Font size
WorksheetsBM PTE-SEM 1/SIRI 3
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Kelompok bahasa yang manakah yang menjadi induk atau yang paling tua dalam susur galur bahasa Melayu?
Austris
Melanesia
Nusantara
Austronesia
Bahasa yang berusia antara 2500 hingga 5000 tahun ialah
I Austronesia
II Nusantara
III Austroasia
IV Polinesia
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- - Bisaya
- - Sulu
- - Bikol
Senarai bahasa di atas termasuk dalam subkeluarga
Nusantara
Kalimantang
Sumatera
Filipina
Bahasa yang manakah yang kesemuanya termasuk dalam kumpulan bahasa Sumatera?
Nias, Melanau
Orang Laut, Sunda
Aceh, Lampung
Batak, Bugis
Pernyataan yang manakah BENAR tentang kelompok keluarga dalam susur galur bahasa Melayu?
Melebihi usia 2500 tahun
Mengekalkan sebahagian besar ciri bahasa induk
Terdapat 200 hingga 300 bahasa dalam keluarga Nusantara
Terdiri daripada Austroasia, Austronesia, dan Tibet-China
Batu bersurat yang manakah yang tidak ditulis pada abad ketujuh Masihi?
Karang Brahi
Gandasuli
Talang Tuwo
Kedukan Bukit
Aksara yang manakah yang TIDAK terdapat dalam bahasa Melayu kuno?
a
dh
w
e pepet
Yang manakah batu bersurat yang tertua yang menyebut hal kerajaan Sriwijaya?
Kota Kapur
Talang Tuwo
Kedukan Bukit
Karang Brahi
Bentuk tulisan yang berasal dari utara India ditemukan pada batu bersurat
di Karang Brahi
di Kota Kapur
di Telaga Batu
di Nagiri
Yang manakah padanan perkataan dalam bahasa Melayu kuno bagi ditemuinya?
ditemuina
nitemuinya
nitemuina
nipartemuina
Yang manakah yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik?
Mengalami pengekodan
Mengungkapkan pelbagai laras
Menerima pengaruh daripada bahasa Arab
Berkembang semasa kegemilangan kerajaan Sriwijaya
Yang manakah BUKAN bukti tentang perkembangan bahasa Melayu klasik?
Batu bersurat di Padang Lawas
Surat Sulten Ternate kepada Raja John III
Penulisan Hikayat Hang Tuah pada abad ke-17
Penggunaan tulisan Jawi yang diambil daripada bahasa Arab
Maka baginda pun berangkatlah mencemar duli ke kampung berkenaan, dengan diiringi segala hulubalang dan pengawal diraja.
Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik yang TIDAK terdapat dalam ayat di atas?
Penggunaan kata partikel
Menggunakan bahasa istana
Penggunaan kata pangkal ayat
Banyak menggunakan ayat pasif
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu klasik?
Lingua franca
Bahasa persuratan
Bahasa perpaduan
Bahasa pentadbiran
Perkataan yang manakah menggunakan huruf Jawi konsonan yang tidak terdapat dalam bahasa Arab?
I - Maghrib
II - Berbunga
III - Tembaga
IV - Fikiran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ciri yang manakah yang sesuai dengan bahasa Melayu moden?
Kesinambungan daripada bahasa Sanskrit
Mempunyai sifat yang dinamik
Tidak berpotensi tinggi
Sukar difahami
Yang manakah sumbangan Oman Theodore Dussek kepada perkembangan bahasa Melayu?
Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang
Memperkenalkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
Menghasilkan buku Malay Grammar bersama dengan Wilkinson
Memperkenalkan pola keselarasan vokal Rumi bahasa Melayu
Siapakah penulis Kitab Pengetahuan Bahasa?
Mohd Said Haji Sulaiman
Zainal Abidin Ahmad
Asmah Haji Omar
Raja Ali Haji
Yang manakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?
Mendesak agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu
Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang
Menerbitkan buku sekolah dan bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu
Membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967
Pertubuhan yang manakah yang dikaitkan dengan hal di atas?
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Korpus bahasa yang manakah TIDAK termasuk dalam pengekodan bahasa Melayu?
Istilah
Ejaan
Tatabahasa
Perkamusan
Yang manakah termasuk dalam perancangan taraf bahasa Melayu?
Peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
Pembakuan dalam sistem tatabahasa
Penyeragaman sebutan
Penyusunan kamus
Yang manakah imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit?
I - maha-
II - eka-
III - anti-
IV - wi-
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- - Pasar
- - Takhta
- - Saudagar
Semua perkataan di atas dipinjam daripada bahasa
Arab
Parsi
Tamil
Jawa
Pasangan kata yang manakah yang kesemuanya merupakan kata daripada bahasa Belanda?
Rokok, sepatu
Wabak, wajah
Engsel, senapang
Geran, mentega
Yang manakah perkataan yang dipinjam daripada bahasa sanskrit?
kapur; bedil; nira
nama; sedia, pala
pinggan; awet; cahaya
dewan; seloka; bendera
Kesemua yang berikut merupakan ciri bahasa Melayu klasik
kecuali
tiada pengaruh bahasa Sanskrit
menggunakan kata pangkal ayat
banyak menggunakan ayat pasif berbanding dengan ayat aktif
menjadi medium dalam penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu
Kumpulan batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu kuno telah ditemukan
di Talang Tuwo; di Karang Brahi; di Sg Teresat
di Kota Kapur; di Minye Tujuh; di Talang Tuwo
di Kota Kapur; di Talang Tuwo; di Karang Brahi
di Karang Brahi; di Minye Tujuh; di Kedukan Bukit
- Belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan tertinggi
- Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak
- Pita suara bergetar
Bunyi vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam perkataan
atlet
kuali
kolam
penggal
- Bunyi dikeluarkan apabila udara dari paru-paru dihalang dengan merapatkan dua alat artikulasi.
- Udara yang tersekat itu dilepaskan dengan serta- merta.
Berdasarkan pernyataan di atas, bunyi yang terhasil ialah
sisian
letupan
geseran
getaran
