wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Peribahasa

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

A buta hati

b)

B buta huruf

c)

C buta kayu

d)

D buta gaji

2.

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap

___________________ .

a)

A anak buah

b)

B anak emas

c)

C anak tunggal

d)

D anak bongsu

3.

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual

kerana adik ___________________.

a)

A otak cair

b)

B otak udang

c)

C mulut murai

d)

D mulut tempayan

4.

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum

pergi ke sekolah.

a)

A alas perut

b)

B ikat perut

c)

C perut busuk

d)

D perut kosong

5.

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

A anak tut

b)

B anak tiri

c)

C anak bini

d)

D anak beranak

6.

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

A langkah kanan

b)

B langkah bendul

c)

C langkah seribu

d)

D langkah kiri

7.

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

A geli hati

b)

B makan hati

c)

C cekal hati

d)

D isi hati

8.

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

A harga diri

b)

B harga mati

c)

C tanda mata

d)

D tanda harga

9.

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.

a)

A pekak badak

b)

B lepas tangan

c)

C makan hati

d)

D tidur mati

10.

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

A banyak mulut

b)

B berat sebelah

c)

C angkat kaki

d)

D lepas tangan

11.

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

A bagai cicak makan kapur

b)

B bagai kumbang putus tali

c)

C bagai itik pulang petang

d)

D bagai balak terendam


12.

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ___________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

A bagai ayam disambar helang

b)

B bagai anjing dengan kucing

c)

C bagai katak di bawah tempurung

d)

D bagai melepaskan batuk di tangga

13.

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

A bagai bulan jatuh ke riba

b)

B bagai kaca jatuh ke batu

c)

C bagai duri dalam daging

d)

D bagai ayam disambar helang

14.

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

a)

A bagai melepas anjing tersepit

b)

B bagai dihiris dengan sembilu

c)

C bagai ayam disambar helang

d)

D bagai kaca jatuh ke batu

15.

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

A seperti lipas kudung

b)

B seperti ayam berak kapur

c)

C seperti bulan penuh purnama

d)

D seperti kera sumbang

16.

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .

a)

A bagai mendukung biawak hidup

b)

B bagai ayam mengeram telur

c)

C bagai pahat dengan penukul

d)

D bagai wau putus tali

17.

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

A bagai mencurah air ke daun keladi

b)

B bagai menghitung bulu kambing

c)

C bagai berumah di tepi pantai

d)

D bagai anjing buruk kepala

18.

18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.

a)

A seperti langit dengan bumi

b)

B seperti tikus jatuh ke beras

c)

C seperti mendukung biawah hidup

d)

D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19.

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ .

a)

A bumi dengan langit

b)

B aur ditarik songsang

c)

C pinang dibelah dua

d)

D ular kena palu

20.

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung .

a)

A enau dalam belukar

b)

B kacang lupakan kulit

c)

C aur dengan tebing

d)

D dakwat dengan kertas

21.

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak diundang ke majlis hari lahir rakan baiknya.

a)

A makan hati

b)

B iri hati

c)

C ada hati

d)

D buah hati

22.

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

A ambil hati

b)

B ambil langkah

c)

C ambil ringan

d)

D ambil angin

23.

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.

a)

A makan hati

b)

B jatuh hati

c)

C iri hati

d)

D ambil hati

24.

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia.

a)

A buah tangan

b)

B buah mulut

c)

C buah hati

d)

D buah pena

25.

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

A Makan hati

b)

B Hancur hati

c)

C Besar hati

d)

D Jatuh hati

26.

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.

a)

A Air muka

b)

B Ada hati

c)

C Ada harapan

d)

D Air tangan

27.

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

A duit hantaran

b)

B duit pecah

c)

C duit raya

d)

D duit kopi

28.

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

a)

A ada angin

b)

B atas angin

c)

C naik angin

d)

D khabar angin

29.

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

a)

A rambang mata

b)

B lupa daratan

c)

C serkap jarang

d)

D lipas kudung

30.

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.

a)

A pasang badan

b)

B pasang telinga

c)

C ambil berat

d)

D ambil hati

31.

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

A seperti mencurah garam ke laut

b)

B seperti kera mendapat bunga

c)

C seperti Belanda diberi tanah

d)

D seperti hujan jatuh ke pasir

32.

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi sejak kecil kerana baginya _____________________________ .

a)

A tepuk dada tanya selera

b)

B segan bertanya sesat jalan

c)

C harapkan pagar, pagar makan padi

d)

D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33.

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika

mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

A buang yang keruh ambil yang jernih

b)

B segan bertanya sesat jalan

c)

C sambil menyelam minum air

d)

D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34.

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.

a)

A rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

B sambil menyelam minum air

c)

C ukur baju di badan sendiri

d)

D tepuk dada tanya selera

35.

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ___________________________________ .

a)

A cincin dengan permata

b)

B kucing dengan anjing

c)

C aur dengan tebing

d)

D isi dengan kuku

36.

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ .

a)

A lain di mulut lain di hati

b)

B tepuk dada tanya selera

c)

C indah khabar daripada rupa

d)

D belakang parang diasah lagikan tajam

37.

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

A seperti lembu dicucuk hidung

b)

B seperti anjing menyalak bukit

c)

C seperti tikus membaiki labu

38.

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya_________________________________ kerana semua nasihatnya tidakmereka endahkan.

a)

A bagai haruan makan anak

b)

B bagai kambing dihalau ke air

c)

C bagai mencurah air ke daun keladi

d)

D bagai melepaskan batuk di tangga

39.

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

A bagai gergaji dua mata

b)

B bagai pahat dengan penukul

c)

C bagai kucing kehilangan anak

d)

D bagai telur di hujung tanduk

40.

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

A katak di bawah tempurung

b)

B ayam disambar helang

c)

C kera mendapat bunga

d)

D murai tercabut ekor