NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
"Ampun tuanku. _________ ialah seorang pedagang kain dari Pulau Dayang Bunting," kata lelaki itu kepada sultan.
Aku
Patik
Saya
Baginda
Pak Halim tidak mampu __________ rumahnya yang rosak selepas banjir kerana kesempitan wang.
membuka
membina
membaiki
membasuh
Pilih perkataan antonim bagi "tewas".
berjaya
menang
gagal
kalah
Berikut ialah kata ganda kecuali
mandi-manda
gotong-royong
membeli
kekaki
“Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
sebatang
sebilah
sebuah
sekeping
Perkataan yang sama maksud dengan ringan tulang ialah......................
malas
suka mencuri
rajin
kuat tidur
Apakah penjodoh bilangan bagi gambar di atas?
sisir
biji
sikat
tandan
Jangan mudah berputus asa,sebaliknya kamu perlu berusaha dengan lebih ..........lagi.
gigih
cekap
pantas
kuat
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
"Kamu jangan __________ dalam perbalahan itu," kata Pak Suhud kepada Mak Lijah.
cepat tangan (bermaksud suka mencuri)
ringan tangan (bermaksud suka membantu orang lain)
campur tangan (bermaksud mengambil tahu hal orang lain)
panjang tangan (bermaksud suka mencuri)
Puan Rozana __________ melihat barang perhiasan yang cantik-cantik di kedai perhiasan itu.
rambang mata (bermaksud tidak tahu yang mana satu untuk dipilih)
salah langkah (bermaksud tersilap melakukan sesuatu)
rabun ayam (bermaksud kurang jelas penglihatan pada waktu senja)
sakit mata (bermaksud tidak suka melihat sesuatu yang tidak menyenangkan hati)
Amira merasa ______________ terhadap Susan yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.
kecil hati
sakit hati
hati batu
besar hati
Buku-buku dan majalah lama itu ___________ untuk dihantar ke pusat kitar semula.
diikat
ikatan
terikat
mengikat
Nenek Mah memasukkan __________ ke dalam sarung bantal itu untuk dibuat bantal.
bebola
kekabu
dedaun
bebawang
Topi keledar itu mempunyai span yang __________ dan lembut di dalamnya.
jauh
tebal
tinggi
besar
__________ itu mempunyai kepak yang cantik dan berwarna-warni.
Rerama
Jejentik
Ranting-ranting
Ikan-ikan
Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin
di
pada
ke
dari
Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________ bas yang ada di hadapannya.
melanggar
menyelit
memotong
menyusup
