Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI AKHLAK FORM 2

Total questions: 53

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian malu dari segi bahasa

a)

Kembali kepada Allah dan rasa malu

b)

Malu dengan apa yang dilakukan

c)

Kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan

d)

Malu dengan kekasih

2.

Antara sifat malu yang dituntut ialah

a)

Malu meninggalkan perkara sunat

b)

Malu melakukan perintah agama

c)

Malu melakukan kebaikan

d)

Malu belajar

3.

Sifat malu yang diamalkan oleh rasullah ialah

a)

Melakukan suruhan orang

b)

Melakukan banyak kemaksiatan

c)

Melakukan kebaikan

d)

Melakukan banyak ibadah

4.

Antara kepentingan sifat malu ialah

a)

Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan akhlak dan kemuliaan insan

b)

Menambahkan kekayaan

c)

Untuk mendapat pujian

d)

Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan diri

5.

Pengertian malu dari segi istilah ialah

a)

Berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu dihina

b)

Berasa malu membuat perkara kebaikan kerana takut ditinggalkan kawan

c)

Berasa bukan aib atau perasaan yang selesa untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana mahu dipuji

6.

BERIKUT MERUPAKAN PEMBAHAGIAN MALU KECUALI

a)

MALU KEPADA ALLAH

b)

MALU KEPADA DIRI SENDIRI

c)

MALU KEPADA SESAMA MANUSIA

d)

MALU KEPADA HAIWAN

7.
MAKSUD MALU KEPADA DIRI SENDIRI IALAH
a)
MALU UNTUK MELAKUKAN LARANGAN ALLAH
b)
MALU BERBUAT JAHAT KEPADA ORANG LAIN
c)
MALU APABILA BERBUAT SEDIKIT AMALAN BERBANDING ORANG LAIN
d)
MALU MEMBUAT KEROSAKAN PADA TUMBUH-TUMBUHAN
8.

SIFAT MALU YANG DITUNTUT IALAH

a)

MALU BERTANYA GURU

b)

MALU BERTANYA RAKAN

c)

MALU MELAKUKAN PERKARA HARAM

d)

MALU MENJADI IMAM SOLAT

9.

Mahmud merasa malu untuk membaca al-Quran di dalam kelas semasa ketiadaan guru.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Nora merasa malu untuk memakai tudung yang pendek apabila keluar dari rumah.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Pilih maksud mahabbah.

a)

Cinta

b)

kasih sayang

c)

perasaan

d)

kecenderungan diri

12.

Mahabbah bermaksud kecenderungan diri terhadap sesuatu yang....

a)

indah.

b)

cantik.

c)

baik.

d)

tulus.

13.

Berikut adalah sifat-sifat kasih sayang yang diredhai Allah kecuali...

a)

mentaati ibu bapa.

b)

menghormati orang yang lebih tua.

c)

mengutamakan kawan.

d)

membantu anak yatim.

14.

Apakah peranan sifat kasih sayang boleh meningkatkan keimanan?

a)

Berkasih sayang sesama keluarga kerana Allah

b)

Berkasih sayang disebabkan oleh harta dan kebendaan di dunia

c)

Berkasih sayang sesama rakan secara keterlaluan lebih daripada kasih sayang kepada ibubapa

15.

Seseorang yang mencintai dan membenci kerana Allah, maka sempurnalah ________

a)

kehidupan

b)

diri

c)

iman

d)

kejayaan

16.

Hikmah sifat kasih sayang dalam kehidupan ialah

a)

menunjukkan kasih sayang yang keterlaluan

b)

sebagai bukti cinta kepada seseorang

c)

memenuhi tuntutan agama

d)

dapat mencintai orang lain secara melampau

17.

Cara menyuburkan sifat berkasih sayang yang diredhai Allah SWT ...

a)

memberi hadiah dan menziarahi keluarga, jiran dan rakan

b)

bersangka baik dan menutup aib orang lain

c)

menjaga tutur kata dariapada menyakiti hati sesiapa

d)

berkongsi cerita dan rahsia yang diamanahkan

18.

anda sebagai seorang pelajar menerima sepucuk surat cinta. tindakan anda ialah

a)

membalas surat cinta tersebut

b)

berjumpa dengan si pemberi surat

c)

menasihati si pemberi surat dengan cara baik

19.

Bukti sayang kita kepada Allah ialah

a)

solat di awal waktu

b)

melarikan diri dari majlis ilmu

c)

mengutamakan rakan daripada ibu bapa

20.

