wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH T1 BAB 8

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala.


Apakah maksud jahala?

a)

Daif

b)

Jahil

c)

Degil

d)

Kejam

2.

Antara berikut, yang manakah menerangkan cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Menghindarkan ancaman musuh

b)

Mengamalkan semangat assabiyah

c)

Menghindarkan pergaduhan kabilah

d)

Mengamalkan kepercayaan politeisme

3.

Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Menimbulkan semangat assabiyah

c)

Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

Mengeratkan semangat perpaduan antara suku

4.

Senarai berikut berkaitan dengan berhala yang disembah oleh masyarakat Arab Jahiliah.


✅ Al-Latta

✅ Al-Uzza

✅ Al-Manat


Apakah kepercayaan atau agama tersebut?

a)

Majusi

b)

Yahudi

c)

Nasrani

d)

Wathani

5.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab melaksanakan pelbagai amalan dan adat yang diwarisi turun-temurun.


Apakah sikap baik yang diamalkan dalam kalangan mereka?


I Menepati janji

II Memuliakan tetamu

III Mengutamakan keamanan

IV Menghormati kaum wanita

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang kedua, iaitu Surah al-Mudassir (ayat 1-7).


Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Penyebaran agama Islam

b)

Tamatnya zaman Jahiliah

c)

Kemunculan kerajaan baharu Islam

d)

Berlaku peristiwa hijrah ke Madinah

7.

Al-Arqam bin Abu Arqam telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.


Bagaimanakah beliau membantu untuk menyebarkan Islam?

a)

Mengumpulkan ayat al-Quran

b)

Mengetuai umat Islam berhijrah ke Madinah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah

d)

Mengetuai tentera Islam menentang golongan Quraisy

8.

Islam telah berkembang dengan pesatnya di Tanah Arab dan luar Tanah Arab.


Apakah kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam?


I Paksaan

II Diplomasi

III Hantar utusan

IV Kekuatan tentera

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Nabi Muhammad SAW telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan maju di Madinah.


Bagaimanakah caranya?

a)

Menggubal Piagam Madinah

b)

Mendirikan Masjid al-Nabawi

c)

Melantik pegawai yang berpengalaman

d)

Mengislamkan semua penduduk Madinah

10.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam usaha penyebaran agama Islam?

a)

Menghapuskan golongan murtad

b)

Menewaskan kerajaan Byzantium

c)

Mengembangkan ilmu pengetahuan

d)

Mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah

11.

Maklumat berikut menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Islam.


✅ Damsyik (661M - 750M)

✅ Cordoba (756M - 1031M)


Apakah kerajaan Islam yang berpusat di kawasan tersebut?

a)

Bani Umaiyah

b)

Bani Abbasiyah

c)

Turki Uthmaniyah

d)

Khulafa al-Rasyidin

12.

Kerajaan Bani Abbasiyah telah berjaya meneruskan kegemilangan Tamadun Islam.


Apakah pencapaian yang paling menonjol pada zaman tersebut?

a)

Perkembangan ilmu pengetahuan

b)

Pengukuhan perpaduan penduduk

c)

Pembentukan pasukan tentera sukarela

d)

Peningkatan kedudukan sesuatu kabilah

13.

Mengapakah agama Islam mudah disebarkan dan diterima oleh masyarakat dunia?


I Kesyumulan Islam

II Prinsip keterbukaan

III Kemewahan hidup

IV Peningkatan darjat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW?


I Persaudaraan umat Islam

II Pengislaman golongan Quraisy

III Pembukaan semula kota Makkah

IV Perpaduan masyarakat Madinah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW?

a)

Penggunaan senjata moden

b)

Penglibatan tentera wanita

c)

Bantuan tentera dari luar

d)

Strategi yang berkesan

16.

Apakah sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dari segi ekonomi?

a)

Sistem syura

b)

Hukum syariah

c)

Konsep ummah

d)

Institusi baitulmal

17.

Gambar berikut menunjukkan Masjid Sultan Ahmet, Turki yang mempunyai banyak menara di sisi masjid.


Apakah fungsi menara tersebut?

a)

Perhiasan

b)

Kemegahan

c)

Keselamatan

d)

Penghalang angin

18.

Seni bina bangunan Islam diperindah dengan hiasan berikut.


✅ Ukiran arabes

✅ Motif kaligrafi

✅ Motif geometri


Apakah fungsi hiasan tersebut?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Memberikan ketenangan

c)

Melambangkan tanda hormat

d)

Memperkukuhkan struktur bangunan

19.

Perjuangan menegakkan kesucian agama Islam dan mempertahankan bangsa dan negara Islam.


Apakah konsep yang dimaksudkan?

a)

Jihad

b)

Murni

c)

Berani

d)

Perpaduan

20.

20.Antara berikut, pilih padanan tokoh dan sumbangannya yang betul.

a)

Ibn Sina : menulis buku astronomi

b)

Al-Battani : tokoh perubatan dan falsafah

c)

Al-khawarizmi :pelayar terkemuka sehingga ke India

d)

Al-Biruni : mengkaji bidang kartografi (peta) dan geografi