Kereta api itu berhenti selepas 2 jam bergerak. Berapakah pecutan kereta api itu?

a)

 −0.5 kmj−2-0.5\ kmj^{-2}  

b)

 0.5 km j−20.5\ km\ j^{-2}  

c)

 −25 km j−2-25\ km\ j^{-2}  

d)

 25 km j−225\ km\ j^{-2}  

14.

Apakah daya yang mempengaruhi pergerakan jatuh bebas sesuatu objek?

a)

Daya rintangan udara

b)

Daya elektrostatik

c)

Daya magnetik

d)

Daya normal

15.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan kesan inersia?

a)

Sebuah kereta api masih bergerak walaupun brek telah dikenakan

b)

Sukar untuk menggerakkan objek pegun daripada kedudukannya.

c)

Penumpang di dalam sebuah bas terhumban ke hadapan semasa bas itu berhenti secara tiba-tiba

d)

Sebiji bola yang dilepaskan pada ketinggian tertentu jatuh ke tanah

16.

Rajah di bawah menunjukkan duit syiling yang diletakkan di atas sekeping kadbod merentangi mulut gelas.

Apabila kadbod itu ditarik secara tiba-tiba, kenapakah duit syiling itu jatuh ke dalam gelas?

a)

Duit syiling itu mempunyai inersia

b)

Duit syiling itu lebih berat daripada kadbod.

c)

Ketumpatan duit syiling itu adalah tinggi.

d)

Duit syiling itu tidak dipengaruhi oleh sebarang daya.

17.

Enjin kapal tangki melakukanerlu dimatikan sejauh beberapa kilometer dari pelabuhan untuk menghentikannya. Apakah tujuan melakukan hal tersebut?

a)

Kapal tangki mempunyai laju yang tinggi.

b)

Kapal tangki mempunyai inersia yang besar

c)

Kapal tangki mempunyai daya geseran yang kecil

d)

Kapal tangki mempunyai tenaga kinetik yang tinggi

18.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi inersia sesuatu objek?

a)

Luas tapak objek

b)

Isi padu objek

c)

Jisim objek

d)

Saiz objek

19.

Rajah di bawah menunjukkan satu graf pita detik yang diperoleh daripada satu troli yang bergerak.

Apakah jenis pergerakan troli itu?

a)

Halaju semakin berkurang

b)

Halaju semakin meningkat

c)

halaju seragam

d)

Halaju sifar

20.

Graf dalam rajah di bawah menunjukkan pergerakan sebuah kereta mainan.

Berapakah sesaran kereta mainan tersebut selepas 5 minit yang pertama?

a)

4 m

b)

5 m

c)

6 m

d)

8 m