wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ukiran Kayu Tingkatan 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi alat di bawah?

a)

Membentuk kayu

b)

Melicinkan corak

c)

Membentuk lengkungan

d)

Melicinkan permukaan kayu

2.

Antara berikut, yang manakah sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk melicinkan kayu jika tidak mempunyai kertas pasir?

a)

Daun nangka

b)

Daun mempelas

c)

Daun jambu batu

d)

Daun serai wangi

3.

Apakah proses ukiran yang ditunjukkan dalam rajah di bawah?

a)

Melarik kayu

b)

melicinkan corak

4.

Apakah teknik ukiran yang sesuai digunakan untuk membuat corak pada papan daun pintu rumah?

a)

Ukiran tebuk tembus

b)

Ukiran tebuk timbul tidak silat

c)

Ukiran tebuk tembus bersilat

d)

Ukiran tebuk tembus tidak bersilat

5.

Antara berikut, yang manakah hiasan sesuatu binaan sesuai menggunakan seni ukiran bermotif kaligrafi?

a)

Alatan perkahwinan

b)

Perhiasan masjid

6.

Antara berikut, yang manakah fungsi pisau wali dalam seni ukiran kayu tradisional?

a)

Menghasilkan lubang pada kayu

b)

Memotong kepingan kayu

c)

Melicinkan motif ukiran

d)

Membentuk silat

7.

Manakah antara berikut merupakan kayu yang sesuai untuk menghasilkan ukiran?

a)

Kayu jelutung dan kayu cengal

b)

Kayu getah dan kayu ara

8.

Ukiran kayu tradisional terdapat pada masjid, bangunan dan rumah tradisional Melayu. Apakah fungsi ukiran kayu tersebut?

a)

Sebagai ragam hias dan pengudaraan yang baik

b)

Sebagai ragam hias dan menguatkan lagi struktur bangunan

c)

Pengudaraan yang baik dan melambangkan status pemilik

d)

Melambangkan status pemilik dan menguatkan lagi struktur bangunan

9.

Cecair syelek perlu disapu di atas permukaan ukiran kayu yang telah siap diukir. Mengapakah langkah tersebut perlu dilakukan?

a)

Supaya kayu lebih gelap dan ukiran akan lebih halus

b)

Supaya kayu lebih gelap dan mengelakkan daripada mudah rosak

c)

Ukiran akan lebih halus dan ukiran menampakkan kekemasan

d)

Ukiran menampakkan kekemasan dan mengelakkan daripada mudah rosak

10.

Apakah langkah awal dalam proses seni ukiran kayu?

a)

Memilih jenis kayu

b)

Melukis rekaan motif

11.

Pilih fungsi cetar dalam proses ukiran kayu.

a)

Menghasilkan silat

b)

Menebuk lubang pada kayu

c)

Melicinkan permukaan kayu

d)

Membentuk kayu peringkat awal

12.

Antara berikut, aktiviti yang manakah termasuk dalam kerja kemasan ukiran kayu?

a)

Mengetam permukaan kayu dan menyapu varnish pada ukiran

b)

Mengetam permukaan kayu dan menghasilkan silat pada ukiran

c)

Melicinkan permukaan ukiran dan menyapu varnish pada ukiran

d)

Menghasilkan silat pada ukiran dan melicinkan permukaan ukiran

13.

Antara berikut, yang manakah falsafah kerohanian dalam ukiran kaum Melayu?

a)

Pengulangan motif pada ukiran

b)

Kepelbagaian bentuk seni ukiran

c)

Jalinan moti yang bersimpang-siur

d)

Motif tumbuhan keluar dari satu punca

14.

Antara berikut, yang manakah falsafah kehidupan dalam ukiran kaum Cina?

a)

Motif naga melambangkan kemewahan dan kekuasaan

b)

Motif bunga lili melambangkan kekayaan dan kesucian

15.

Pilih penyataan yang benar motif ukiran bagi kaum India.

a)

Burung helang melambangkan kebijaksanaan

b)

Gajah melambangkan kekuatan

16.

Apakah jenis silat pada rajah di bawah?

a)

Silat leper

b)

Silat dada tuma

c)

Silat belah rotan

d)

Silat Minangkabau

17.

Manakah antara berikut pernyataan yang berkaitan dengan pola bujang?

a)

Disebut sebagai pola putu

b)

Bentuk ukiran yang lengkap

c)

Corak tersusun dalam bingkai

d)

Digunakan pada peralatan rumah

18.

Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis kayu yang digunakan dalam penghasilan seni ukiran?

a)

Kayu cengal

b)

Kayu jelutung

c)

Kayu merbau

d)

Kayu maple

19.

Apakah jenis ukiran yang digunakan bagi menghasilkan motif di atas?

a)

Ukiran tebuk timbul bersilat

b)

Ukiran tebuk timbul tanpa silat

c)

Ukiran tebuk tembus bersilat

d)

Ukiran tebuk tembus tanpa silat

20.

Apakah nama motif flora bagi ukiran kayu di atas?

a)

Motif bunga cempaka tanjung

b)

Motif bunga matahari

c)

Motif bunga ketumbit

d)

Motif bunga kiambang

21.

Apakah pola corak bagi motif itik pulang petang dalam ukiran kayu?

a)

Pola pelengkap

b)

Pola pemidang

c)

Pola bujang

d)

Pola tunggal

22.

Antara berikut, yang manakah BUKAN bentuk-bentuk silat dalam seni ukiran?

a)

Silat serong

b)

Silat silang

c)

Silat belah rotan

d)

Silat dada tuma

23.

Antara berikut, yang manakah BUKAN motif fauna dalam seni ukiran?

a)

Motif kuda laut

b)

Motif lebah bergantung

c)

Motif bunga jejari buaya

d)

Motif ayam berlaga

24.

Alatan ukiran berikut digunakan untuk menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar kayu. Apakah nama alatan itu?

a)

Pisau wali

b)

Pahat

c)

Kikir pari

d)

Getar

25.

Apakah maksud tiang keriling iaitu sejenis ukiran kayu yang digunakan oleh kaum Sekapan dan Punan Bah di Sarawak?

a)

Senjata untuk melawan musuh

b)

Tempayan yang berisi abu mayat

c)

Sejenis peralatan perang

d)

Patung mewakili nenek moyang