1. apakah cara beradab kepada ibubapa dan keluarga dari aspek hati?

a)

Membenci mereka

b)

Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka

c)

Selalu menziarahi ibu bapa

d)

bersopan-santun

21.

Maksud beradab terhadap ibu bapa ialah bersopan santun terhadap ibu bapa dalam pertuturan,................dan tingkah laku.

a)

Tonggak

b)

Kecil

c)

Perbuatan

d)

merapatkan

22.

Kasih sayang merupakan........kepada ketenangan hidup dalam keluarga.

a)

Rapat

b)

Cahaya

c)

Besar

d)

Tonggak

23.

Ibu bapa adalah orang yang paling ......dengan anak-anak dan bertanggungjawab mendidik anak hingga dewasa.

a)

Berdosa

b)

Rapat

c)

Sombong

d)

Kecil

24.

Apakah pesanan Luqman al-hakim dalam surah luqman ayat 13-18 ?

a)

Menyekutukan Allah

b)

Menderhaka kepada ibu bapa

c)

Berbuat baik kepada ibu bapa

d)

Berbuat baik kepada haiwan

25.

Apakah punca penderhakaan kepada ibu bapa ?

a)

Mendengar nasihat ibu bapa

b)

Dapat menilai antara baik dengan buruk

c)

Kurang menghayati pelajaran di sekolah

d)

Tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif

26.

Antara yang berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu kecuali....

a)

Mendapat kemurkaan Allah

b)

Berdosa besar

c)

Disayangi ibu bapa

d)

Disisih dan dipinggirkan

27.

Antara yang berikut yang manakah merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek masyarakat?

a)

Anak tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga akan dibenci

b)

Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh

c)

Anggota keluarga berpecah

d)

Senang untuk mendapatkan pertolongan

28.

siapakah ibubapa

a)

orang yang memberi makan dan minum kepada kita

b)

orang yang menjaga dan mendidik kita dari kecil hingga dewasa

c)

orang yang membesarkan kita sahaja

d)

orang yang melahirkan kita dan membesarkan kita hingga dewasa

29.

mengapa kita harus berbakti kepada ibubapa?

a)

Ibu yang mengandungkan kita.

b)

Ibubapa yang mengasuh dan mendidik.

c)

Ibubapa yang paling hampir dengan kita.

d)

Ibubapa tempat kita minta duit dan makan.

30.

Cara beradap terhadap ibubapa melalui hati

a)

Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan itonasi yang lemah lembut

b)

Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan

c)

Prihatin dan mengambil berat seperti bertanya khabar serta menghulurkan bantuan

d)

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa

31.

Cara beradab terhadap ibubapa melalui perbuatan

a)

Menggunakan suara yang lembut bagi menjaga hati mereka

b)

sentiasa menjaga hati dan tidak membenci ibu bapa.

c)

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa

d)

Merawat dan menjaga mereka jika sakit dan tua.

32.

Jiran dari segi istilah ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sehingga ________ buah rumah dari setiap penjuru

a)

20

b)

30

c)

40

d)

50

33.

Antara yang berikut yang manakah maksud jiran dari segi bahasa

a)

Orang yang tinggal disebelah rumah kita

b)

Orang yang tinggal disekeliling rumah kita

c)

Orang yang kita kenali

d)

Sahabat-sahabat kita

34.

Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap jiran yang tidak baik

a)

Melayani jiran dengan baik tanpa mengira bangsa dan agama

b)

Saling memberi hadiah antara jiran

c)

Mengutamakan jiran dalam urusan jual beli

d)

Merasa gembira apabila jiran dalam kesusahan

35.
Senaraikan hak bagi jiran yang bukan islam.
a)
Hak sebagai jiran
b)
Hak sebagai jiran dan hak sebagai saudara
c)
Hak sebagai orang bukan muslim dan hak sebagai jiran
36.
Senaraikan hak jiran muslim yang ada pertalian darah dengan kita.
a)
Hak sebagai jiran, hak sebagai orang muslim
b)
Hak sebagai jiran, hak sebagai saudara
c)
Hak sebagai jiran, hak sebagai saudara dan hak sebagai muslim
37.

Berikut adalah hikmah beradab dengan jiran kecuali

a)

Kehidupan aman dan tenteram

b)

Masyarakat bersatu padu

c)

Kemungkaran mudah berlaku

d)

Kerja yang berat akan menjadi ringan

38.

Memberi nasihat

Mengajak ke arah kebaikan

Mencegah kemungkaran

Pernyataan di atas adalah merupakan

a)

Kewajipan terhdap jiran muslim dan kerabat

b)

kewajipan terhadap muslim bukan kerabat

c)

kewajipan terhadap jiran bukan Islam

39.

