NEW
Font size
WorksheetsSoalan Pemahaman Set 3 (Sinonim & Ayat Sama Maksud)
Total questions: 52
Worksheet time: 2hrs 34mins
BAHAGIAN 1
TAJUK: SINONIM
Arahan: Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
Mula menjawab (Klik di sini)...
.........
Pesawah itu bermandikan peluh kerana bekerja dengan gigih di bawah terik matahari.
tegap
tekun
tekad
tegas
Abang lebih gemar mengulang kaji pelajarannya daripada melepak bersama-sama rakan-rakannya.
suka
bahagia
gembira
riang
Fauzan sentiasa ingat akan amanat ayahnya agar dia belajar dengan bersungguh-sungguh.
berita
rahsia
luahan
wasiat
Kecacatan diri tidak menghalang Anita untuk menempuh pelbagai rintangan.
gangguan
halangan
sekatan
masalah
Encik Nezam berjaya memperbesar perniagaannya setelah bekerja keras hampir 12 tahun.
lebih
nyaris
dekat
rapat
Mereka berasa bangga melihat kejayaan Nik Nur Madihah dalam pelajaran.
megah
hormat
gagah
hebat
"Usah berasa curiga akan kepandaiannya dalam pelajaran," kata Li Yian kepada Wani.
peduli
sangsi
cemburu
iri
Datin Paduka Dr. Sharifah Mazlina menggalas tanggungjawab yang berat untuk mengharumkan nama negara.
memegang
menjawat
memikul
menjunjung
Kakitangan jabatan itu meraikan persaraan ketua mereka yang telah berkhidmat selama 20 tahun.
menjamu
menyambut
merayakan
meramaikan
Jasa Tun Dr. Mahathir membangunkan negara akan sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
meningkatkan
membangkitkan
mendirikan
memajukan
Harta peninggalan datuknya telah dibeli oleh Datuk Zamri.
sisa
baka
waris
pusaka
Kita mesti memamah makanan sebelum menelannya supaya mudah hadam.
melumat
menggigit
mengoyak
mengunyah
Kakak menyisir rambut adik supaya nampak kemas dan rapi.
menyikat
mengelus
membelai
mendandan
Sampah sarap bertaburan di atas jalan raya itu kerana ditiup angin.
berlonggok
bersepah
bertonjol
bergolek
Anak-anak Puan Hasmah sangat girang kerana dapat bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.
puas
riang
ceria
gemar
Pasukan Bendahara menjadi juara dalam acara sukan tahunan di sekolah Ahmad pada tahun ini.
hero
hebat
tokoh
johan
Hujah yang disampaikan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu sangat bernas.
tetap
berisi
penuh
berguna
Ayah meletakkan cengkeram sebanyak sepuluh peratus daripada harga sebenar rumah yang ingin dibeli kepada syarikat perumahan itu.
wang pendahuluan
wang kertas
wang saku
wang kopi
Banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di daerah itu telah sampai pada paras berbahaya.
had
tahap
tingkat
puncak
Pertunjukan pakaian beragam oleh kanak-kanak prasekolah baru sahaja habis.
hilang
selesai
tutup
tiada
Dia amat berbangga akan prestasi anak-anaknya dalam pelajaran.
kemunduran
kemajuan
kebolehan
kecerdikan
Dalam pertandingan menembak itu, tembakan encik Sami agak tepat.
sipi
lencing
sasar
jitu
Kapal laut yang membawa penumpang dari Sabah itu telah hilang sebelum sampai ke destinasinya.
musnah
lenyap
kabur
muncul
Program Roda Impian yang diterbitkan oleh TV3 itu adalah untuk menguji minda peserta.
meneka
menduga
mengagak
mencungkil
Dalam usia yang baru mencecah tiga tahun, adik Norhana Athikah sudah petah bercakap.
laju
bijak
fasih
lancar
BAHAGIAN 2
TAJUK: AYAT SAMA MAKSUD
Arahan: Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Mula Menjawab (Klik di sini)
.......
