NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BM T3 (PKPB)
Total questions: 25
Worksheet time: 5mins
Adik memegang tangan ibu dengan...... semasa melintas jalan raya.
kemas-kemas
erat-erat
kuat-kuat
ketat-ketat
"........ bangga menjadi anak Malaysia kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia dalam sukan badminton," kata Datuk Lee Chong Wei.
Saya
Beliau
Kami
Aku
Selain mendidik anak-anak tentang penjagaan kesihatan, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada mereka kerana......
muafakat membawa berkat
air dicencang tiada putus
usaha tangga kejayaan
bapa borek anak rintik
Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha........ sistem pendidikan vokasional.
kolaborasi
kolaboratif
koperasi
koperal
Atlet negara kita ....... dalam sukan SEA ke-29 yang berlangsung pada 2017 kerana memperoleh 145 butir pingat emas.
gemilang
cemerlang
cemerkap
gemilap
Kakak mendapat surat amaran ....... pihak sekolah kerana tidak hadir selama 14 hari tanpa sebab.
untuk
dari
daripada
kepada
Jutawan itu tetap dihormati dan dipandang mulia walaupun sering bergaul dengan orang bawahan kerana......
kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
jikalau ular menyusur akar tiada hilang bisanya
kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Pak Abu menangis sendirian apabila ..... akan peristiwa ngeri yang berlaku tiga tahun lalu.
termangu
terngiang
terkenang
termenung
Ibu saudara saya membeli.... petai untuk dijadikan ulam ketika makan malam nanti.
secekak
selonggok
seikat
setangkai
Bendahara Raja Tun Ali........ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.
menusukkan
menyisipkan
menyusupkan
menyarungkan
Suasana di rumah Puan Adibah ........ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
riuh-rendah
kucar-kacir
kelam-kabut
huru-hara
Para penonton yang hadir terhibur..... persembahan kumpulan penyanyi dari Eropah itu.
demi
dengan
akan
untuk
Pokok yang tumbang itu telah ......... beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.
menghempas
menghempap
menghenyak
menghimpit
Peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan ,"Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia mengharapkan sebentuk cincin sahaja".
orang mengantuk disorongkan bantal.
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
pucuk dicita ulam mendatang.
pungguk rindukan bulan.
Dalam Novel Tawanan Komander Caucasus, yang manakah BUKAN watak yang terlibat....
Farhani, Chea Mei, Devnant
Farhani, Mira, Cikgu Soraya
Farhani, Kim Yong, Cikgu Salimah
Farhani, Chea Mei, Haikal
Cerita lelaki itu adalah tentang pengabdian diri......
di Tuhan
ke Tuhan
kepada Tuhan
pada Tuhan
Pihak penguat kuasa akan menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan....
dari semasa ke semasa
dari masa ke masa
daripada semasa ke semasa
daripada masa ke semasa
Kami telah berjalan lebih.......
dari empat kilometer.
daripada empat kilo meter.
daripada empat kilometer.
dari empat kilo meter.
.......... sudah saya berikan kepada adik.
Gula-gula yang saya belikan
Gula-gula yang dibeli oleh saya
Semua gula-gula yang saya beli
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya
............. sesak terutama pada waktu orang ramai pergi dan balik dari tempat kerja.
Jelawat yang merentangi jalan kereta api itu
Jejantas yang merentangi jalan kereta api itu
Jejari yang merentangi jalan kereta api itu
Jejawat yang merentangi jalan kereta api itu
.......... kerana tidak biasa dengan keadaan bersalji di Korea Selatan.
Tangan dan kakinya kesat
Tangan dan kakinya keras
Tangan dan kakinya kejur
Tangan dan kakinya kaku
Perkataan "ibarat racun yang disembur pada ladang-ladang bunga" ialah gaya bahasa........
metafora
sinkope
repetisi
simile
Perkataan "laksana bunga dedap" bermaksud.........
perempuan yang rajin tetapi tidak disukai
perempuan yang hodoh tetapi hidup bahagia
perempuan yang cantik tetapi bersikap buruk
perempuan yang malas tetapi pandai bersolek
Apakah cara yang terbaik untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita?
Masyarakat haruslah mengagung-agungkan bahasa asing.
Kerajaan haruslah mengadakan kempen cintai bahasa kebangsaan.
Pihak sekolah menggunakan pelbagai bahasa dalam pengajaran.
Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak menggunakan dwibahasa.
Maksud rangkai kata menggegar selera ialah
menggongcang keinginan.
menggetar impian.
menggeletar nafsu.
membuak rasa.
