wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 KSSM 2020

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ulama mengistinbat hukum WAJIB meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa dan lain-lain berdasarkan lafaz __________ yang terdapat dalam ayat ke 58 daripada surah AnNur.

a)

ثلاث مرات

b)

ليستأذنكم

c)

والذين لم يبلغوا الحلم

d)

فليستأذنوا

2.

Ayat 58 dan 59 surah AnNur menceritakan tentang ____

a)

Adab pergaulan di dalam rumah

b)

Adab bercakap dengan ibu bapa

c)

Adab ketika menyalin pakaian

d)

Adab ketika memasuki rumah orang

3.

Sebab Nuzul Ayat 58 surah AnNur ialah berkenaan hamba kepada seorang perempuan bernama _______ yang telah memasuki biliknya pada waktu yang tidak sesuai dan tidak disukainya.

a)

Mudlij bin 'Amru

b)

Umar bin AlKhattab

c)

Asma' binti Marthad

d)

Aisyah binti Abu Bakar

4.

Dalam suatu riwayat, seorang hamba berketurunan Ansor yang bernama Mudlij bin 'Amru pergi menemui ________ dengan mengetuk pintu rumah dan terus masuk ketika beliau sedang tidur dan terjaga dalam keadaan sebahagian auratnya terselak.

a)

Imam Al Maraghi

b)

Abdullah bin Abbas

c)

Nabi Muhammad s.a.w

d)

Saidina 'Umar bin Alkhattab

5.

Siapakah yang berkata " Kalau boleh aku ingin Allah swt melarang bapa, anak dan hamba kami masuk ke bilik kami pada waktu-waktu begini, kecuali setelah mendapat keizinan".

a)

Asma' binti Marthad

b)

Mudlij bin 'Amru

c)

Saidina "Umar bin Alkhattab

d)

Abdullah bin Abbas

6.

Apakah tindakan Saidina 'Umar Alkhattab apabila mengetahui ayat yang menyuruh kanak-kanak yang belum baligh dan para hamba telah diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw?

a)

Terus bersujud tanda bersyukur kepada Allah swt

b)

Mengucapkan terima kasih kepada Nabi saw

c)

Solat dua rakaat tanda syukur

d)

Mengucapkan alhamdulillah tanda syukur.

7.

ليستأذنكم

merupakan _____

a)

فعل أمر

yang didahului dengan

لا الناهية

b)

فعل مضارع

yang didahului dengan

لام الأمر

c)

فعل ماضي

dengan maksud perintah

d)

فعل مضارع

yang disertakan dengan huruf jazam

8.

Waktu yg TIDAK dilarang masuk tanpa izin kepada kanak-kanak yang belum baligh ialah __&&

a)

sebelum Subuh

b)

sebelum Zohor

c)

selepas Asar

d)

selepas Isya'

9.

Golongan yang WAJIB meminta izin untuk masuk ke bilik ibubapa dan selainnya sepanjang waktu ialah

a)

Golongan hamba

b)

Kanak-kanak yang telah baligh

c)

Kanak kanak yang mumayyiz

d)

Kanak-kanak yang belum baligh

10.

Berikut adalah kepentingan melaksanakan tuntutan WAJIB meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dan ahli keluarga yang lain KECUALI

a)

menjaga aib dan kehormatan ibubapa serta ahli keluarga supaya kemuliaan mereka sentiasa terpelihara

b)

melindungi institusi kekeluargaan dengan melahirkan perasaan mahabbah dan mawaddah sesama ahli keluarga .

c)

membina sifat mementingkan diri sendiri supaya ahli keluarga berdaya saing.

d)

menjadikan diri lebih berdisiplin dan berakhlak baik sepertimana yang dikehendaki dalam Islam

11.

Berikut merupakan adab yang digariskan oleh agama Islam sebelum memasuki bilik ibubapa dan ahli keluarga KECUALI

a)

memastikan waktu yang dipilih sesuai dan tidak mengganggu ibubapa

b)

memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa

c)

meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa

d)

memasuki bilik ibubapa selepas memberi salam