wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJK TINGKATAN 3

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ginjal berfungsi sebagai penapis dalam sistem badan manusia. Manakala kardiovaskular adalah berkait dengan jantung

a)

Betul

b)

Salah

2.

Air penting kepada badan manusia. Air mineral lebih baik daripada air suling?

a)

Betul

b)

Salah

3.

Manusia memerlukan hanya 3 gelas air kosong sahaja setiap hari

a)

Betul

b)

Salah

4.

Apakah Indek Jisim Tubuh (BMI) ?

a)

Menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian

b)

Ukuran tahap kalori keperluan harian

c)

Kaedah memanaskan badan

d)

Kaedah mengukur jantung yang sihat

5.

Mengapa menurunkan berat badan penting untuk kesihatan?

a)

Agar kelihatan cantik

b)

Mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda

c)

Mengelakkan jantung bekerja keras

d)

Agar suami atau isteri anda sentiasa sayangkan anda

6.

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (Keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Apakah tanda-tanda gastrik?

a)

Rasa mual dan kerap buang air besar

b)

Rasa senak, berangin atau pedih serta kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

c)

Muntah-muntah

d)

Rasa sakit pada bahagian belakang badan

7.

Yang manakah BENAR mengenai tanda-tanda stress

a)

Reaksi perasaan

b)

Sukar membuat keputusan

c)

Perubahan perlakuan

d)

Lulus dalam peperiksaan

8.

Kemahiran ___________ yang pantas berguna untuk hantaran, clearance, atau untuk membuat jaringan

a)

Menggelecek

b)

Menolak

c)

Menguis

d)

Memukul

9.

Berat bola hoki yang diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa adalah antara 153 gram hingga 163 gram

a)

Betul

b)

Salah

10.

Dalam permainan hoki, hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan untuk mengawal pintu gol selagi ia berada dalam kawasan D

a)

Betul

b)

Salah

11.

Aktiviti kesenggangan merupakan satu tempoh masa yang terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak yang aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak

a)

Betul

b)

Salah

12.

Sebuah keluarga dikatakan bahagia apabila ahli-ahlinya

a)

Saling hormat- menghormati

b)

Menghargai ahli keluarga

c)

Sukar mencapai kata sepakat

13.

Memiliki kekuatan otot membolehkan seseorang itu

a)

Melakukan pergerakan eksplosif

b)

Mengelakkan kecederaan

c)

Menambahkan ketumpatan mineral dalam tulang

14.

Dalam permainan hoki, antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah

a)

Memainkan bola melepasi paras bahu

b)

Penjaga gol menyepak bola

c)

Memakai pelapik kaki atau shin guard

15.

Acara lari pecut terdiri daripada

a)

100 meter

b)

200 meter

c)

800 meter