NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Buat sementara waktu,____________ akan bersemayam di istana ini,"kata Bendahara Tun Perak kepada Tun Telani.
dia
beliau
tuanku
baginda
"Data yang lengkap ini ____________ peroleh daripada Internet,"kata Liana kepada Cikgu Haris.
aku
saya
kami
hamba
Amah itu membuntuti Puan Maria sambil __________bayi majikannya itu.
mengepit
mengelek
menjunjung
mengandar
Rotan perlu______ di atas api agar mudah untuk dibengkokkan.
dilentul
dilentur
dilentung
direntung
Yasmin berasa__________apabila melihat seekor ulat di dalam buah jambu yang dibelahnya.
geli
ngilu
ngeri
seram
Bau___________ ikan air tawar dapat dihilangkan jika direndam di dalam air perahan asam jawa.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Sikap pelayan di restoran itu ___________sopan apabila berurusan dengan pelanggan.
amat sekali
tersangat amat
sungguh kurang
sungguh paling
___________ saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu, ___________awak perlu membeli buku lain sebagai gantinya.
Walaupun.....lantas
Kendatipun.....namun
Meskipun.....manakala
Sungguhpun.....sementara
Adik memaut pinggang ayah ____________ketika memboncengi ayah ke bandar
erat-erat
kuat-kuat
ketat-ketat
betul-betul
Penonton melonjak______________ apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama semasa menentang Lin Dan.
kegilaan
kemeriahan
kesenangan
kegembiraan
Mereka yang ingin memiliki "Rumah Mesra Rakyat" perlu menghadiri satu sesi ___________.
temu bual
janji temu
temu duga
temu ramah
Suasana menjadi ____________ apabila sebuah lori tiba-tiba meluncur laju ke arah warung yang dipenuhi pelanggan.
kalang-kabut
lintang-pukang
pontang-panting
tunggang-langgang
Pak Halim duduk di bawah se___________ pokok buluh sambil menghulurkan se____________ joran ke sungai.
ruas.....bilah
buku.....katam
batang.....kaki
rumpun .....batang
Pilih ayat yang betul.
Sungguh amat sakit kakiku ini.
Bila ada masa lapang, jenguk-jenguklah kami di sini.
Seminar Kebitaraan Bahasa itu akan berlangsung bulan depan.
Mereka akan balik kampung untuk menziarahi keluarga pada setiap hari minggu.
Oleh sebab suami isteri itu tidak mempunyai zuriat, mereka mengambil seorang __________.
anak tiri
anak emas
anak watan
anak angkat
Pembuangan sisa toksik oleh kilang itu mengancam hidupan akuatik di sungai itu. Berikan perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
mengugut
menggugu
menggugat
mengganggu
Rihana menceritakan peristiwa itu dengan nada yang sebak. Perkataan berlawan bagi perkataan bergaris adalah
pilu
geram
girang
lantang
Dalam era perniagaan yang makin mencabar ini, hanya mereka yang memiliki ______________ yang tinggi akan mampu menggalas cabaran dengan jayanya.
daya cipta
daya gerak
daya saing
daya penarik
Belakangan ini, gejala salah laku pendatang asing _________ dibahaskan oleh media massa.
riuh
panas
bising
hangat
Nasi goreng di dalam kuali itu _____________ dimakan oleh adik dan kawan-kawannya.
licin-licau
gelap-gelita
kering-kontang
terang-benderang
