WorksheetsSajak Kita Umpama Sehelai Daun
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Baris " tempat bercanda unggas meriang" membawa maksud
kawasan haiwan berteduh daripada panas
kawasan burung hinggap dengan riang
ruang burung hinggap setelah mencari makanan
tempat burung membuat sarang untuk bertelur
Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan, membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan insan lain agar keluar daripada belenggu penderitaan.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak kita umpama sehelai daun?
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Penyajak menggambarkan kehidupan ibarat daun kering yang akan gugur, iaitu manusia akhirnya akan
tidak beramaya
kembali ke asalanya
meninggalkan dunia ini
lemah untuk meneruskan hidup
Pernyataan yang berikut merupakan nasihat yang ingin disampaikan oleh penyajak, kecuali
hidup hendaklah berbakti
elakkan sikap sombong
menyenangkan hidup orang lain
mengaggap diri lebih sempurna
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak kita umpama sehelai daun?
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
8. andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
Apakah maksud rangkai kata 'tidak berkudrat' dalam ayat?
tidak memerlukan pertolongan
tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian
tidak dapat berdikari
tidak sombong
tempat bercanda unggas meriang
Apakah maksud rangkai kata "bercanda" dalam ayat?
berlindung
saling membantu
kediaman
bergurau senda
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah meninggal dunia pun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak kita umpama sehelai daun?
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Manusia bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada makhluk yang lemah.
Ayat di atas merujuk kepada nila
baik hati
prihatin
bertanggungjawab
Bilangan rangkap sajak ini ialah
3 rangkap
4 rangkap
5 rangkap
6 rangkap
Sajak ini berbentuk
bebas
terikat
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
Nyatakan rima akhir rangkap ini.
ababc
abcd
abcbd
abb
Bilangan baris bagi rangkap kedua sajak ialah
tiga
empat
lima
enam
Bilangan kata yang terdapat dalam sajak ini ialah
dua hingga empat kata sebaris
dua hingga lima kata sebaris
tiga hingga lima kata sebaris
tiga hingga enam kata sebaris
jadilah sehelai daun
hijau melunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
Nyatakan rima akhir rangkap ini.
naa
abc
abb
baa
