wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TING 2 SENI SERAMIK

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi prinsip imbangan pada produk seni seramik?

a)

Lebih stabil

b)

Lebih berirama

c)

Menimbulkan kesatuan

d)

Menghasilkan penegasan

2.

Apakah langkah awal sebelum memulakan proses pembuatan seni seramik?

a)

Menyapu gerlis

b)

Membuat hiasan

c)

Membuat pembakaran

d)

Menyediakan tanah liat

3.

Manakah yang berikut merupakan jenis-jenis seni seramik?

a)

Seni seramik tradisional

b)

Seni seramik moden

c)

Seni seramik kontemporari

d)

Seni seramik purba

4.

Seni seramik tradisional juga dikenali sebagai __________.

a)

kaca

b)

plastik

c)

pasu

d)

tembikar

5.

Apakah bahan-bahan asas paling penting dalam proses pembuatan seramik tradisional?

a)

Air

b)

Pasir

c)

Tanah liat

d)

Tanah hitam

6.

Manakah antara yang berikut merupakan contoh-contoh penghasilan seni seramik tradisional?

a)

Tembikar Terenang

b)

Kuali seramik tanpa lekat

c)

Labu Sayong

d)

Tembikar Mambong

e)

Arca seramik

7.

Seni seramik kontemporari ialah gabungan bahan seramik dengan pelbagai bahan lain seperti _______________

a)

logam perak

b)

rotan

c)

air

d)

kayu

e)

tali

8.

Penyediaan seni seramik kontemporari menggunakan peralatan moden seperti ______________________

a)

dapur gas

b)

tanur gas

c)

mesin pemutar

d)

mesin pengisar tanah

e)

tanur elektrik

9.

Teknik _________ memerlukan acuan untuk membentuk seramik.

a)

picit

b)

lempar alin

c)

lingkaran

d)

acuan

10.

Teknik _____________ terhad kepada bentuk bulat dan silinder sahaja.

a)

picit

b)

lempar alin

c)

kepingan

d)

lingkaran

11.

Dalam Teknik Kepingan cantuman beberapa keping tanah liat yang hujungnya dipotong secara menyerong _______ perlu diguris dengan ___________ yang berfungsi sebagai pelekat.

a)

90° , gam

b)

90° , slip

c)

45°, gam

d)

45° , slip

12.

Teknik ________ ialah kaedah paling mudah menghasilkan bentuk seramik dengan cara memicit ketulan tanah liat dari bahagian ___________.

a)

acuan , tepi

b)

lingkaran , tengah

c)

picit , tengah

d)

picit , tepi

13.

Teknik _________ ialah proses sambungan beberapa lingkaran tanah liat dan memerlukan tapak.

a)

kepingan

b)

acuan

c)

lingkaran

d)

lempar alin

14.

Gambar foto berikut menunjukkan antara fungsi seni seramik kepada kita iaitu :

a)

Perhiasan domestik

b)

Peralatan memasak

c)

Aksesori

d)

Peralatan upacara keagamaan

e)

Kenderaan

15.

Seni Seramik ini menunjukkan hiasan naga yang melambangkan kekuatan dan pelindung yang sering terdapat pada seramik Kaum Cina. Ini menunjukkan fungsi seramik dalam _______________.

a)

aksesori

b)

upacara keagamaan

c)

nilai estetik

d)

kebudayaan