wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topik 6

Total questions: 15

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

2.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2014)

I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya


a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

3.

Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan (STPM2014)

a)

A Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil

b)

B Dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

c)

C Dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya

d)

D Tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat

4.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihanraya? (STPM2015)

a)

A Mendengar petisyen pilihan raya

b)

B Menyemak sempadan pilihan raya

c)

C Meminda undang-undang pilihan raya

d)

D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

5.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana (STPM2018)

a)

A Rombakan kabinet

b)

B Kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

6.

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos? (STPM2015)

a)

A Pegawai pilihanraya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

B Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

C Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

D Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

7.

Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2016)

a)

A Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

B Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

C Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

D Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

8.

Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya? (STPM2017)

a)

A Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

B Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

C Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

D Calon yang menang gagal menghantar penyata piihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

9.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2017)

a)

A Membuat kajian dan pesempadan kawasan Pilihan Raya

b)

B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya

c)

C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

D Mengadili petisyen pilihan raya

10.

Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia? (STPM2018)

I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.

II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.

III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.

IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

11.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Keputusan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

b)

Pilihan raya umum diadakan selepas 90 hari dari tarikh pembubaran

c)

Suruhanjaya Pilihan Raya hanya menguruskan perjalanan pilihan raya umum.

d)

Persempadanan semula Kawasan pilihan raya ditentukan oleh Majlis Raja-Raja.

12.

Petisyen pilihan raya boleh dikemukan di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh

a)

dewan terbubar

b)

pengundian dijalankan

c)

persidangan pertama Parlimen

d)

keputusan pilihan raya di wartakan

13.

Individu yang manakah dibenarkan untuk mengundi lebih awal daripada tarikh pilihan raya?

a)

Encik A yang sedang menunaikan umrah di Makkah

b)

Puan B yang merupakan anggota tidak tetap SPR

c)

Puan C yang sedang mendapatkan rawatan di hospital

d)

Encik D yang sedang menjalani pemulihan dadah

14.

Yang manakah merupakan syarat untuk menjadi anggota Suruhanjaya pilihan raya?

a)

Seorang anggota penjawat awam

b)

Telah melebihi umur 66 tahun

c)

Diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah

d)

Seseorang yang bebas daripada pengaruh politik

15.

Yang manakah akan terjadi sekiranya calon yang bertanding dalam pilihan raya kawasan parlimen tidak memperoleh keputusan melebihi 1/8 daripada jumlah pengundian

a)

Calon boleh terus dipilih dilantik menjadi Ahli Dewan Negara

b)

Calon secara automatik menjadi anggota kabinet

c)

Calon tidak akan menerima kembali wang pertaruhannya

d)

Calon boleh dipilih menjadi Speaker Dewan Rakyat