Berikut adalah kewajipan terhadap jiran bukan Islam kecuali

a)

Mengambil berat terhadap penderitaan yang ditanggung oleh jiran

b)

boleh melihat aurat jiran

c)

menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya

40.
Satu cara kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan jiran kita adalah dengan ________.
a)
menegur mereka apabila berjumpa
b)
mengukirkan senyuman
c)
sentiasa bertimbang rasa 
d)
Semua jawapan yang diberikan
41.

Apakah konsep kejiranan yang ingin dipupuk di Malaysia?

a)

Penduduk yang "membawang"

b)

Penduduk yang penuh hasad dengki

c)

Penduduk yang bermuafakat

d)

Penduduk yang melagakan satu sama lain

42.

Encik Lim tidak suka anak-anaknya berkawan dengan anak jiran mereka. Pada suatu hari, anak Encik Lim telah mengalami kemalangan jalan raya yang teruk dan telah kehilangan banyak darah. Jiran Encik Lim yang kebetulan berada di hospital telah mendermakan darahnya kepada anak Encik Lim. Ramalkan tindakan yang sepatutnya Encik Lim ambil apabila bertemu dengan jiranya itu.

a)

Memberikan wang penghargaan

b)

Memohon maaf kerana sikap yang berburuk sangka

c)

Memarahi jirannya

d)

Tidak memperdulikan jirannya

43.

Mengapa Rasulullah SAW meminta tetamu memberi salam di sisi pintu?

a)

Supaya tidak nampak 'aib di dalam rumah.

b)

Supaya jelas kedengaran suara yang memberi salam.

c)

Agar mudah untuk dibukakan pintu.

d)

Supaya memberi laluan kepada tetamu yang lebih tua untuk masuk ke rumah.

44.

Berikut adalah contoh adab berjiran yang diamalkan Rasulullah SAW, KECUALI:-

a)

Meminta tetamu tidak perlu memberi salam jika masuk ke rumah Baginda

b)

Meminta banyakkan kuah masakan

c)

Mengutamakan jiran dalam urusan jual beli

d)

Memberi hadiah dan makanan kepada jiran

45.

Masjid dari sgi bahasa bermaksud

a)

tempat solat

b)

tempat ibadat

c)

tempat belajar

d)

tempat sujud

46.

Masjid dari segi istilah bermaksud

a)

Tempat yang dibina khusus untuk menyampaikan ceramah

b)

Tempat yang dibina khusus untuk menjalankan kegiatan agama

c)

Tempat yang dibina khusus untuk solat lima waktu dan solat sunat bagi orang Islam

d)

Tempat yang dibina khusus untuk musafir singgah dalam perjalanan

47.

Membaca selawat ketika melihat masjid

Mendahulukan kaki kanan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

adab pergi ke masjid

b)

adab masuk ke masjid

c)

adab di dalam masjid

d)

adab keluar masjid

48.

Berikut adalah hikmah beradab dalam masjid kecuali

a)

Dapat menenangkan jiwa

b)

Merenggangkan persahabatan

c)

Kembali kepada ajaran Rasulullah SAW

d)

Memperkasakan fungsi masjid dengan lebih meluas

49.

Apakah yang akan terjadi sekiranya umat Islam mengabaikan adab di masjid

a)

Umat Islam akan menjadi terkenal

b)

Akan lebih disukai oleh masyarakat

c)

Umat Islam akan lebih mudah beribadat

d)

Tidak dihormati oleh orang bukan Islam

50.

Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid kerana masjid merupakan

a)

tempat menunaikan ibadat sahaja

b)

syiar dan hak bersama masyarakat Islam

c)

tiada tempat lain untuk melaksanakan aktiviti

51.

اللّهُمَّ افتَح لِى أَبوَابَ رَحمَتِكَ

Berikut merupakan

a)

Doa masuk masjid

b)

Doa keluar masjid

52.

Antara cara mengimarahkan masjid adalah

a)

Mewujudkan bilik musafir

b)

Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

c)

Menjadikan masjid sebagai tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir dan beriktikaf

d)

Menunaikan solat lima waktu secara berjemaah

e)

Semua di atas adalah TEPAT

53.

HIKMAH beradab di masjid

a)

Menguatkan dan mencergaskan jasmani dan kesihatan diri

b)

Memperkasakan fungsi masjid

c)

Kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW

d)

Mengeratkan hubungan silaturrahi sesama umat Islam