wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih Simpulan Bahasa yang tepat untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat di bawah.


Nenek tidak menyahut panggilan Mak Eton ketika berada di dapur kerana dia _____________.

a)

telinga kuali

b)

akal kancil

c)

pekak badak

d)

ulat buku

2.

Mastura membeli tiga ____________ jagung rebus di pasar malam itu.

a)

tongkol

b)

papan

c)

helai

d)

sekaki

3.

Tukarkan perkataan bergaris kepada bahasa istana.


Sultan Ahmad berasa sangat marah apabila mengetahui tentang pencerobohan itu.

a)

gering

b)

murka

c)

beradu

d)

bersantap

4.

Tukarkan perkataan bergaris kepada bahasa istana.


Rakyat negeri itu berdukacita atas kematian bonda sultan mereka.

a)

bersemayam

b)

bertitah

c)

persalinan

d)

kemangkatan

5.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.


Mak Limah ____________ bakul berisi ubi itu di atas kepalanya.

a)

membawa

b)

menjunjung

c)

menggoreng

d)

menghunus

6.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


"Tolong cuci pinggan di dalam besen itu," kata ibu kepada Zura.

a)

Zura membantu ibu mencuci pinggan di dalam besen.

b)

Ibu meminta Zura mencuci pinggan di dalam besen itu.

c)

Zura dan ibunya sama-sama mencuci pinggan di belakang rumah mereka.

7.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


" Jangan berlari semasa menaiki tangga yang licin itu supaya kamu tidak jatuh," kata Ayuni kepada Amirul.

a)

Ayuni dan Amirul dilarang menaiki tangga yang licin itu kerana dikhuatiri terjatuh.

b)

Amirul mengingatkan Ayuni agar berhati-hati menaiki tangga yang licin itu.

c)

Ayuni menasihati Amirul agar tidak berlari ketika menaiki tangga yang licin itu supaya tidak terjatuh.

8.

Suhana menyenaraikan nama beberapa _______________ pulau yang indah terdapat di Terengganu.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

9.

Setelah setahun ditinggalkan, rumah peninggalan neneknya itu dipenuhi sarang _______________ .

a)

rerumput

b)

rerambut

c)

dedaun

d)

lelabah

10.

Pilih perkataan sinonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Bayi Fatin sedang tidur dengan nyenyak di atas katil.

a)

lena

b)

diam

c)

lama

d)

senyap

11.

Pilih perkataan sinonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Kami beras curiga akan kata-kata Mo Joo kerana dia seorang yang tidak boleh dipercayai.

a)

sangsi

b)

benar

c)

yakin

d)

awas

12.

Pilih perkataan antonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Musim kemarau yang melanda negeri-negeri pantai timur sekarang menyebabkan banyak haiwan dan tumbuhan mati.

a)

banjir

b)

kering

c)

basah

d)

hangat

13.

Pilih perkataan antonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Pasukan Rumah Kuning telah tewas kepada pasukan Rumah Biru dalam acara lari 200 meter.

a)

gagal

b)

kalah

c)

menang

d)

kecundang

14.

Sikap Salmah yang suka menyendiri seperti ____________ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.

a)

patah hati

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

kambing hitam

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Shima menerima sepucuk surat dari sahabat lamanya.

b)

Fatihah tertinggal buku nota Sejarahnya di perhentian bas.

c)

Aduh, cantiknya baju awak hari ini!

d)

Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Isnin depan.

16.

Pilih ayat yang salah.

a)

Berat badan kanak-kanak perempuan itu ialah 25 kilogram.

b)

Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu.

c)

Program itu dapat mewujudkan semangat perpaduan di antara kaum.

d)

Kita haruslah bersopan santun terhadap orang yang lebih tua daripada kita.

17.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Puan Laila berasa ________________ kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.

a)

terburu-buru

b)

insaf

c)

menggigil

d)

terharu

18.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Sarung kusyen di rumahnya berbau ______________ kerana tidak pernah dibasuh sejak dia membelinya.

a)

hanyir

b)

hapak

c)

tengik

d)

harum

19.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Suzana digelar ______________ oleh kawan-kawannya kerana di tangannya sentiasa ada buku dan akan membacanya jika ada peluang.

a)

kaki lima

b)

tangan terbuka

c)

ulat buku

d)

anak emas

20.

Angin _______________ pada petang tadi telah menumbangkan beberapa batang pokok.

a)

kencang

b)

deras

c)

pantas

d)

cepat