Font size
WorksheetsTATABAHASA TINGKATAN 2 (1)
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Kita perlulah makan makanan yang ______________ supaya tubuh kita dapat berfungsi dengan normal.
segar
masak
berkhasiat
secukup rasa
Harris berasa sangat marah lalu ___________ baju Lokman sehingga tertanggal butangnya.
meragut
manarik
merentap
mencantas
Amat _____________ ketika melalui lantai yang licin namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
terbaring
terjelepok
terjerumus
terpelanting
Guru Besar akan merasmikan majlis penyerahan buku kepada pusat sumber sekolah. ________________ akan tiba sebentar lagi.
Dia
Saya
Kita
Beliau
Asyraf bangun lewat pada pagi tadi. _______________ sepatutnya sampai awal di sekolah kerana ada perhimpunan.
Dia
Saya
Kamu
Kami
"Bilakah _____________ hendak datang ke kampung saya?" tanya Hannan kepada Ravi dan Adib.
kita
awak
kalian
mereka
"Cikgu, ____________ tidak dapat hadir latihan hoki pada petang ini kerana hendak melawat nenek yang sakit di kampung", kata Aisya dan adiknya kepada Cikgu Salman.
dia
kita
kami
kalian
Pemuda yang ditemui sesat di dalam hutan itu masih lagi dalam keadaan (a) dan dirawat di hospital.
Pak Leman menggunakan galah yang (a) untuk mengait buah kelapa muda itu.
Kami memakai baju yang (a) kerana cuaca di Tanah Tinggi Cameron sangat sejuk.
Muiz dan abangnya ____________ menonton televisyen ketika ibu dan ayahnya pulang dari kerja.
mesti
mahu
dapat
sedang
Dua orang pemuda itu ___________ lagi kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah Datuk Alias.
masih
mahu
mesti
dapat
Suhana dan rakan-rakannya sering belajar secara berkumpulan supaya mereka _____________ menguasai sesuatu mata pelajaran dengan baik.
mahu
masih
mesti
dapat
Pilih jawapan yang betul di bawah.
Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia bukan bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.
Adik menangis sambil memberitahu ibu bahawa dia tidak bersalah dalam kejadian cermin tingkap rumah jiran pecah.
Pilih jawapan yang betul di bawah.
Tepak sirih itu adalah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.
Tepak sirih itu ialah untuk majlis perkahwinan Kakak Huda esok.