" Bilakah awak akan menyiapkan tempahan saya?" tanya Hashim kepada tukang jahit.
Hashim bertanya kepada tukang jahit tentang tempahannya.
Hashim menyuruh tukang jahit menyiapkan tempahannya.
Hashim memberitahu tukang jahit dia akan menyiapkan tempahannya.
Hashim bertanya tukang jahit tentang tempoh dia akan menyiapkan tempahannya.
Sukri terpaksa meninggalkan majlis yang belum berakhir itu setelah mendapat panggilan kecemasan.
Oleh sebab majlis belum berakhir, Sukri terpaksa pulang kerana mendapat panggilan kecemasan.
Ketika majlis itu berlangsung, Sukri mendapat panggilan kecemasan.
Sukri bertindak meninggalkan majlis yang sedang berlangsung itu selepas menerima panggilan kecemasan.
Sejurud selepas majlis itu berlansung, Sukri bertindak pulang segera setelah mendapat panggilan kecemasan.
Kata Cikgu Rosmayati kepada Aida, "Suruh Latifah berjumpa dengan saya di bilik guru."
Cikgu Rosmayati menyuruh Aida berjumpa dengan Latifah di bilik guru.
Aida menyuruh Latifah berjumpa dengan Cikgu Rosmayati di bilik guru.
Latifah ingin berjumpa dengan Aida dan Cikgu Rosmayati di bilik guru.
Cikgu Rosmayati menyuruh Aida memberitahu Latifah supaya berjumpa dengannya di bilik guru.
Lukman sedang menyiapkan model lampu untuk menyertai pertandingan reka cipta di sekolahnya.
Model lampu itu sedang disiapkan oleh Lukman di sekolahnya.
Model lampu itu sedang disiapkan oleh Lukman untuk menyertai pertandingan reka cipta di sekolahnya.
Lukman akan turut serta dalam pertandingan reka cipta di sekolahnya.
Model lampu ciptaan Lukman turut dipertandingkan dalam pertandingan reka cipta di sekolahnya.
Sekolah saya telah mengatur beberapa program sepanjang bulan Oktober ini sempena Bulan Bahasa.
Sempena bulan Oktober, sekolah saya telah menyusun beberapa program.
Bagi mengisi Bulan Bahasa, sekolah telah menyusun beberapa program.
Beberapa program telah diatur sepanjang bulan Oktober di sekolah saya sempena Bulan Bahasa.
Sempena bulan Oktober, sekolah saya telah mengatur beberapa program Bulan Bahasa.
"Lebih baik kita naik kereta supaya tidak terlambat tiba di sekolah," kata Baihaqi kepada kawannya.
Baihaqi mengajak kawannya menaiki kereta agar cepat sampai di sekolah.
Baihaqi mengajak kawannya naik kereta supaya tidak terlambat.
Baihaqi merayu kawannya agar menaiki kereta supaya tidak terlambat sampai ke sekolah.
Baihaqi dan kawannya disuruh menaiki kereta agar cepat tiba di sekolah.
"Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat," kata Mimi kepada adiknya.
Mimi dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.
Mimi mengajak adiknya pergi segera supaya mereka tidak terlambat.
Mimi menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat.
Mimi memberitahu adiknya supaya pergi segera sebelum dia terlambat.
"Mesyuarat ini terpaksa ditangguhkan kerana pengerusi tidak dapat hadir," kata Faizal.
Faizal telah menangguhkan mensyuarat itu kerana pengerusinya tidak pernah hadir.
Faizal mengumumkan bahawa mesyuarat terpaksa ditunda kerana pengerusi tidak dapat hadir.
Mesyuarat itu terpaksa dibatalkan kerana Faizal memberitahu pengerusinya belum hadir.
Pengerusi memberitahu mesyuarat itu ditangguhkan kerana dia tidak dapat hadir.
