Font size
WorksheetsCEFS RESPONSE PERMIT TO WORK (PTW) TRAINING
Total questions: 35
Worksheet time: 26mins
Permit bekerja adalah satu dokumen bertulis yang digunakan untuk?
Merekodkan kedatangan pekerja
Mengenalpasti bahaya yang berkaitan dengan kerja dan langkah-langkah kawalan bagi mengawal bahaya tersebut
Merekodkan kaedah kerja dan siapa yang bertanggungjawab
Mematuhi arahan pihak pengurusan
Yang manakah yang PALING TEPAT mengenai tanggungjawab pekerja dalam perlaksanaan permit kerja (PTW)?
Mengisi borang permit kerja dan terus bekerja
Mematuhi arahan-arahan yang tercatat didalam permit kerja, sekiranya perlu sahaja
Memastikan borang permit kerja disimpan dengan baik semasa bekerja
Memahami kandungan dan mematuhi keperluan yang tercatat di dalam permit bekerja
Yang manakah TIDAK BENAR mengenai objektif sistem PTW?
Sistem PTW adalah bagi mengawal aktiviti bukan rutin untuk mengelakkan dari bahaya yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan.
Menyediakan satu system komunikasi yang berkesan dalam perancangan, penyediaan dan perlaksanaan kerja
Menyediakan rekod bahawa cara kerja dan langkah kawalan telah diambil dan diperiksa
Sistem PTW adalah satu jaminan keselamatan bagi sesuatu kerja yang dilakukan
Terdapat berapa jenis permit bekerja di CEFS Response?
3
2
4
5
Permit bekerja adalah satu dokumen bertulis yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
Rutin dalam kawasan proses
Bukan rutin
Rutin di dalam kawasan logistik
Operasi dan penyelenggaraan
Penilaian risiko (risk assessment) yang perlu dilakukan dan didokumenkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi dinamakan
Semakan keselamatan (safety check)
Proses pengurusan bahaya (hazard management process)
Analisa bahaya kerja (job hazard analysis)
Analisa kemalangan kerja (job accident analysis)
Dibawah adalah aktiviti berisiko tinggi mengikut definisi sistem PTW KECUALI
Menuang minyak pelincir
Mengimpal
Bekerja di atas struktur perancah
Menggunakan bahan kimia seperti asid
Permohonan permit kerja hanya boleh dibuat oleh
Kakitangan CEFS dan kontraktor
Sesiapa sahaja
Kakitangan CEFS sahaja
Kakitangan kontraktor sahaja
Di dalam sistem PTW CEFS, siapakah yang boleh menjadi pihak yang menerima permit kerja (RA)?
Station Commander
Specialist Watch Commander/Watch
Commander
Fire Fighter
Crew Commander/Job Owner
Berapakah jumlah hari maksima Tempoh Sah Laku untuk sesuatu Permit To Work?
7 hari beserta pengesahan pada setiap syif
14 hari berturutan
Permit sah laku selama mana kerja belum disiapkan
Satu syif
Berikut adalah tanggungjawab-tanggungjawab Work Leader (WL) KECUALI
Memahami sistem PTW dengan menghadiri latihan WL
Berada ditempat kerja sepanjang masa kerja dijalankan
Menerangkan kandungan permit kerja kepada semua ahli kumpulan kerja
Memastikan kerja disiapkan secepat mungkin bagi mengurangkan kos
Saiful mengetuai satu kumpulan kerja pemasangan perancah dikawasan proses. Apakah jenis permit yang diperlukan?
Permit kerja panas (Hot Work)
Bekerja di tempat tinggi (Working at Height)
Permit kerja sejuk (Cold Work)
Ruang terkurung (Confined Space)
Ahmad ingin melakukan kerja kimpalan (welding) pada paip gas yang bocor di kawasan compressor. Apakah jenis permit yang diperlukan?
Permit kerja panas (Hot Work)
Bekerja di tempat tinggi (Working at Height)
Permit kerja sejuk (Cold Work)
Ruang terkurung (Confined Space)
Nyatakan premis CEFS yang mempunyai kawasan proses:
Main Station
Station B
Fire Training Ground (FTG)
Station A
Permit bekerja adalah diperlukan sekiranya melakukan kerja bukan rutin di
kawasan proses
kawasan bukan proses
kawasan lojistik
semua jawapan betul
Peranan Work Leader (WL) bagi memastikan permit kerja yang dipohon adalah tepat dan betul KECUALI
Mengisi borang permit kerja dan kenalpasti bahaya-bahaya yang berkaitan.
Berbincang dengan Approving Authority (AA) & Receiving Authority (RA) CEFS mengenai kerja yang akan dilakukan secara terperinci
Berbincang dengan ahli kumpulan kerja mengenai kerja yang akan dilakukan.
Memeriksa alatan kerja dan mesin bagi memastikan ianya sama seperti di dalam permit dan selamat sebelum digunakan
Permohonan permit kerja CEFS Response boleh dilakukan di (pilih yang paling tepat):
Di bangunan pentadbiran
Di Engine Bay
Di Fire Training Ground (FTG)
Di bilik Watch Commander / Assistant Trainer
Berikut adalah perkara yang sepatutnya dibincangkan ketika sesi perbincangan Tool Box KECUALI
Perincian kerja yang akan dilakukan
Peralatan tangan atau mesin yang akan digunakan
Kadar pembayaran gaji dan kerja lebih masa
Bahaya-bahaya yang berkaitan dan langkah-langkah kawalan
Berikut adalah keadaan yang menyebabkan permit kerja menjadi TIDAK SAH KECUALI
Siren kecemasan dibunyikan
Pertukaran shif
Terdapat perubahan keadaan kerja yang memberi kesan kepada HSE
Berhenti kerja untuk makan tengahari
Nyatakan tempoh sah (valid) untuk Job Hazard Analysis (JHA) di CEFS Response
Enam Bulan
Dua Belas Bulan
Lapan Belas Bulan
Dua Puluh Empat Bulan
Nyatakan maklumat yang perlu ada di dalam Job Hazard Analysis (JHA)
Langkah kerja, Hazard dan Akibat, tindakan
Tindakan, Langkah kerja, PEAR
PEAR, Langkah kawalan & Pemulihan serta langkah kerja
Langkah Kerja, Hazard & Akibat, PEAR, Langkah Kawalan & Pemulihan dan Tindakan
Lawatan tempat kerja adalah salah satu keperluan permit kerja bagi aktiviti berisiko tinggi. Mengapakah lawatan tempat kerja penting dalam konteks HSE?
