NEW
Font size
WorksheetsSains Tingkatan 4 bab 9 & bab 10
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Mengapakah duralumin digunakan untuk membina badan kapal terbang?
Lembut
Ringan
Berkilat
Mulur
Mengapakah aloi lebih kuat berbanding dengan logam tulen?
Aloi mempunyai kehadiran atom asing dalam susunan atom logamnya yang menghalang lapisan atom daripada menggelongsor apabila daya dikenakan.
Aloi mempunyai ikatan silang antara atom logam yang menghalang lapisan atom daripada menggelongsor apabila daya dikenakan.
Aloi membentuk ikatan kimia dengan lebih daripada satu unsur sama ada logam atau bukan logam.
Aloi disadur dengan sejenis logam yang tidak boleh terkakis.
Sejenis aloi ini dikatakan sangat kuat, keras dan tahan kakisan. Aloi ini digunakan dalam membuat struktur jambatan dan bangunan. Apakah campuran unsur dalam aloi berkenaan?
Kuprum dan zink
Kuprum dan timah
Besi dan karbon
Aluminium, magnesium dan kuprum
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan logam tulen lebih lembut berbanding dengan aloi?
Digunakan untuk membuat wayar daripada kepingan
Digunakan untuk membuat badan kenderaan yang boleh terbang di udara.
Digunakan untuk membuat alatan muzik dan piala yang berwarna dan menarik.
Digunakan untuk membuat kuali dan periuk yang mudah dipanaskan.
Apakah logam utama yang digunakan dalam pembentukan duralumin?
Aluminium
Zink
Plumbum
Argentum
Apakah proses yang boleh menghasilkan logam yang lebih keras?
Pengaloian
Penyaduran
Penulenan
Pengekstrakan
Antara yang berikut, yang manakah kebaikan paip PVC?
Tidak mudah terbakar
Tidak berkarat
Ketumpatan yang tinggi
Murah
Apakah unsur yang utama dalam kaca?
Silika
Magnesium
Plumbum
Boron
Rajah di bawah menunjukkan produk yang sering digunakan di rumah.
Apakah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk ini?
Kaca
Aloi
Seramik
Batu kapur
Apakah bahan yang boleh menggumpalkan lateks?
Air
Larutan natrium klorida
Larutan ammonia
Asid etanoik
Pandangan manakah yang menunjukkan perubatan tradisional masih diperlukan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat?
Menggunakan teknologi yang lebih canggih
Tempoh penyembuhan yang lebih singkat dan tidak mengambil masa
Dapat menyembuhkan penyakit yang masih tidak dapat diubati secara perubatan moden
Penggunaan ubat bius yang tidak mendatangkan rasa sakit semasa sesi rawatan
Situasi manakah dalam rawatan perubatan moden yang sesuai menggunakan ubat antibiotik dalam merawat pesakit?
Aminah yang berasa sakit kepala dan berkemungkinan mengalami migrain.
David yang mendapat jangkitan kuman pada alat kelamin akibat hubungan seks bebas.
Maisarah yang mengalami masalah kemurungan selepas terlibat dalam bencana tsunami.
Devi yang mengalami demam panas dan badan berasa menggigil.
Aromaterapi
Akupuntur
Kimoterapi
Yoga
Pendedahan kepada asap rokok
Pendedahan kepada sinar radiasi
Pendedahan kepada penggunaan racun rumpai
Sering mengalami kecederaan
Apakah yabg menyebbkan masalah kesihatan kepada manusia?
Makan mengikut piramid makanan
Makan sedikit tetapi kerap
Memilih makanan berkhasiat
Waktu makan yang tidak tetap
Apakah jenis ubat bagi penisilin?
Antitoksin
Antiseptik
Antibiotik
Antigen
Antara yang berikut, yang manakah sumber utama bahan antioksidan selenium?
Kacang Brazil
Sayur sawi
Buah manggis
Epal
Lengkuas merupakan sejenis herba. Apakah kegunaannya dalam rawatan tradisional?
Mengubati luka
Menyejukkan badan
Menghilangkan jerawat
Mengubati sakit perut
Encik Mat mendapatkan rawatan urutan untuk mengeluarkan angin dalam badan. Minyak urut yang diperbuat daripada herba apakah yang sesuai untuk digunakan?
Kelapa muda
Bawang merah
Daun pandan
Halia
Bagaimanakah bahan antioksidan membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan?
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan radikal bebas dengan mengisi kekosongan elektron pada radikal bebas.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan memastikan bilangan radikal bebas adalah terkawal pada jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk memecahkan lemak berlebihan dalam tubuh badan.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan menghalang proses pengoksidaan pada makanan.