"Terima kasih, cikgu," kata Khairul Firdaus kepada Puan Mazni yang menolongnya.
Khairul Firdaus mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazni yang menolongnya.
Khairul Firdaus menolong Puan Mazni mengucapkan terima kasih.
Puan Mazni yang menolong Khairul Firdaus mengucapkan terima kasih.
Puan Mazni mengucapkan terima kasih kepada Khairul Firdaus yang menolongnya.
Zafarani meminta izin daripada bapanya untuk menyertai pertandingan melukis.
"Saya akan menyertai pertandingan melukis," kata Zafarani kepada bapanya.
"Perlukah saya meminta izin daripada bapa untuk menyertai pertandingan melukis itu?" tanya Zafarani kepada bapanya.
"Saya mahu beritahu bapa bahawa saya akan menyertai pertandingan melukis," beritahu Zafarani kepada bapanya.
"Bolehkah saya menyertai pertandingan melukis itu?" tanya Zafarani kepada bapanya.
"Murid-murid yang ingin menyertai kem motivasi dikehendaki menghantar borang penyertaan dengan segera kepada guru kelas," kata Cikgu Suzana.
Cikgu Suzana berharap supaya murid-murid segera menyerahkan borang kem motivasi kepada guru kelas.
Cikgu Suzana mahu guru kelas memungut borang penyertaan kem motivasi daripada murid-murid dengan segera.
Cikgu Suzana mengingatkan murid-murid yang ingin menyertai kem motivasi menghantar borang penyertaan dengan segera kepada guru kelas.
Cikgu Suzana menyuruh murid-murid yang ingin menyertai kem motivasu menghantar borang penyertaan dengan segera kepadanya.
Encik Tan menyuruh pekerjanya mengelap meja makan itu sehingga bersih.
"Lapkan meja makan itu dengan bersih," kata pekerja kepada Encik Tan.
"Lapkan meja makan itu sehingga bersih," kata Encik Tan kepada pekerjanya.
"Meja makan itu perlu dibersihkan," kata Encik Tan kepada pekerjanya.
"Pekerja itu hendaklah mengelap meja makan sehingga bersih," kata Encik Tan.
Peperiksaan merupakan sistem yang paling sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid dalam pelajaran.
Murid-murid perlu menduduki peperiksaan untuk menilai pencapaian mereka dalam pelajaran.
Pencapaian melalui peperiksaan merupakan cara yang terbaik untuk menilai pelajaran murid-murid.
Peperiksaan merupakan sistem untuk menilai pencapaian murid-murid dalam pelajaran.
Sistem yang terbaik untuk menilai pencapaian murid-murid dalam pelajaran adalah melalui peperiksaan.
"Jangan membuang sampah di merata-rata tempat," kata pengawas kepada murid itu.
Pengawas melarang murid itu membuang sampah di situ.
Pengawas menegah murid itu membuang sampah di merata-rata tempat.
Pengawas menyuruh murid itu membuang sampah di merata-rata tempat.
Pengawas meminta murid itu membuang sampah di tempat lain.
Encik Azam memandu kereta itu dengan berhemat.
Memandulah kereta Encik Azam dengan berhemat.
Kereta itu dipandu oleh Encik Azam dengan berhemat.
Kereta Encik Azam dipandu dengan berhemat.
Berhemat ketika memandu kereta Azam.
Sebuah lori yang sarat dengan muatan itu cuba dipintas oleh sebuah kereta Proton Wira.
Sebuah kereta Proton Wira telah dipotong oleh sebuah lori yang sarat dengan muatan.
Sebuah kereta Proton Wira yang sarat dengan muatan mencuba memotong sebuah lori.
Sebuah kereta Proton Wira mencuba memotong sebuah lori yang sarat dengan muatan.
Sebuah kereta Proton Wira yang sarat dengan muatan cuba dipotong oleh sebuah lori.
Persatuan Pengakap akan mengadakan pameran keselamatan jalan raya.
