WorksheetsBM- Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 2-11-2020
Total questions: 5
Worksheet time: 3mins
Pilih ayat cakap ajuk atau cakap pindah yang betul.
"Sila duduk," kata Farisah kepada Yaswin.
Farisah mempersilakan Yaswin duduk.
Yaswin mempersilakan Farisah duduk.
“Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh,” kata Budi.
Budi akan berjaya jika dia rajin belajar.
Budi dinasihati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
Budi berjanji bahawa dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Julia memberitahu ibunya bahawa dia kurang sihat.
"Ibu saya kurang sihat," kata Julia。
"Ibu, saya kurang sihat," kata Julia.
"Julia, ibu kurang sihat," kata ibu.
Tomok mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana membawa dia ke klinik.
"Terima kasih Tomok kerana membawa ibu ke klinik," kata ibu.
"Terima kasih ibu kerana membawa saya ke klinik," kata Tomok.
"Apakah topik yang kamu tidak faham?" tanya guru kepada Budi.
Budi bertanya kepada guru tentang topik yang tidak difahaminya.
Budi memberitahu guru bahawa dia tidak memahami topik itu.
Guru bertanya tentang topik yang tidak difahami Budi.
