NEW
Font size
WorksheetsSET 1 SOALAN OBJEKTIF PT3 T2
Total questions: 20
Worksheet time: 42mins
Rajah 1 menunjukkan simbol bahaya pada botol reagen. Bahan kimia manakah yang disimpan dalam botol ini?
A. Uranium/Uranium
B. Mercury/Merkuri
C. Alcohol/Alkohol
D. Concentrated acid/Asid Pekat
Rajah 2 menunjukkan satu sel tumbuhan. Apakah fungsi struktur P?
A. Menyokong sel apabila dipenuhi sap sel.
B. Menyerap cahaya matahari.
C. Tempat di mana proses kimia berlaku.
D. Mengawal semua aktiviti di dalam sel.
Antara fenomena berikut, yang manakah menunjukkan pengaliran haba melalui sinaran?
A. Bayu laut
B. Bayu darat
C. Haba dari matahari
D. Pencairan ais di kutub
Jadual 1 menunjukkan isipadu yang disesarkan oleh guli yang sama saiz. Berapakah isipadu air yang disesarkan oleh 7 biji guli?
A. 28 cm3
B. 32 cm3
C. 36 cm3
D. 40 cm3
Rajah 3 menunjukkan perkembangan fetus di dalam uterus. Tabiat ibu manakah yang membahayakan fetus?
A. Kerap bersenam
B. Mengambil vitamin C
C. Mengambil pil zat besi
D. Makan makanan segera
Rajah 4 menunjukkan seorang lelaki menggigil kesejukan. Antara yang berikut, yang manakah bukan gerak balas biologi yang betul?
A. Berpeluh
B. Suhu badan menurun
C. Bulu roma di kulit menegak
D. Salur darah mengecut untuk mengurangkan aliran darah ke kulit.
Antara yang berikut, yang manakah langkah-langkah untuk mengelakkan kebakaran?
P : Pasang alat pengesan asap dan penggera
kebakaran di rumah
Q : Matikan suis elektrik dengan tangan yang basah
R : Tutup pili gas selepas memasak
S : Letakkan mancis berdekatan dengan dapur
A. P and Q
B. P and R
C. Q and R
D. R and S
Antara yang berikut, yang manakah contoh bagi sifat kimia jirim?
I. Rantai besi mudah berkarat jika terdedah kepada udara
II. Sebiji oren berasa masam kerana sifat asidnya
III. Bunga tapak kasut menambahkan geseran di atas permukaan jalan
IV. Aiskrim melebur apabila terdedah kepada haba
A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan III
D. I dan IV
Kumpulan makanan manakah yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu?
A. Telur, susu, ikan
B. Jagung, nasi, roti
C. Mentega, telur, mi
D. Buah oren. Telur, ikan
Rajah 5 menunjukkan dua jenis haiwan. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri sepunya bagi kedua-dua haiwan ini?
A. Bersisik kering dan berdarah panas
B. Berkulit lembap dan berdarah sejuk
C. Bernafas menggunakan peparu dan berdarah sejuk
D. Bersisik lendIr dan bernafas menggunakan peparu
Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji penyerapan glukosa. Selepas satu jam, air suling diuji dengan menggunakan Larutan Benedict dan larutan iodin. Manakah antara berikut merupakan pemerhatian bagi ujian yang dijalankan terhadap air suling?
Larutan Iodin: Kuning keperangan
Larutan Benedict: Mendakan merah bata
Larutan Iodin: Kuning keperangan
Larutan Benedict: Biru muda
Larutan Iodin: Biru Kehitaman
Larutan Benedict: Biru muda
Larutan Iodin: Biru Kehitaman
Larutan Benedict: Mendakan merah bata
Maklumat berikut menunjukkan satu rantai makanan di sawah padi. Apakah yang akan berlaku sekiranya populasi ular meningkat?
A. Padi semakin berkurang
B. Bilangan helang bertambah
C. Bilangan tikus bertambah
D. Tikus akan bersaing untuk mendapatkan makanan.
Jadual 2 menunjukkan takat didih air sungai dan air laut.Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan Jadual 2?
A. Air laut mengandungi bendasing
B. Air sungai mengandungi bendasing
C. Air laut mengandungi lebih oksigen
D. Air sungai mengandungi oksigen
Rajah 7 menunjukkan sebatang penyedut minuman yang berlubang. Apakah yang akan berlaku jika penyedut minuman itu disedut?
A. Jus tidak dapat disedut
B. Jus tidak boleh disedut dengan cepat
C. Jus akan disedut dengan lebih perlahan
D. Gelembung udara terbentuk di dalam jus
Antara alat berikut, yang manakah mengaplikasikan prinsip tuas?
A. Skru dan tangga
B. Pisau dan kapak
C. Roda dan gandar
D. Penyepit dan gunting
Rajah 8 menunjukkan satu litar bersiri. Berapakah jumlah rintangan dalam litar ini?
A. 2Ω
B. 3Ω
C. 5Ω
D. 6Ω
Rajah 9 menunjukkan suatu ekosistem. Pernyataan manakah betul tentang organisma hidup dalam ekosistem di atas?
A. Terdiri daripada dua populasi
B. Interaksi mangsa-pemangsa berlaku
C. Beberapa populasi organism hidup dalam habitat yang sama
D. Persaingan untuk mendapatkan pasangan berlaku dalam kalangan populasi yang berbeza
Rajah 10 menunjukkan jalur dwilogam di dalam penggera kebakaran. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang jalur dwilogam tersebut?
A. Besi mengecut lebih daripada loyang
B. Loyang mengecut lebih daripada besi
C. Besi mengembang lebih daripada loyang
D. Loyang mengembang lebih daripada besi
Seorang budak lelaki menjerit di dalam sebuah gua. Bunyi yang sama kedengaran semula selepas beberapa saat. Apakah ciri bunyi dalam situasi tersebut?
A. Gelombang bunyi bergerak laju
B. Gelombang bunyi boleh diserap
C. Gelombang bunyi boleh dibiaskan
D. Gelombang bunyi boleh dipantulkan
Mengapakah Bumi paling sesuai didiami oleh hidupan?
A. Mempunyai kandungan oksigen yang rendah
B. Mempunyai kandungan mineral yang rendah
C. Mempunyai kandungan air yang rendah
D. Mempunyai julat suhu yang sesuai
