Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5. Air dan Larutan 2E

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang berikut sifat fizik air tulen?

a)

Takat didih 100oC

b)

Takat beku 0oC

c)

Tidak berwarna

d)

Ketumpatan 1 kg/cm3

e)

Tiada bau dan rasa

2.

Kutu air boleh terapung di permukaan air kerana

a)

daya gravitinya lemah

b)

wujudnya daya lekatan antara molekul air dan kaki kutu air

c)

wujudnya tegangan permukaan air

d)

tindakan daya apungan

3.

Manakah antara proses-proses berikut melibatkan penyerapan haba dari persekitaran?

a)

kondensasi

b)

penyejatan

c)

pembekuan

d)

peleburan

4.

Air merupakan suatu sebatian kerana ...

a)

molekul air terdiri daripada lebih satu jenis unsur

b)

oksigen dan hidrogen dalam molekul air terikat secara kimia

c)

unsur oksigen dan unsur hidrogen dalam air boleh dipisahkan melalui kaedah penyulingan

d)

nisbah unsur oksigen dan unsur hidrogen pada molekul air adalah tetap

5.

Dalam proses eletrolisis air, ...

a)

gas hidrogen terhasil di anod

b)

hisbah gas oksigen dan gas hidrogen yang terhasil adalah sama (1:1)

c)

asid sulfurik cair ditambahkan sedikit untuk membolehkan arus elektrik mengalir dalam air

d)

pengasingan unsur oksigen dan hidrogen adalah secara fizikal

6.

Kehadiran bendasing dalam air ....

a)

menurunkan takat lebur ais

b)

menaikkan takat didih air

c)

boleh merubah rasanya

d)

boleh merubah nisbah oksigen dan hidrogen pada molekul air

e)

boleh merubah warnanya

7.

Manakah antara yang berikut benar berkaitan penyejatan air?

a)

Penyejatan air berlaku di permukaan air.

b)

Antara faktor yang mempengaruhi kadar sejatan air adalah kelembapan udara, suhu persekitaran, luas permukaan yang terdedah dan kehadiran cahaya.

c)

Pergerakan udara (angin) di permukaan air mempengaruhi kadar sejatan.

d)

Penyejatan air berlaku pada sebarang suhu.

e)

Pembuatan aiskrim melibatkan proses sejatan.

8.

Cecair yang boleh melarutkan bahan dipanggil ...

(a)  

9.

Larutan yang mengandungi banyak zat terlarut dan boleh melarutkan sedikit sahaja lagi zat terlarut dinamakan larutan ...

(a)  

10.

Manakah yang benar tentang larutan dan ampaian?

a)

Larutan dan ampaian adalah sejenis sebatian

b)

Larutan dan ampaian adalah keruh.

c)

Larutan dan ampaian akan menghasilkan sisa apabila dituras

d)

Serbuk kapur dalam air adalah contoh ampaian

11.

Keterlarutan sesuatu bahan ialah kuantiti (a)   zat terlarut yang dapat larut di dalam 100 ml pelarut pada suhu yang tertentu.

12.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan adalah

a)

kehadiran cahaya

b)

suhu pelarut

c)

kadar kacauan

d)

saiz zat terlarut

13.

Koloid ialah campuran dua atau lebih zat terlarut yang tersebar secara sekata. Antara contoh-contohnya ialah...

a)

susu

b)

air teh O

c)

mayonis

d)

cecair pencuci pinggan

14.

Air dikenali sebagai (a)   kerana keupayaannya untuk melarutkan hampir semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas.

15.

Manakah yang bukan kaedah pembersihan air?

a)

Pendidihan

b)

Penurasan

c)

Penyulingan

d)

Pembekuan

e)

Pengklorinan

16.

Manakah bahan-bahan yang digunakan di loji pembersihan air?

a)

Kapur mati

b)

Alum

c)

Karbon

d)

Klorin

e)

Fluorin

17.

(a)   dimasukkan ke dalam air untuk membunuh mikroorganisma.

18.

Di loji pembersihan air, (a)   dimasukkan supaya zarah-zarah lumpur bergumpal dan tenggelam.

19.

Beikut adalah antara penyebab pencemaran air:

a)
b)
c)
d)
e)
20.

Berikut adalah antara langkah-langkah membendung pencemaran air, kecuali

a)

Mendidik masyarakat tentang cara pembuangan sampah yang betul

b)

Menguatkuasakan undang-undang berkaitan bahan buangan industri

c)

Mengharamkan penggunaan baja kimia

d)

Mempertingkatkan pengawasan melalui udara untuk mengesan tumpahan minyak di laut