Lawatan tempat kerja dapat mengeratkan silaturrahim antara antara pihak CEFS dan Kontraktor.
Lawatan tempat kerja dapat memastikan langkah-langkah kawalan yang ditetapkan didalam permit kerja telah dilaksanakan sepenuhnya.
Lawatan tempat kerja adalah jaminan keselamatan dan kesihatan para pekerja.
Lawatan tempat kerja dapat memastikan pihak CEFS dan Kontraktor berbincang mengenai kaedah kerja.
Azman ingin memasuki ruang bawah tanah sedalam 3 meter bagi melakukan kerja-kerja membaiki kabel. Syarat-syarat berikut perlu dipatuhi oleh Azman sebelum permit kerja dapat diluluskan KECUALI
Pengukuran gas di ruang terkurung
Pemeriksaan kesihatan dan latihan
Kehadiran ‘Standby Person’ yang berkelayakan
Kehadiran ‘Fire Watch’ yang berkelayakan
Siapakah yang perlu ada di tempat kerja sepanjang tempoh bekerja
Receiving Authority (RA)
Approving Authority (AA)
Receiving Authority Representative (RAR)
Work Leader (WL)
Siapakah yang bertanggungjawab menerangkan skop kerja, kandungan analisa keselamatan kerja dan langkah-langkah kawalan yang terdapat didalam permit kerja kepada semua ahli kumpulan kerja?
Receiving Authority Representative (RAR)
Receiving Authority (RA)
Approving Authority Representative (AAR)
Work Leader (WL)
Seorang kontraktor hanya sah diterima menjadi Work Leader untuk sistem PTW di CEFS sekiranya memenuhi kriteria berikut
Pernah bekerja di CEFS sekurang-kurangnya 3 tahun
Memiliki kad Work Leader dari loji PETRONAS yang lain
Telah menghadiri latihan PTW dan lulus ujian penilaian di CEFS
Memiliki kad OGSP dan kad keselamatan yang sah
Di antara berikut, yang manakah BUKAN ZeTo Rules?
Membuat tool box briefing sebelum memulakan kerja
Dapatkan kebenaran sebelum memintas atau menghentikan peralatan keselamatan kritikal
Lindungi diri daripada terjatuh ketika bekerja di tempat tinggi
Dapatkan kebenaran sebelum melakukan kerja penggalian atau memasuki parit
Permit Kerja (PTW) ialah
dokumen bertulis yang membenarkan kerja dijalankan, memberi amaran kemungkinan bahaya dan menerangkan langkah kawalan bagi memastikan kerja-kerja dilakukan dengan selamat tanpa risiko
dokumen bertulis yang tidak membenarkan sesuatu aktiviti kerja dijalankan kerana terdapat bahaya yang mungkin wujud akibat daripada kerja tersebut
dokumen bertulis yang membenar sesuatu aktiviti kerja dijalankan
mengenalpasti bahaya mengikut susunan kerja, langkah kawalan dan pencegahan untuk menghapus / mengerangkan bahaya kepada ALARP
Manakah di antara aktiviti kerja berikut yang tidak memerlukan Permit Kerja Panas (Hotwork)?
Kimpalan (Welding)
Pemasangan perancah (Scaffolding)
Mencanai (Grinding)
Mengerudi (Drilling)
Yang mana satukah BUKAN kategori Kerja Panas (Hotwork)?
Kerja Panas Kritikal
Kerja Panas Normal
Pengendalian Bahan Kimia
Kerja Panas di dalam Ruang Terkurung
Receiving Authority (RA) hendaklah
menyatakan langkah-langkah kawalan bagi memastikan keselamatan kerja & keperluan lain-lain sijil sokongan (support certificate)
berbincang keseluruhan kerja dengan AA & menerima PTW yang telah diluluskan
memastikan kompetensi semua pekerja yang terlibat
menyelia perlaksanaan kerja yang dilakukan oleh WL
Siapakah yang sepatutnya menerangkan kandungan JHA & PTW kepada semua pekerja sebelum sesuatu aktiviti kerja dijalankan?
Approving Authority (AA)
Receiving Authority (RA)
Fire Watch (FW)
Work Leader (WL)
Apakah tugas Work Leader (WL)?
Menerima dan menandatangani PTW
Menerima dan menandatangani PTW
Memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap PTW
Memulangkan PTW kepada RA
Mereka yang bekerja dengan PTW
Menerima latihan PTW & memahami PTW system
Menerima taklimat daripada WL berkaitan tugas
Memahami bahaya berkaitan kerja & mengambil langkah-langkah pencegahan
Semua jawapan betul
Jika WL terjumpa bahaya baru sebelum memulakan pekerjaan, apakah yang perlu dilakukan?
Hentikan kerja
Beritahu kepada AA/RA
Meneruskan pekerjaan
Hapuskan bahaya sebelum memulakan pekerjaan
