NEW
Font size
WorksheetsCakap Ajuk & Cakap Pindah
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
A "Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar," kata Idham.
B "Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.
C "Aku berhajat untuk memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.
D "Rumah itu sudah menjadi milikku," tegas Idham kepada Azhar.
2. "Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh," kata Aznita kepada Amira.
A Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat oleh Nenek Tijah.
B Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat ketupat palas dan rendang tok yang enak.
C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dimasaknya.
D Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.
3. "Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang,"kata Fauziah kepada Ayu.
A Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu.
B Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di Terengganu.
C Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti di Terengganu.
D Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu.
4. Kata Cikgu Siti kepada Ros,"Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan."
A Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.
B Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.
C Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.
D Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan.
5. "Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini," kata Hakim kepada Faizul.
A Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
B Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
C Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
D Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
6.Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda diIstana Budaya pada malam itu.
A "Marilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada malam ini," kata Harliza kepada Maria.
B "Kamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada malam ini?" tanya Harliza kepada Maria.
C "Pada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?" kata Harliza kepada Maria.
D "Harliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?" tanya Maria.
7. Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
A "Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
B "Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
C "Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
D "Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
8. "Zainab, ambilkan saya pinggan itu," kata Wati.
A Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya.
B Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab.
C Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu.
D Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.
9. "Saya hendak berjumpa dengan awak esok," kata Encik Rizal kepada Zaki.
A Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya pada hari esok.
B Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
C Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
D Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.
10. "Min, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon," kata Salmi.
A Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada Salmi.
B Salmi meminta pertolongan Min supaya menghantar kad ucapan hari jadi kepada Moon.
C Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan ucapan hari jadi kepada Moon.
D Salmi menyampaikan agar Min meminta ucapan hari jadi kepada Moon.
