Font size
WorksheetsPEND.MORAL TINGKATAN 1
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?
Mendapat maklumat yang sahih
Hubungan kekeluargaan renggang
Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara
Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian
Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?
Memujuk rakan anda
Mengajak rakan anda untuk bermain
Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya
Tidak menghiraukan rakan anda
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?
Alam dicemarkan
Imej negara terpelihara
Hidup bermuafakat dan harmoni
Alam terpelihara
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?
Prihatin
Kecewa
Simpati
Rasional
Apakah kepentingan mempelajari Moral?
Menambah ilmu pengetahuan
Mengukuhkan pertahanan negara
Mempunyai nilai sejagat
Mengurangkan integriti
Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?
Makan semua makanan dengan sopan
Salam dengan semua orang
Memakai pakaian ikut keselesaan diri
Tidak menganggu majlis dengan membuat bising
Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?
Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap
Menggunakan tandas oku tersebut
Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang
Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama
Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?
Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain
Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan
Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang
Tidak buat apa-apa tindakan
Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?
Tahun Baharu Cina
Hari Wesak
Vaisakhi
Pesta Kaamatan
Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?
Hindu
Kadazan
Murut
Sikh
Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?
Kinorohingan
Nyenang
Hari menuai
Upacara Magavau
Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?
Bersalam
Bersyukur
Bergembira
Sembayang
Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?
Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap
Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha
Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu
Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
Cara meminta pertolongan dari tuhan.
Bersyukur
Menangis
Berdoa
Berterima kasih
Perkataan moral berasal daripada bahasa Latin iaitu
Morr
More
Mores
Morel
Pilih tingkah laku tidak bermoral.
Membantu orang yang perlu pertolongan.
Membenarkan kawan meniru jawapan semasa peperiksaan.
Membuang sampah ke dalam tong sampah.
Senyap ketika rakan sedang berdoa.
Insan bermoral ialah individu yang .....
mempunyai perasaan
mempunyai tingkah laku
mempunyai perasaan, pemikiran dan tingkah laku bermoral
mempunyai pengetahuan
Pilih cara hidup bermoral.
Berada dalam keadaan tertekan.
Jujur.
Suka membantu.
Beradab.
Apakah kepentingan hidup beragama dan berkepercayaan?
Tiada arah tujuan hidup.
Mendekatkan diri kepada Tuhan.
Dapat membezakan amalan baik dan buruk.
Sejahtera hidup.
Seorang guru Geografi mungkin mempunyai potensi diri seperti yang berikut.
Logika matematik
Naturalis
Interpersonal
Intrapersonal
Pilih ciri keluarga bahagia yang patut diamalkan.
Saling menghormati.
Bersikap mesra.
Tidak peka dengan perasaan ahli keluarga.
Saling membantu dan berkasih sayang.
Pilih kesan jika anda berkawan dengan sahabat yang mempunyai ciri negatif.
Dapat belajar bersama-sama.
Menjejaskan masa depan.
Pelajaran merosot.
Terpengaruh dengan gejala negatif.
Bagaimanakah cara menjalinkan persahabatan tanpa menjejaskan hubungan kekeluargaan?
Tidak menghabiskan terlalu banyak masa bersama sahabat berbanding keluarga.
Utamakan keluarga jika perlu membuat pilihan antara keluarga dan sahabat.
Meminta izin daripada keluarga sebelum membuat janji dengan sahabat.
Bertindak keterlaluan demi kehendak sahabat sehingga mengabaikan kepentingan diri dan keluarga.
Apakah maksud 5R kecuali..
Rethink
Repair
Recycle
Reduce
Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri rasional kecuali
Dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
Mengutamakan emosi dalam membuat keputusan
Sentiasa berhati-hati
Berfikiran matang
Ah Meng mendengar cemuhan tentang adiknya.Dia harus
mempercayai kata-kata mereka
memarahi adik
mendengar alasan adik
memarahi kawannya
Program 5R baik untuk alam sekitar.
Ya
Tidak
Program 5R membina nilai-nilai berikut kecuali...
Rasional
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Bergaduh di antara satu sama lain
Kesan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan situasi berikut kecuali...
alam sekitar akan bersih
mendatangkan penyakit
menjejaskan keseimbangan alam sekitar
menyebabkan bencana alam
