wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7. Keelektrikan dan Kemagnetan 2E

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan rajah, apakah yang dapat diperhatikan?

a)

Kerajang emas tidak mencapah

b)

Kerajang emas mencapah

c)

Kerajang emas menjadi panas

d)

Percikan api terhasil pada ceper logam

2.

Berdasarkan penjana Van de Graff itu, mengapakah penunjuk galvanometer terpesong apabila suis dihidupkan?

a)

Galvanometer peka terhadap haba

b)

Bumi menyimpan cas negatif

c)

Penjana Van de Graaff menarik cas positif dari lantai

d)

Pengaliran cas elektrik yang menghasilkan arus elektrik

3.

Yang manakah KEKURANGAN litar bersiri?

a)

Semua komponen dikawal oleh satu suis

b)

Setiap komponen menerima kuantiti arus yang sama

c)

Penambahan voltan yang membekalkan arus yang lebih besar

d)

Setiap peralatan elektrik boleh dihidupkan dan dimatikan secara berasingan

4.

Yang manakah menunjukkan hubungan antara arus, voltan dan rintangan?

a)

petua genggaman tangan kanan

b)

hukum Ohm

c)

hukum elektrostatik

d)

Cas elektrostatik

5.

Apakah jenis tenaga yang dihasilkan oleh ketuhar?

a)

Tenaga haba

b)

Tenaga bunyi

c)

Tenaga kimia

d)

Tenaga keupayaan elastik

6.

Yang manakah merupakan contoh elektrostatik?

a)

Seluar melekat pada kaki

b)

Mentol lampu menyala

c)

Soket elektrik di rumah

d)

Menaiki basikal

7.

Yang manakah BENAR tentang garisan medan magnet?

a)

Tidak bersilang

b)

Mengarah dari Kutub Selatan ke Kutub Utara

c)

Garisan lebih rapat di kawasan medan magnet yang lemah

d)

Garisan bersambung jika kutub sama

8.

Apakah alatan yang digunakan untuk membuka dan menutup litar?

a)
b)
c)
d)
9.

Cadangkan satu tempat yang paling SESUAI untuk berlindung semasa kilat.

a)

di dalam kereta

b)

di dalam bangunan

c)

di bawah pokok

d)

di kawasan lapang

10.

Antara sumber berikut yang manakah boleh menjana tenaga elektrik?

a)

Air

b)

Angin

c)

Matahari

d)

Awan

11.

Apabila rod politena digosok dengan kain wul, ia menjadi cas negatif. Apakah yang berlaku pada kain wul itu?

a)

Elektron hilang dan kain wul menjadi neutral

b)

Elektron hilang dan kain wul menjadi bercas positif

c)

Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi neutral

d)

Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi bercas positif

12.

Rajah menunjukkan kilat yang menyambar sebuah bangunan tinggi. Yang manakah menunjukkan cas-cas yang betul untuk kilat berlaku?

a)

Cas P : Positif

Cas Q : Negatif

b)

Cas P : Positif

Cas Q : Positif

c)

Cas P : Negatif

Cas Q : Positif

d)

Cas P : Negatif

Cas Q : Negatif

13.

Yang manakah dipadankan dengan betul?

a)

Kuantiti : Voltan

Unit : Ohm

b)

Kuantiti : Arus

Unit : Ampere

c)

Kuantiti : Tenaga

Unit : Volt

d)

Kuantiti : Rintangan

Unit : Watt

14.

Rajah menunjukkan suatu litar elektrik. Hitung arus elektrik yang mengalir dalam litar ini.

a)

1 A

b)

2 A

c)

1.5 A

d)

9 A

15.

Antara komponen berikut, yang manakah yang dipadankan dengan simbolnya yang betul?

a)
b)
c)
d)
16.

Rajah menunjukkan dua buah kompas yang diletakkan dekat satu magnet bar. Yang manakah menunjukkan arah jarum bagi kompas P dan L?

a)

P : →

L : →

b)

P : →

L : ←

c)

P : ←

L : →

d)

P : ←

L : ←

17.

Rajah menunjukkan medan magnet yang terhasil apabila dua magnet bar diletak sebelah-menyebelah. Apakah kutub P dan Q?

a)

P : Utara

Q : Utara

b)

P : Utara

Q : Selatan

c)

P : Selatan

Q : Utara

d)

P : Selatan

Q : Selatan

18.

Suatu elektromagnet biasanya wujud sebagai gegelung wayar. Apakah gegelung wayar itu?

a)

Teras

b)

Solenoid

c)

Kompas

d)

Bateri

19.

Rajah menunjukkan tiga biji bola besi yang bercas. Pilih pernyataan yang benar.

a)

P dan Q mempunyai cas yang berbeza

b)

P dan R mempunyai cas yang sama

c)

Q dan R mempunyai cas yang berbeza

20.

Apakah unit S.I untuk tenaga?

a)

Kilogram (Kg)

b)

Gram (g)

c)

Kilojoule(kJ)

d)

Joule (J)