wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS T3 (BM)

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama novel tingkatan tiga yang dikaji oleh murid di Negeri Selangor?

a)

Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

b)

Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

c)

Chot karya Aziziz bin Haji Abdullah

d)

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

2.

Tiga latar masyarakat yang terdapat dalam Novel Tawanan KOmander Caucasus ialah....

a)

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan

b)

Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains

c)

Masyarakat yan gigih menghadapai cabaran dan dugaan hidup

d)

Masyarakat yang tamakkan harta dan kekayaan yang diwariskan oleh ibu bapa

3.

Yang manakah BUKAN contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan berdasarkan novel yang dikaji.

a)

Puan Asmah iaitu ibu Farhani menangis teresak-teresak apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya dilaporkan hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya.

b)

Farhani menangis setelah ibu bapa serta ahli keluarganya tidak mendengar dia memberi salam setelah tiba di rumah daripada dunia kumbang.

c)

Haikal mengajak Wei dan Devnant kembali ke rumah usang untuk menjejaki kehilangan Farhani selepas solat Isyak setelah menjumpai sapu tangan kepunyaan Farhani pada petang tersebut.

d)

Farhani masuk ke dalam kawasan dusun arwah datuknya untuk mencari kumbang seorang diri walaupun Chea Mei dan Mira tidak ada bersamanya.

4.

Contoh yang manakah menunjukkan latar masyarakat yang rajin menimba ilmu sains dalam novel yang dikaji?

a)

Farhani, Chea Mei dan Mira digambarkan murid yang gemar mempelajari ilmu sains kerana bersemangat dengan tugasan mencari kumbang yang diberikan oleh Cikgu Salimah.

b)

Farhani gigih berdepan dengan cabaran seperti peristiwa ditawan oleh Komander Caucasus.

c)

Chea Mei menunggu Mira dan Farhani di pinggir dusun arwah datuk Farhani untuk tugasan mencari kumbang.

d)

Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani.

5.

Watak-watak berikut merupakan watak utama yang terdapat dalam novel yang dikaji. Pilih 3 watak tersebut.

a)

Kim Yong

b)

Farhani

c)

Haikal

d)

Cikgu Salina

e)

Chan Mei

6.

farhani merupakan watak utama dalam novel ini. Pilih perwatakan yang menggambarkan watak Farhani.

a)

Seorang yang berani

b)

Seorang yang bertanggungjawab

c)

Seorang yang tabah

d)

Seorang yang manja

e)

Seorang yang suka bermalasan

7.

Watak-watak di dalam novel ini merupakan murid sekolah. Apakah nama sekolah tempat mereka belajar?

a)

Sekolah Menengah Sri Kencana

b)

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana

c)

Sekolah Sri Kencana

d)

Sekolah Menengah Tengku Kencana

8.

Nilai merupakan perkara positif yang perlu ada dalam masyarakat. Pilih 3 NILAi kemanusiaan yang terdapat dalam novel dikaji..

a)

Nilai keberanian

b)

Nilai setia kawan

c)

Nilai berdikari

d)

Nilai tamak haloba

9.

Aapakah contoh peristiwa yang menggambarkan NILAI KEBERANIAN yang terdapat dalam novel yang dikaji?

a)

Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri tanpa ditemani Chea Mei dan Mira walaupun tahu keadaan rumah usang sangat gelap dan menakutkan.

b)

Farhani sangat berdikari kerana mahu menyelesaikan tugas mencari kumbang yang diberikan oleh Cikgu Salimah walaupun Mira dan Chea Mei tidak hadir di tempat mereka berjanji.

c)

Farhani sanggup membantu menyelamatkan Kim Yong daripada balang kaca di dalam makmal Komander Caucasus walaupun keadaan sangat bahaya demi sebuah persahabatan.

d)

Chea Mei terus memeluk Farhani apabila mereka brtemu semual setelah sekian lama berpisah.

10.

Latar merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah penceritaan. Apakah 3 latar yang terdapat dalam sesebuah pencertaan?

a)

Latar masa

b)

Latar tempat

c)

Latar masyarakat

d)

Latar keluarga

11.

3 CONTOH latar tempat dalam novel yang dikaji ialah..

a)

Rumah Kim Yong- Farhani dan rakannya menziarahi ibu Kim Yong iaitu Puan Lee untuk menzahirkan rasa simpati atas kehilangan KIm Yong.

b)

Pinggir dusu datuk Farhani- tempat Farhani menunggu kedatangan Chea Mei dan Mira untuk bersama-sama mencari kumbang.

c)

Mahligai Maharaja Caucasus- tempat Haikal, Devnant dan Wei dibawa oleh tentera kumbang Caucasus sebagai orang tawanan selain Bara dan Puteri Coleoptera.

d)

Sekolah Sri Kencana- tempat Farhani dan Haikal bergaduh kerana berebutkan kereta mainan yang diberikan oleh Cikgu Salimah.

12.

Siapakah nama ibu Farhani?

a)

Puan Asmah

b)

Puan Salimah

c)

Puan Semah

d)

Puan Temah

13.

Siapakan yang Farhani selamatkan dari dalam balang kaca di dalam makmal Komander Caucasus?

a)

Kim Yong

b)

Haikal

c)

Devnant

d)

Wei

14.

Siapakah nama kawan naik Farhani?

a)

Chea Mei dan Mira

b)

Chan Mei dan Maira

c)

Cheng Mei dan Mira

d)

Chia Mei dan Maira

15.

Pilih 3 pengajaran yang terdapat dalam novel yang dikaji ialah...

a)

Kita hendaklah sentiasa berusaha menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru sebaik mungkin.

b)

Kita hendaklah mengamalkan semangat setia kawan yang tinggi sesama rakan.

c)

Kita hendaklah bersabar dengan segala ujian dan dugaan hidup walaupun besar atau kecil.

d)

Kita seharusnya sentiasa meletakkan kesilapan yang berlaku atas sebab orang lain yang melakukannya.