Pameran keselamatan Persatuan Pengakap akan diadakan di jalan raya.
Persatuan keselamatan jalan raya akan mengadakan pameran Pengakap.
Pameran keselamatan jalan raya akan diadakan oleh Persatuan Pengakap.
Persatuan Pengakap dan pameran keselamatan jalan raya akan diadakan.
Ayah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah untuk berehat.
Hentian Rehat dan dan Rawat Tapah disinggah olehayah untuk berehat.
Hentian Rehat dan Rawat Tapah disinggah untuk ayah berehat.
Hentian Rehat dan Rawat Tapah ialah tempat untuk ayah berehat.
Ayah direhatkan di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.
Anand menghantar kereta bapanya, Encik Siva ke pusat servis kereta untuk penyelenggaraan.
Kereta bapa Encik Siva dihantar oleh Anand ke pusat servis kereta untuk penyelenggaraan.
Kereta Encik Siva dihantar oleh Anand ke pusat servis kereta untuk penyelenggaraan.
Kereta Anand dihantar oleh bapanya ke pusat servis kereta itu untuk penyelenggaraan.
Kereta Anand dan ENcik Siva dihantar oleh bapanya ke pusat servis kereta untuk penyelenggaraan.
Terdapat banyak kawasan rehat lebuh raya telah disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan pengguna.
Kerajaan dan kawasan rehat lebuh raya telah menyediakan banyak kemudahan kepada pengguna.
Kawasan rehat lebuh raya menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna.
Pengguna mendapat banyak kemudahan di kawasan rehat yang banyak di lebuh raya.
Kerajaan telah menyediakan banyak kawasan rehat lebuh raya untuk kemudahan pengguna.
"Kami menerima pujian daripada Guru Besar kerana telah memenangi kuiz lalu lintas," kata Aisyah.
Aisyah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah memenangi kuiz lalu lintas.
Aisyah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah memenangi kuiz lalu lintas.
Aisyah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah memenangi kuiz lalu lintas.
Aisyah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah memenangi kuiz lalu lintas.
Ayah melarang Dinesh bermain di tepi jalan raya.
"Dinesh, larang anak itu bermain di tepi jalan raya," kata ayahnya.
"Jangan bermain di tepi jalan raya," jerit Dinesh kepada ayahnya.
"Usah bermain di tepi jalan raya," kata ayah kepada Dinesh.
"Dinesh bahaya bermain di tepi jalan raya," jerit ayahnya.
"Kamu mestilah melalui lebuh raya ini jika hendak ke sana," kata Iskandar kepada Ah Meng.
Iskandar mengarahkan Ah Meng melalui lebuh raya itu jika hendak ke sana.
Iskandar memberitahu Ah Meng melalui lebuh raya itu jika hendak ke sana.
Iskandar memaksa Ah Meng melalui lebuh raya itu jika hendak ke sana.
Iskandar meminta Ah Meng melalui lebuh raya itu jika hendak ke sana.
"Berhati-hati ketika memandu kereta di jalan raya," kata Puan Rohana kepada anaknya.
Ketika di jalan raya, Puan Rohana memarahi anaknya agar berhati-hati.
Puan Rohana dan anaknya memandu kereta di jalan raya.
Puan Rohana menasihati anaknya agar berhati-hati memandu kereta di jalan raya.
Anak Puan Rohana diajar agar memandu kereta dengan berhati-hati di jalan raya.
Kamal menyuruh Kazman membelok kereta ke kanan apabila sampai di simpang dua nanti.
"Segera belok kereta ke kanan apabila sampai di simpang dua nanti," kata Kazman.
"Kazman, belok kereta ke kanan apabila sampai di simpang dua nanti," kata Kamal.
"Apabila sampai di simpang dua nanti, suruh Kazman belok kereta ke kanan," kata Kamal.
"Di simpang dua nanti, belok kereta ke kanan," kata Kazman.
